Friday, February 29, 2008

medan tok sera



Sejak kebelakangan ini, saya banyak di landa berita kematian. Saya melihat anak yang kematian ibu,kawan yang kehilangan kawan. Adik kematian kakak atau abang yang kematian adik. semua ini membawa kesedihan kepada banyak orang.

Namun semua kesedihan itu tidak dapat menandingi kesedihan yang saya lihat kepada ibu dan bapa yang kehilangan anak.



Sibapa saya lihat masih mahu menjadi lelaki. Masih mahu tersenyum-senyum dalam kesedihan. Walau bagaimana pun, di waktu-waktu senggang yakni di masa mana dia tidak sibuk melayani ucapan takziah dari kawan yang datang, saya lihat dia mengalirkan airmata dan belas sungguh hati sesiapa melihatnya.

Melihat ibu kepada anak yang pergi itu pula adalah amat memilukan. Walau tidak meraung-raung, kesedihan yang teramat sangat dapat di lihat pada wajah siibu. Sudah habis daya untuk berbicaranya. Airmatanya juga saya kira telah kering.


Kemudian datang pula berita mengenai seorang anak perempuan yang berusia 16 tahun keluar dari rumah setelah di tegur oleh ibunya. Dia keluar kerana merasakan ibunya tidak lagi menyayangi.

Ditengah-tengah orang yang datang membantu, ibu dan bapa itu hanya kelihatan amat murung, namun apabila di dalam kereta bersama saya pergi mencari, kedua-duanya menangis seperti anak-anak.

Bapanya yang selalu tidak apa itu antara dengar dan tidak mengatakan,' mana anak aku jones? mana anak aku tidur malam ni jones?'

Ibunya pula memanggil-manggil nama anaknya dengan kuat.

Semalaman kami mencari. Semalaman kami tidak tidur.



Melihat keadaan itu, saya yang selama ini tidak faham mengapa masih ada manusia yang percaya kepada ajaran-ajaran karut mengerti yang manusia akan melakukan apa sahaja bila terdesak. Atau sekurang-kurangnya apabila mahu kembalikan apa-apa yang di sayang tetapi hilang. Anak misalnya. atau mungkin juga kerusi parlimen misalnya. Misalnya saya kata.

Kerana itu juga, mahaguru-mahaguru sakti merata alam ini masih mampu hidup dengan menipu.

Kita semua adalah anak. Cuba berusaha untuk mengembirakan ibubapa semasa mereka hidup dan cuba pula berusaha menerangi kubur mereka setelah mereka tiada. Jika terlintas di hati mahu berzina, minum arak,tinggalkan sembahyang atau apa juga maksiat, bayangkanlah mereka yang membesarkan kita.

ps:dalam zaman serba cepat ini, mewajipkan laporang orang hilang hanya boleh di buat setelah 24jam rasanya perlu di tukar. undang-undang sivil mengikut peredaran masa, jadi tidak ada masalah disana. Lainlah undang-undang tuhan. eh! bunyi macam orang PIS pulak. EH! orang PIS pon dah tak cakap pasal undang-undang tuhan.

13 comments:

deepo87 said...

THUMBS UP AJ........i like the monkeys pic la........haha

sinaganaga said...

Teluk Chempedak? Ermmmm...

zizie ali said...

kau masih di malaya?

Hamdi Hanapi said...

1. cinta remaja = cinta monyet?
2. atau dating remaja = dating monyet? (uh ah uh ah)

seni itu memeningkan ah!

blackpurple @ jowopinter said...

Kerusi Parlimen hilang yang tak tahan tu. :D

Amiene Rev said...

Orang... orang.. orang... dan kemudian... monyet?

Ini seni!

Anonymous said...

menarik...sangat menarik..nasib baik aku takde awek..kalau tak tentu dah masuk dalam blog ni pic aku..

ahaha..

nice one..

jaketbiru said...

"Jika terlintas di hati mahu berzina, minum arak,tinggalkan sembahyang atau apa juga maksiat, bayangkanlah mereka yang membesarkan kita"

Jika terlintas di hati tanyakan diri mahukah kamu, anak mu nanti berzina, minum arak,tinggalkan sembahyang atau apa juga maksiat seperti apa yang kamu akan lakukan.

no.sher.ta said...

anak siapa la mereka itu?
terlalu cetek nya pemikiran mereka..
terlalu asyik dgn dunia ini..
hmm...

Pegawai Khalwat said...

Tak jadi tak rasa.

waterlily said...

Sungguh malang menjadi ibubapa di zaman ini...mencabar sekali.

Hai anak-anak kembalilah pada agamamu.

mudabelia said...

orang-orang itu sama macam monyet.

orang2 itu = monyet.

haha! :)

joe_oo7 said...

power2.. citer pasal mak bapak pasti mensyahdukan aku..