Saturday, May 03, 2008

kampong melati

Majestrit Nurdiana Abd. Aziz. ahhh.. menyebut namanya sahaja sudah mendatang berahi. Menyebabkan hidup saya tidak tentu arah tujuan. Alam menjadi biru. Atma saya mula merindu. Saya ingin segera terbang dan duduk lena dalam pangkuan Majestrit Nurdiana Abd. Aziz. Saya terlalu ingin di belai oleh Majestrit Nurdiana Abd. Aziz.Ingin di manja dan bermanja. Saling pandang memandang. Kau renung mata cantikku, ku renung mata kuyumu.Saya rela menjadi dungu kerana dia.

Saya rela menjadi apa sahaja yang dia mahu saya jadi. Rela saya hadiahkan diri saya kepada dia untuk dia perlakukan bagaimana sahaja.Hatta, jika dia mahu saya berhenti menulis blog ini dan menjadi tidak terkenal seperti dulu-dulu, saya rela.Kamu semua tahu betapa blog ini dan menjadi terkenal amat penting bagi saya, namun saya rela.

Walaupun sedikit kecewa kerana dia tidak menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dan di gantung sekali lagi selepas mati dan mayat mereka kemudian dibuat makanan burung hering kepada mat-mat rempit yang di tangkap shefiff di Kuantan, saya tetap jatuh cinta kepada pada dia. Saya maafkan kesilapandang dia. Saya lupakan apa sahaja kekurangan diri dia kerana dia kini pil biru kecil saya.

Majestrit Nurdiana Abd. Aziz, aku cinta padamu.

14 comments:

Anonymous said...

dah teruk sangat ni..

hantar pinangan, habis cerita..

pak uda

Anonymous said...

ish ish ish....
*geleng2 kepala*

Anonymous said...

Jones,

terpana yang amat engkau akan aura cinta yang meleleh itu hingga kata kata mu terlampias begitu seperti orang asyik masyuk, tercemplong dan mencemplong berkocak bagai seperti bukan ribut namun cukup memusnahkan. ;)

ariapertama said...

memang indah bila cinta dapat diluah..lebih indah jika cinta sendiri yang bila meluahkan kata-katanya.

ariapertama said...

memang indah bila cinta dapat diluah..lebih indah jika cinta sendiri yang bisa meluahkan kata-katanya.

Butaseni@Wan Raja said...

dia cintaku juga.ayuh kita bertarung!

sinaganaga said...

Majestrit Nurdiana Abd. Aziz?

Anonymous said...

sapa pulak gerangannya neh?

Anonymous said...

hah, very bold jones. Geli-geleman pun ada bila membacanya.

Kalau tak silap saya ejaan namanya Nordiana.

azie said...

kreatif sungguh...

rasanya point utama di sini hukuman terhadap mat rempit tu kan?

walaupun tak di gantung sekali lagi selepas mati, harapnya dapat jadi pengajaran pada mat rempit yang lain.

Pegawai Khalwat said...

Kalau Mak Dara, pasti dia suka. Kerana calon menantunya mejistret.

Sayangnya anak Mak Dara itu perempuan.

Mat Jan said...

bini orang tu Jones.

Najwa Aiman said...

Membaca nama dia pun berahi, tapi aku tak pasti berahi kat dia atau berahi kat orang yang tulis nama dia tu. Aku harap berahi yang pertama laaa...!

Anonymous said...

Sila abaikan tulisan berjudul 'kampung melati'. terima kasih Mat Jan.

jones