Tuesday, June 17, 2008

galing kem

Ini iklan berbayar. Iaitu, saya beli dvd di bawah. Tok Rimau tidak rasuah saya untuk mengiklan.

Namun jika kamu mahu saya memperkatakan yang baik-baik tentang PDA keluaran syarikat kamu,misalnya, saya sanggup jika upahnya lumayan. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Kita semua tahu sekarang ini pendapat penulis blog adalah titah raja.

BUMBUNG AKU LANTAI ORANG

Saya mula menonton filim ini dengan penuh prasangka jahat. Saya mahu filim ini menjadi sebuah filim yang Usop Aslam, yang Ajis Em Seman pasca Fantasia.

Malangnya saya silap.

Filim ini dalam semua ketidaksempurnaannya menjadi sebuah karya sangat menghiburkan. Malah kelemahan lakonan, kesan bunyi dan berbagai kelemahan dalam filim ini menjadi kekuatan kepada Bumbung Aku Lantai Orang.

Filim-filim tempatan menghadapi masalah rakambunyi. Kita selalu dapati emosi pelakon tidak sama dengan suara yang mereka lontarkan kerana suara biasanya di masukkan kemudian. Kita tidak mempunyai kemudahan studio seperti zaman Jakan Ampas barangkali.Saya cuma mengagak yang sebahagian filim ini menggunakan rakaman bunyi terus dan ini pada saya adalah baik. Ini menolong menjadikan kerja pengarah lebih senang kerana perlu mengarah sekali sahaja yakni di masa pengambaraan.

Namun begitu, ada juga kesan bunyi yang tidak menarik. Bunyi tumbukkan ala hindustan itu misalnya. Tetapi, jika kesan bunyi yang sebegitu memang disengajakan sebagai satu jenaka dalaman, maka saya menerimanya dengan amat terbuka. Musik latar juga agak menganggu. Musik pembukaan filim ini juga sedikit celaru. Teknik mengalih-alihkan stesyen radio adalah kuno. Cari cara baru untuk filim berikutnya.. Jangan malas.

Saya sukakan adegan Sompek di pukul oleh sekumpulan lelaki dan watak lelaki berbaju biru yang beria-ia menendang adalah yang terbaik. Beliau adalah contoh pelakon. Walau wataknya kecil, dia melakukan bersungguh-sungguh. Jika Tok Rimau kenal akan beliau, sila berikan tahniah dari saya.

Adegan dimana watak utama menghukum Sompek dan An supaya menulis karangan juga mempunyai ciri terperanjat yang kuat. Namun saya dapati ada sedikit kekurangan dalam penyampaiannya. Saya tidak pasti apa dia, tetapi seperti ada yang boleh di lakukan supaya adegan itu menjadi lebih baik.

Banyak sebenarnya mahu saya tulis tentang filim ini, malangnya saya hanya menulis berdasarkan sekali tengok dan ingatan saya pula kurang baik hari ini. Banyak menengok perempuan cantik barangkali.

Jika kamu tanya, saya akan katakan yang Bumbung Aku Lantai Orang arahan Dean Sham adalah sebuah filim yang baik. Saya suka filim ini dan ia menghapuskan kelemahan-kelemahan yang ada pada KIRI.

Tahniah Dean Sham dan Tok Rimau.

MENGAIT BINTANG

Mat Sentul adalah pelawak yang mendahului zamannya.
Mat Nabil adalah Mat Sentul di zaman prime-nya.

Mengait Bintang tidak bagus.

Tamat ulasan.

Berikut adalah komen balik pada komen-komen yang terpilih.


1.Pn. Ainon Mohd;
Barang siapa merendah-rendahkan tugas rasmi Tuan Mat Jan, maka beliau itu merendah-rendahkan saya!


-Fuh! Barang siapa..! Macam ayat al-quran! Ni teknik menulis komen ala Surah Yusof ke Pn. Ainon?

(abislah.. takde chan la buku-buku saya di terbitkan oleh PTS)

2.Anonymous;
SAYA JAUTH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH.


-Sila ambil nombor dan beratur.

Sekian.

20 comments:

Sayuti said...

kalau dia dah ambil nombor, beratur, berapa minit dia kena tunggu?

encik ada piagam pelanggan tak?

m4tB0tz said...

kalau dia ambil nombor, tapi potong barisan?

Tok Rimau said...

Saya amat menghargai kritikan jujur ini. Filem2 ini tidak dijual, tetapi sesiapa mahu menjemput kami utk screening. Dialu-alukan.

benHARPERbenLUDIN said...

jgn tersalah amik no. ekor lak...

Anonymous said...

dah lama jatuh cinta pada dollah

PARADISE THEATRE said...

Fullamak Bro..gua suka ayat lu "pendapat penulis Blog bagaikan titah raja.."ha..ha..ha jadi raja gak gua walaupun di Istana kecik yang gua tukang sendiri..TQ

tasikmerah said...

aku juga jatuh cinta pada pak lah... errrkkk... bukan... bukan... :P

Anonymous said...

kerbau kuning, kerbau hijau , kerbau hitam, kerbau batik... hahahah macam mambang. (Rajawali art)

U abdullahjones so nice, no wonder 2.Anonymous;
SAYA JAUTH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH.

ok, wishing you all the best, and.... goodbye for now.

dugongsenyum said...

dah namanya raja... mestilah memandang rendah kepada orang lain, pacal-pacal hina, hahaha

Mak Su said...

bumbung aku lantai orang? mcm rumah flat jer...


- milah -

(eh..!.nama saya pun ada Lah di belakang)

Al-BIMA SAKTI said...

AKU LAK TAKDE KONGSI-KONGSI CAMTU.
LANTAI AKU, RUMAH AKU.
RUMAH AKU, BUMBUNG AKU.
ANAK BINI AKU SEMUA ADA KAT SITU.
TAKDE SAPA-SAPA NAK GANGGU.

tuantanah said...

:)

Pegawai Khalwat said...

Nombor tu ada berapa digit?

jaga-jaga.

Kalau 4 digit mungkin dibuat modal beli nombor ramalan.

AJ kan persis keramat blog.

Neni said...

setiap kali baca entry AJ, saya mesti ketawa hehe..walopun saya kadang tak faham apa yg dimaksud..

memang patut la jadi blogger no.1 negara...

sinaganaga said...

Ha ha. Aku suka komen, “Mengait Bintang tidak bagus.’ Ha ha.

Tok Rimau said...

Boleh juga aku bantu tolong jual tee kamu tapi mana contohnya?

blackpurple @ jowopinter said...

Nak ambil nombor di mana bang?

waterlily said...

Uh! Ramai yang jatuh cinta dengan Pak Lah ni.

Pak Lah yang mana satu?

Aku?

Pak Lah Jones la! ahaks!

Er..er..maksud aku tulisan dia.

Anonymous said...

HATI SAYA BENAR-BENAR JATUH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH JADI HARAP PENGAKUAN SAYA ITU TIDAK DIPERMAINKAN.SAYA TIDAK MEMAKSA SAUDARA MEMBALAS CINTA SAYA CUKUP SEKADAR TIDAK MEMPERMAINKAN PENGAKUAN SAYA.CINTA YANG IKHLAS TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN KAN....JADI BIARLAH SAYA TERUS MENCINTAI SAUDARA DALAM DIAM.ITU LEBIH INDAH KAN.

ah tok said...

Haha, kerja itu indah. Lebih indah jika ikhlas kan.?