Tuesday, April 15, 2008

serandu

sebuah bungkah kayu
ditengah jalan
ditolak ketepi
menjadi iman.

abdullahjones.


Mungkin tak perasan atau mungkin terlepas pandang atau mungkin juga hanya kerana sombong, maka kita hanya mahu tahu yang dosa-dosa yang di pertanggungjawabkan kepada kita nanti hanyalah zina,arak judi, rasuah dan yang selalu-selalu di sebut ustaz di masjid-masjid atau surau-surau. Itu pun jika kita ada masa untuk bertamu ke rumah tuhan. Maklomlah, dalam seribu kesibukkan hidup sekarang, membuat masa untuk menjadi tamu tuhan yang agung adalah sesuatu yamh agak mustahil di lakukan.

Mana mahu memujuk lawan parti meyertai kamu agar kamu jadi menteri perdana. Mana mahu gulingkan ketua kamu agar kamu jadi menteri perdana. Mana mahu meluangkan masa bersama keluarga yang bakal mengali kubur kita nanti. Biarlah di kubur keseorangan, di dunia wajip berpegang-pegang tangan atau bahagian lain sama perempuan atau lelaki yang belom kita nikahi. Hatta untuk menziarahi ibubapa sendiri pon kadang tidak ada masa apatah lagi pergi mencari guru-guru agama. Mentelah pula sekarang ini (mengikut pendapat yang banyak) guru-guru agama adalah jahat.

Antara perkara yang mengambil masa sedikit untuk saya agar menjadi biasa di sini adalah memandu kereta. Kebanyakkan pemandu-pemadu Malaya keracunan makanan. Mungkin mereka guru-guru yang makan di kantin kotor. Atau ada anak mereka yang memandu itu duduk di sekolah yang sama dengan guru-guru yang keracunan makanan dan makan makanan yang sama. Jadi, semua pemandu Malaya perlu tergesa-gesa ke hospital atau jika tidak pon ke tandas di rumah sendiri. Kita tahu selain dari tandas sebilangan kecil rakyat Malaya, tandas-tandas kegunaan ramai di Malaya adalah samada kotor atau tidak menyediakan pili untuk mambasuh. Atau mungkin kedua-duanya sekali. Bukan kerana rakyat malaya pengotor,selisih malaikat empatpuluhempay! tetapi kerajaan tidak menjaganya dengan betul.

Kerana itulah mereka yakni pemandu Malaya selalu tergesa-gesa dan cepat marah. Mereka samada bimbang termuntah atau terkincit didalam kereta, maklomlah, kereta adalah harta yang paling di sayangi mereka. Anak yang mereka kandung jika sengaja atau tidak sengaja mencalarkan kereta, maka bersedialah untuk bercalar badan atau muka.

Apa yang tidak mahu atau tidak tahu atau tidak kita perasan adalah, perbuatan kita memotong di lorong kecemasan,meletakkan kenderaan hingga menyusahkan orang. Berlumba dan menggangu ketenteraman manusia lain, khususnya saya,memotong sesuka hati dan berbagai lagi seribu macam perangai seakan monyet dan babi selangor ketika memandu adalah dosa yang akan tuhan persoalkan.

Alangkah malunya nanti jika kamu dihumban keneraka kerana memandu peroton gen2 bersayap hingga menganggu lalulintas.Sudahlah malu dihumban keneraka, malu kedua pula kerana dihumban keneraka kerana kesalahan lalulintas. Seperti lelaki yang dipenjara kerana merogol diri sendiri.

Jika benar mahu ke neraka, pilihlah dosa yang ada kelas, zina misalnya, makan duit rakyat misalnya.

ps: pemandu lelaki yang memandu proton gen2 berwarna unggu juga agaknya berdosa. haha.

9 comments:

thoyol said...

Kesalahan lalu lintas juga adalah dosa Jones. Dosa kelas bawahan.. Hehe..

Anonymous said...

Hati-hati dengan imaginasi kamu mengkaitkan keracunan makanan dengan tabiat memandu rakyat Malaysia, dek kerana obsessi kamu maukan Perdana Menteri baru.

Lily Abdullah said...

En Jones,
Saya cuma seorang pejalan kaki. Saya juga mendapat dosa kerana memaki hamun pemandu kerata besar. Ketidaksopanan mereka telah menambahkan dosa saya tanpa sengaja.

Sadis!

Anonymous said...

ha ha...ha ha.....kena tanya khir toyol...ha ha

Anonymous said...

huhu...hilarius sungguh entri ni

Anonymous said...

memercik-mercik, jones.

Hasrul Halid said...

Jones,

Aku pengunjung tetap di sini. Cumanya entrimu kali ini memang bernada merah dan 'marah'... errr... dan aku suka begitu. Gila dan sinis atau sinis dalam gila atau gila dalam sinis..

atau... apa-apa ajalah!

pandagumuk. said...

abes semue die kaitkan (:

Anonymous said...

orang yang kita gelarkan bodoh semasa memandu adalah mereka yang memandu lebih laju atau lebih perlahan dari kita