Thursday, February 21, 2008

alor akar

-pakai ni, kata Mok menghulurkan lencana kapal layar kepada saya. Saya ambil dan pakai di baju dan bermulalah obsesi saya kepada lencana besi.

Lencana-lencana yang di kumpul akan saya pin-kan ke topi.Dan saya pakai pada hari-hari perayaan sekolah. Itulah kebangaan.Setelah itu saya simpan dengan cermat sambil menanti musim perayaan datang lagi.


Dan itu jugalah satu-satunya kenangan saya tentang pilihanraya kerana itulah pilihanraya pertama dan terakhir saya (setakat ini).

Semua lencana itu di beli dengan wang Mok.Saya tidak berjimat untuk membeli kerana tahu Mok kayaraya.

Ada juga kawan-kawan yang mahu berlumba mengumpul lencana, malang sedikit ibubapa mereka tidak sekaya atau mungkin tidak mahu melayan minat anak-anak mereka seperti Mok, jadi tentu saja saya menang kerana punya wang untuk berbelanja membeli lencana dan kasih sayang yang melimpahruah.



Pilihanraya adalah hari lencana. Kumpul dan lekat di topi kemudian pamerkan kepada sekelian manusia tanda sokong.Kemudian simpan dan tunggu perayaan datang lagi.

Yang memang nanti adalah kerana punya banyak wang untuk mempamerkan lencana. Bukan kerana khidmat kepada penduduk.

Dan tidak seperti saya, ibubapa yang punya banyak wang biasanya merosakkan anak-anak dengan hartabenda kononnya tanda cinta.

8 comments:

Pa'chik said...

baju cap n'nimbang ada jual di mydin kalu nok beli... hahahah...

Anonymous said...

nak trade?!!..hahah

Anonymous said...

Loh. Panda sungguh mo buak ceriter. Tepi pantai kat kapong aku org berebuk nok pacok bedera. Ha. ha. Ha.

Anonymous said...

Sori Loh. Alamat hok tadi tu salah. Tertinggal tanda - ni. Yang betul hok baru nilah. Ok Loh. Sori. Tak niat nak mengganggu Loh.

Anonymous said...

wah, AJ dah cover kebanyakan tempat di pahang dgn tajuk2 posting sahaja.
Rindu nak pulang?

Anonymous said...

Aku : Sejak meningkat remaja, kurang kasih sayang. Duit apatah lagi, memang datang dari family yg agak kekurangan....

dugongsenyum said...

masa kempen ada bagi t-shirt percuma. lepas tu t-shirt gambar wakil rakyat tu buat balut buah nangka, terpampang muka wakil rakyat kat atas pokok. haha

Pegawai Khalwat said...

Aku cuma ada lencana sekolah.