Thursday, May 22, 2008

ayer puteh

Tidakkah terfikir oleh penyanyi dan pelakon tanah Malaya yang di dibayar untuk menjadi jurucakap pewangi ketiak dan ubat celah kangkang lelaki dan perempuan merasa hina dan diperguna?

Ops! maaf, tak sengaja. Gila apa menyuruh penyanyi dan pelakon tanah Malaya berfikir! Bodoh sungguh saya ini.

Tapikan, kita ini kadang-kadang tidak perasan yang kita ini sedang di hina tuhan. Kita merasa apa yang kita buat adalah benar.

Menjadi model iklan pewangi ketiak dan ubat celah kangkang sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan yang tidak di sedari.

Alah, macam kamu yang lebih gemar berbedung dari bertelekung .Ke masjid cuma sekali seminggu.Buat kenduri besar-besaran walau anak kawin orang tak sembahyang. Atau kamu sendiri gembira benar berkahwin walau dengan orang tak sembahyang. Kena hina dek tuhan juga lah tu.

Tapikan, kadang-kadang tulis blog hina orang kena hina pon hina jugak... (aiseyman)


ps: ada lukisan baru di
  • sini
  • 15 comments:

    aryshdanea said...

    sejak bila menegur itu hina?

    Anonymous said...

    mungkin setelah itu
    engkau akan tahu
    perihal mahalnya
    cinta seorang perempuan.

    This blog allow anonymous comments.

    Najwa Aiman said...

    Sungguh hina betul PaklahJones tu kan? Errr... hina orang yang tulis blog hina orang kena hina dalam komen blog pun kira hina juga ke? Aisey...

    Anonymous said...

    pagi ini saya sedikit sedih tapi bila baca tulisan anda terubat sedikit hati ini.thanxs

    Hasrul Halid said...

    Bukan menghina... tapi menegur.. kehkehkehkeh! (dengan sedikit makian 'berlapik')

    Ku Keng said...

    dia akan jawab, "kalu dapur tak berasap, sapa nak bantu". Kenduri kendara sampai papa kedana, lepas setahun dua anak bercerai berai. Lumrah.

    Salam Bro. Sekarang dah menetap di Malaya ke?

    Anonymous said...

    Ya..baca tulisan ini rasa sedikit gembira.

    Setuju dengan anonymous :)

    waterlily

    p/s: Maaf saya malas sign in. Hina juga ye?

    Anonymous said...

    Salam,

    Di mana koordinat Encik Abdullah Jones? Kuantan kah?

    Maaf kerana tidak mampu membaca semua posting untuk mencari sendiri jawapan bagi soalan di atas.

    (Adakah ini termasuk dalam erti kata hina juga???)

    SATIRA + KACAU said...

    Lah, di mata aku kau tetap hebat.
    Kau selalu dihatiku.

    Satira + Kacau

    Anonymous said...

    salam dari ex-cheetham hill resident. sungguh seksi tulisan-tulisan saudara. walaupun bahasanya terlebih 'jujur' kekadang namun saya antara orang yg terpanggil menghargainya. teruskan berkarya!

    :)

    p/s: bukan orang kuantan tapi pernah menetap di kuantan makanya sekali-sekala terubat bila baca tentang kuantan.

    zizie ali said...

    iklan pewangi ketiak ada tunjuk cara guna. tapi iklan tuala w tak pula tunjuk cara pakai.hina sungguh!

    tasekM said...

    pernah tengok org menghina org lain buat baik...

    aahhh... dunia... aku makin lelah.

    Tok Rimau said...

    3pm.Today. Khamis. Gua hantar DVD + beberapa barang percuma. Gua rasa pemurah.

    Anonymous said...

    Ubat celah kangkang tu tuala wanita ke? *blur*

    Maaflah, saya tak tahu penyanyi dan pelakon Tanah Malaya mana yang dimaksudkan.

    Bunga Rampai said...

    ;) Salam Pak AJ.