Tuesday, June 10, 2008

gambang

Antara sebab yang menguatkan untuk saya berkerja dengan amat rajin selain dari cintakasihsayang saya kepada Mok, kerana mahu berbakti kepada raja dan negara,juga untuk mengawal keruntuhan akhlak remaja Malaya sambil mengekang penyebaran porno buatan sendiri rakyat Malaya dan menjaga keamanan dunia, adalah kerana saya memang sangat rajin.

Di tambah pula bila baru-baru ini apabila seorang kawan memberitahu yang kita ini semuanya dilahirkan dengan satu kerja. Jika kita setuju untuk mengambil kerja itu, maka dari kerja itulah nanti akan lahir sumbangan yang baik kita kepada agama.

Saya tahu kamu tidak faham kerana kamu semua benak, jadi mari saya terangkan.

Kamu ini misalnya di lahirkan untuk menjadi seorang tukang kebun sekolah dan walau pergi kelas tambahan siang dan malam, kamu tetap akan gagal dan akhirnya kamu di tawarkan jawatan tukang kebun sekolah oleh guru besar sekolah tempat kamu ulangi mengambil SRP dan gagal itu.

Cuba lihat susunan peristiwa diatas. Kamu akan dapati yang kamu mendapat kerja tersebut kerana guru besar kenal akan kamu yang berkali mengambil peperiksaan. Rentetan peristiwa itu sendiri adalah rancangan supaya kamu dapat bertugas sebagai tukang kebun sekolah tersebut.

Namun, jika kamu ingar dan enggan menerima jawatan tersebut atas apa juga alasan, maka peristiwa susulan dari jawatan tadi akan batal.

Misal kata kamu ini sebenarnya jika menerima jawatan tersebut akan nantinya berjodoh dengan pembantu makmal sekolah tersebut dan dari zuriat kamu berdua akan lahir seorang pegawai undang-undang yang kemudiannya akan menikahi seorang perempuan anak hakim mahhkamah syarie dan dari mereka akan lahir seorang ahli agama yang hebat.

Malangnya kamu memilih untuk menjadi penulis blurp novel.Penulis KULIT BELAKANG novel.Berbagai cara sebenarnya kita ini berusaha untuk menghina diri sendiri.Lainlah jika kamu ini pereka KULIT DEPAN novel, itu kerja mulia. (wink)

Lalu kamu menjadi penconteng arang kemuka seluruh pelajar-pelajar jurusan undang-undang diseluruh dunia walau pun kamu pernah mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran Bahasa Peranchis di sekolah dahulu.Dunia kerugian seorang ahli agama yang hebat.Blog kamu pula tidak ber-up-date.

Ini adalah tragedi kerana kamu memang telah ditakdirkan lahir dari kalangan agama dan sepatutnya kamu kekal menjadi sekurang-kurangnya pegawai nikah-kawin khairiah kamu. Namun kamu berusaha dan berjaya menjadi menteri perdana.

Dari situ juga telah kita lihat akan rosaknya sistem susunan yang baik akibat dari kengganan kita menurut apa yang sepatutnya kita lakukan.Minyak kamu naikkan harga dulu dan berjanji mahu membaiki sistem pengangkutan awam. Kali ini dunia memaksa kamu menaikkan harga minyak dan kamu berjanji untuk membaiki sistem pengangkutan awam.

Rakyat jadi kelam kabut. Mahu pulang kekampung melawat ibubapa pun mereka harus berfikir banyak kali. Hidup mereka menjadi kira-kira.Samdol-samdol keliling kamu juga hanya menanti masa untuk menjatuhkan kamu.Kamu tidak di senangi kerana kamu ingkar. Manusia tidak suka, tuhan pula benci.

Hidup manusia akan menjadi sangat aman jika kita setuju dengan tujuan kejadian kita. Kamu di lahirkan sebagai apa jua dan lakukannya dengan sangat baik,tidak rasuah dalam apa juga keadaan, maka hidup saya dan kamu akan tenteram.

Jadikanlah saya contoh yang baik, lelaki yang redho sepenuhnya ditakdirkan menjadi seorang yang sangat hebat.

28 comments:

wan said...

:)

dugongsenyum said...

Sindir Pak Lah, sempat gak lagi sindir Mat Jan, hahahaha

benHARPERbenLUDIN said...

aku ni mmg benak rupanya..

tak paham apa yg aku baca walaupun ulang baca 3 kali...

haha

ah tok said...

