Monday, April 21, 2008

transit quaters

Pernah kamu menggunakan Lebuhraya Pantai Timur? Jika pernah, kamu akan tahu itulah lebuhraya yang pembinaannya paling buruk dalam sejarah Malaya. Saya tahu kerana saya memandu kereta mewah. Bagi kamu biasa sahaja walau memandu di udara kerana kereta kamu murah.

Penguasa selalunya menyalahkan pemandu jika berlaku kemalangan. Samada mereka sengaja melakukan ini untuk menghalang pengguna dari tahu kesalahan dalam membina lebuhraya atau mereka sendiri tidak sedar yang lebuhraya itu dibina dalam seribu macam kejahatan.

Tidak di nafikan yang ada pemandu menyumbang kepada kemalangan. Namun jika sering berlaku kemalangan, kesilapan lebuhraya itu sendiri perlu juga di cari.

Saya suka melihat sudut rohani sesuatu pembinaan. Dan saya selalunya menyalahkan faktor ketidakikhlasan pembinaan.

Biar saya beri satu contoh.

Katakan kamu ini seorang polis trafik yang menerima rasuah dari seorang pemandu motosikal yang sepatutnya dipenjara atas kesalahannya itu. Dan pemandu motosikal itu kemudiannya pergi menculik budak perempuan yang telah lama hilang itu.

Jika kamu yakni polis trafik tadi tidak kebulur sepuluh ringgit, mungkin tidak akan ada lapuran kanak-kanak hilang untuk hari itu.

Begitu juga dengan pembinaan lebuhraya. Jika semua orang yang terlibat dengan pembinaannya tidak jahat, nescaya tidak akan ada kemalangan yang berlaku di sebabkan kesalahan lebuhraya. Maka bolehlah kita menyalahkan seratus peratus kemalangan kepada pemandu.

Akibat dari jahat, maka lebuhraya dibina dengan rasuah dan sambil lewa. Jika kadar sebenar batu dan tar adalah sepuluh kilogram di perlukan untuk membina satu kaki persegi jalan raya, namun kerana jahat, hanya 1.5 kilogram sahaja di gunakan. Selebihnya adalah untuk membina laluan kerumah menteri itu, jurutera ini dan peon itu. Sepuluh kilogram itu contoh, faham? contoh. Manalah saya tahu cara membina jalanraya.

Mungkin kamu pernah mendengar mitos mengenai bagaimana seorang jurutera dari jepun yang membunuh diri setelah jambatan yang dibinanya runtuh atau retak setelah di hentak dengan tongkat seorang sultan Malaya.

Sultan Malaya kebanyakkannya majis. Malam hari kala semua rakyat tidur, mereka berterbangan di udara. Bergelak ketawa sesama mereka dan pulang sebelum terbit matahari. kata orang lah, saya mana tahu. Orang kata ya, ya lah kata saya.

Entah benar entahkan tidak cerita jurutera jepun dan tongkat raja itu, namun yang pentingnya adalah sikap bertanggungjawap jurutera tersebut. Kita bukan mahu melihat menteri kerjaraya membunuh diri apabila berlaku kemalangan, tetapi silalah bertanggungjawab atas pembinaannya.

Namun tidaklah salah jika mereka berkeras mahu membunuh diri atas rasa tanggungjawab berlaku kemalangan. Dari hidup menyusahkan rakyat, baik mati di bantai malaikat.Dia sendiri sahaja yang menanggung azabnya. Mungkin malaikat akan kasihan dan belas atas keinsafan mereka yang membunuh diri kerana rasa tanggungjawab atas kemalangan lalu dia di lepaskan dan di tempatkan ke sorga. Mana tahu boleh runding macam selalu-selalu? Mungkin. Kita mana tahu.Alam akhirat bukan nampak depan mata.

Lihat bagaimana seorang wakil kerajaan yang kemalangan di lebuhraya tempoh hari. Dia sendiri berkata yang lebuhraya berkenaan tidak dibina dengan benar dan akan berjumpa dengan menteri kerjaraya untuk berbincang. Cerita itu kemudiannya senyap begitu sahaja. Kalah pilihanraya agaknya dia dan menteri kerjaraya.Agak saya lah, politik molitik ni saya kurang tahu.

