Friday, May 16, 2008

pantai zig-zag

Untuk menjadi alternatif atau mungkin juga untuk menjadi penimbal harga, kerajaan telah membuka kedai-kedai JIMAT suatu masa dahulu. Biar pun kedai-kedai ini biasanya menjadi seperti kebanyakkan kedai runcit milik melayu, ianya tetap di kekalkan kerana ianya adalah sebagai khidmat kepada rakyat.

Kemudian kerajaan mendapat idea yang sangat BERNAS.

Kedai JIMAT di tutup dan kerajaan telah berkongsi dengan beberapa anak syarikat dengan sifat 51%-49%. Kerajaan memegang saham yang lebih besar demi untuk menjadi kuasa yang menentukan harga.

Lalu lahir-lah HERA,YASMIN dan YATI dan beberapa lagi anak syarikat. Kerajaan meletakkan anggotanya didalam syarikat sebagai mata. Anggota ini di bayar gaji yang lebih besar dari apa yang mereka dapat semasa berkhidmat dalam kerajaan. Dan lagi, mereka mendapat bonus yang sangar-sangat besar jika sekiranya syarikat-syarikat ini mendapat keuntungan.

Seperti mana-mana anak hari ini, apabila kaya,syarikat-syarikat ini menjadi amat berkuasa. Mereka berkuasa membeli dan membeli. Dan mereka-lah yang menentukan harga jual.Syarikat ini adalah anak derhaka.Bapa mereka menjadi lembu kasi.

Syarikat-syarikat ini juga menjadi amat penting kerana ada masa-masanya 'pinjaman' mereka amat diperlukan terutama menjelang satu-satu pesta. Pesta pilihanraya misalnya. Setelah selesai pesta, barang yang di pinjam perlu di kembalikan.

Pegawai yang di letakkan di dalam syarikat semestinya akan berdiam diri kerana gaji mereka di bayar oleh syarikat di tambah pula dengan keinginan untuk mendapat bonus tahunan yang sangat-sangat besar. Mata mereka di cucuk jadi buta.Perut mereka menjadi buncit.

Kemudian, 15% hancur adalah dalam harga kawalan. Sekarang, siapa diantara kamu yang tahu jika yang 15% hancur itu saya bangkus kembali dan letakkan kedalam guni 10% atau 5% hancur dan saya jual semula dengan harga yang lebih tinggi?

Pandaikah kamu, yakni pengguna membezakan peratusan hancur? Adakah mesin pengayak yang boleh memberi kata putus tentang benarnya label pada guni?

Kamu tahu berapa harga borong sebenar? Potong sebijik telor saya jika harganya bukan sekitar rm1.60-rm1.90 sekilo. Dan potong telor saya yang satu lagi jika benar bekelan berkurangan sekarang ini. Konek saya, mohon jangan dipotong,nak guna untuk kencing.

Oh! jika kamu belum tahu apa yang saya perkatakan di atas, saya sebenarnya menceritakan tentang harga pasir kerana makanan ruji rakyat Malaya adalah pasir.

17 comments:

Anonymous said...

Encik Jones tulisan anda amat menarik tapi lembutkan sedikit bahasa anda tukarkan Konek kepada Zakar.

Anonymous said...

tersentak ....nasib baik tak tersembur kueh yang saya makan..

uptown frog

Hasrul Halid said...

Saya juga sanggup dipotong telur, malah kalau konek sekali pun tak apa, saya akan kencing guna mulut!

Cayalah Jones!

Pegawai Khalwat said...

Agaknya depa kat atas sana selalu sangat makan kentang dengan keledek, sampai lupa makanan ruji kita adalah pasir.

Aku kira aku akan beruntung kerana di pulau ini banyak pasir, tapi harganya tetap naik juga.

Potonglah cepat telor tu, nak buat lauk.

SM Sabri@Bomox said...

Mari kita adakan jamuan beryani pasir dan jangan lupa jemput 'Tok Uban' sebagai VVVIP majlis tersebut. AJ someday or sometime.. you're Heroes of Malaya opps Tanah Melayu maksudku.

dugongsenyum said...

hua hua hua

Najwa Aiman said...

Astaga... aku fikir Singapura dah ambil pasir kita selama ni...

Najwa Aiman said...

Oh ya... satu lagi... sesiapa ada konek bolehlah ditukarkan dengan zakar daripada Anon.

Butaseni@Wan Raja said...

pasir pun diorang boleh buat duit.pasir dalam laut pun pernah diorang deal nak jual,inikan pula pasir di bumi Malaya,mahal oooo

takde konek boleh kencing jugak tuan hahaha

SATIRA + KACAU said...

Dolloh, apa hal pulok?

Anonymous said...

org lebih banyak komen psl k**ek drpd isu yg sbnr...manusia2


p/s: err sy tmasuk skali kah?:P

Anonymous said...

ubi kentang sdap...nk jd omputih pla dh

Anonymous said...

مرحبا ،
واريد ان اقول لكم عن عظيم الموقع وجدت. إنهم لا يدفعون لي لقراءة البريد الالكتروني وزيارة المواقع على شبكة الانترنت وأكبر من ذلك بكثير.
انها مجانيه وسهلة للانضمام الى تسجيل الدخول! انقر فوق هذا الارتباط لزيارة :

http://www.ft-mails.com/pages/index.php?refid=chuach2008

اشترك لكسب المزيد النقدية الآن!

Anonymous said...

gila.. dah tua tua pun tanak potong konek lagi... bukannya pakai tok mudim duduk atas batang pisang lagi dah..

Anonymous said...

wa bang, sampai arab pun datang sini ajak lu keje baca e mail. dapat duit tu kata dia. boleh buat beli beras 100% hancur.

Anonymous said...

:)

Anonymous said...

ada plak pak arab promo tambah duit neh~~