Barangkali, yang tersurat saya faham. yang tersirat hanya brader je yang paham. Rambut sekarang dah tak semestinya hitam aje kan. So, saya simpulkan entri ini adalah brader lelaki yang menerima segala kejadian yang berlaku di sekeliling dengan redho. Amin amin amin, saya doakan kehidupan brader diberkati. Kita-kita juga pun diberkati jua.

PARADISE THEATRE said...

ha..ha..ha betul la lu cakap bro!
Yang paling gua hormat di atas kerajinan lu melukis,gua selalu seronok tengok lukisan lu.Gua pun melukis gak,tapi tak berapa pandai macam lu, sebab tak penah masuk belajaq cara formal,gua cuma mengajar diri gua sendiri..selebihnya syok sendiri..ha..ha.ini kerana barangkali gua pun redho dengan kerja gua,jalan cari makan gua teramat rapat dengan alam,so itu pasal gua selalu terasuk dengan rasa.rasa indah-indah..kekadang warna-warna rasa itu yang cuba gua tumpahkan di atas kertas.Keep up you good work bro.semoga mendapat kebaikan dunia akhirat.

Anonymous said...

pakcik jones, kamu memang rajin dan pintar... tetapi kekadang menyiksa orang yang memabacanya.

regards:
anonymous

Anonymous said...

setuju!

dArI iLhAm KePaDa RaSa... said...

apa yg tersirat
itulah yg tersurat,
apa yg kau buat
itulah yg kau kena ingat,
apa yg kau faham
i do no sepatah haram.

aryshdanea said...

paklah neh suka hal naik2 neh..sbb dia tak suke turun.. salam jones..tumpang lalu sat~~

blackpurple @ jowopinter said...

Cerita ini 3 dimensi. Dan bersegi-segi. Nak baca dan tafsirkan dari sudut mana pun tak pasti lagi nih :)

gitartong said...

saya terkejut kerana kamu sungguh sopan tanpa katakatamaki

sinaganaga said...

Gambang? Jalan dari Kem Bt 10 ke Kuantan - masuk kanan ek? Dulu2 kat dalam tu yang ada banyok jembatang kayu tu ek?

tuantanah said...

La.. Mat Jan ke yang disindirnya tu?

thoyol said...

Jones,

Aku paham. Itulah kalau dah tak bijak, bahlol dan menyongsang dari keturunan ahli agama. Haha.. Tak patut jadi perdana menteri. Ko nie macam promote hukum karma plak. Haha..

Anyway aku kurang setuju statement terakhir tue. Contoh orang yang redho adalah tidak mengaku hebat. Macam saya.

Mat Jan said...

hahaha hampeh!

blurb la, bukan blurp!

dArI iLhAm KePaDa RaSa... said...

gambang tak silap aku antara taman tas dengan kem batu 10. jaya gading pula berdepan dengan kem batu 10.

bagaimana dengan sungai ular, baserah, kg baging,telok cempedak, tanah putih, kampung selamat, tanjung lumpur, taman tas?

betul tak apa aku sebut tu...?

boleh tanya sikit dok...? tengok pada gaya cakap, mu ni macang orang ganu. {maah kalu saloh teka).

SATIRA + KACAU said...

Saudara Abdullah: Seronok melihat orang sekampung. Walau jarang berjumpa sua.

Satira + Kacau

Mak Su said...

ha? benak?
hhmmmm
hehehe

crayon said...

Err.. gambang tu bunyi die iras2 gampang kalu sebut. Hehe. Salam tuan, tumpang lalu. =)

sinaganaga said...

>>>blurb la, bukan blurp!

Ha ha. Kau beritahu pun bukannya dia reti apa bezanya! Lebih kurang Dollah Yang Satu Lagi gak tu. HA HA.

meera said...

salam...

mekasih datang blog saya... :D

waterlily said...

En Jones,

Saya juga tidak faham walau baca tiga kali khatam.

Benak juga saya rupanya.

Ahhhhhhhhhhhhh!

semut said...

dan sesungguhnya orang yang kuat agama itu rajin menulis blog.amin

ainon mohd said...

Barang siapa merendah-rendahkan tugas rasmi Tuan Mat Jan, maka beliau itu merendah-rendahkan saya!

Anonymous said...

SAYA JAUTH CINTA DENGAN SAUDARA ABDULLAH.

Pegawai Khalwat said...

ya redho.

Anonymous said...

Arghhhhh stress baca.

Anonymous said...

Sila layari laman web ini.

Banyak ilmu berguna dapat diambil dan dijadikan pengajaran.

silalah..silalah.jangan segan-segan

http://www.majelisrasulullah.org/