Tidak ada tanggungjawab semuanya. Mahu kenyang sendiri. Biar mampos segala rakyat diatas jalanraya.Nanti jika anak/ibu/isteri/bapa mereka di henyak bas ekspress baru padan dengan muka mereka.

Walau bagaimana pun, kesilapan jalanraya menjadi void apabila kes kemalangan jalanraya melibatkan mat-mat rempit. Ini adalah kerana ada sebuah neraka khas yang di khususkan kepada mat-mat rempit. Mereka semua akan di humban kesana kecualilah ketua pemuda biro mat rempit dalam amnu dapat berunding dengan penjaga neraka. Mana tahu, sebagai ganti ke neraka panas, mereka boleh di bawa memanjat gunung bersalji di neraka sejuk. Neraka sejuk? Ada. Kamu sahaja yang bodoh tidak tahu.

Akhirkata, jika kamu mat rempit, jadilah ahli amnu. Jangan jadi ahli adil kerana ketua nya sibuk mahu menjadi ketua Malaya. Nasib kamu tidak terbela jadinya nanti.

ps: ada lukisan baru di
  • sini
  • 14 comments:

    zizie ali said...

    seorang mat rempit mati kerana terbabas di sebuah lebuhraya yg lurus tapi binaannya agak teruk. rakannya datang menziarahi. kata rakannya: "syukurlah. dia mati di jalan yg lurus". dan dia kemudian berdoa: "ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus"

    Anonymous said...

    He he he.biau betol...


    uptown frog

    Anonymous said...

    sami bello anyone?

    The.Libyaman said...

    bang,
    2 orang mat rempit di Pahang menjadi penerima hukuman paling berat sebagai mat rempit. Mungkin kesilapan mereka kerana merempit di lebuhraya yang "korup"

    thoyol said...

    pedihnya.. patut jadi bahan bacaan parlimen. Haha..

    Floyd said...

    hahaha.

    aku klasifikasikan sebagai art penulisan ini.

    Pegawai Khalwat said...

    Ya bro. Itu tak masuk lagi cukai jalan yang perlu di bayar atas kenderaan yang akan eksiden itu.

    Dan tak masuk lagi cukai pintu bila nak masuk jalan (bukan yang pantai timur tu, pantai yang lagi satu), yang ada antaranya kerap bebenor dilanggar kenderaan yang dah dibayar cukai.

    Cukai langgar cukai.

    Orang mati di tenngah.

    SM Sabri@Bomox said...

    Tuan, tulisan mu mengingatkan aku kepada penulis di creative Ent. yang muncul dengan novelnya Joget Cinta Pertama.Tahniah tuan kerana masih mahu menulis, walaupun ada ura-ura mahu menutup blog kerana ada kawan ku membaca blog mu tuan.

    Bunga Rampai said...

    Salam Pak AJ,

    Saya terhibur. Terima kasih.

    Hasrul Halid said...

    hiburan bermutu!

    Kalau lah Zaaba atau Hamzah Fansuri masih ada... pastinya mereka juga akn membaca blog tuan hamba!

    Anonymous said...

    makan rasuah itu umpama makan nasi bagi semua ketua jabatan di malaya.Itu kamu semua harus tahu.Memang tak boleh elak dan tak boleh sekat.
    FAHAM TAK!!!!!!!!!!!!!!

    tomcat baretta said...

    wa selalu balik JOHOR...
    h/way tempat wa ok je....
    smooth and steady.....
    sape suruh org belah pantai timur malas kerja?asyik jadi nelayan je.klu rajin da tentu byk kilang kat sana.blh la kerajaan buat h/way cantik2.
    anyway....jgn rendahkan martabat polis...x baik....ade gak jasa diorang pd kiter sume.mati nti pun kne mintak permit kubur dgn dorang gak

    Anonymous said...

    salang pok aj,

    kalu orang pantai timur malas, dokkang orang selatang buleh makang ikang.

    - mang orang duriang burung

    Unknown said...

    Transit Quarters...Lapang Besar....Carefour.....