Saturday, November 10, 2007

mar menangis, airmata jatuh ke misainya

Saya suka membaca komik Gila-Gila musim baru. Saya katakan musim baru, sebenarnya saya lama tidak membelinya.

Selama di sini, saya banyak membeli majalah dan komik. Kebanyakkan komik mengecewakan kerana terlalu mahu menjadi seperti komik Jepun atau Korea atau apa juga kecuali menjadi komik Malaya.

Di sini komik Gila-Gila menjadi hero saya kerana masih mengekalkan bentuk lukisan dan cerita yang berpengkalan di Malaya. Cabai masih dengan Tiga Daranya. Aloy dengan mistiknya dan beberapa tulisan yang rasanya di ulang tayang. From Taiping With Love juga masih di tayangkan. Mungkin untuk membantu keluarga arwah Rasyid Asmawi.

Komik ini juga sesuai di baca oleh semua. Tidak seperti komik lain yang saya anggap mengarut. Dengan gaya bahasa yang pening dan lukisan yang banyak menganjurkan kejahatan. Cuma yang sedikit merungsingkan saya di komik Gila-Gila adalah kartun Shah-Shahwati, cerita budak perempuan yang lelaki. Rasanya walaupun banyak pondan di Malaya, cerita begitu tidak perlu. Janganlah kita menjadi penyumbang kepada kebangkitan golongan jahat.

Saya masih memasang angan-angan untuk melihat pelukis musim pertama komik Gila-Gila menghasilkan (walau) sebuah keluaran yang bumper-mumper. Yang tebal dan tidak habis di baca 3 hari. Kami mahu Don! Kami mahu Kerengge!

Off The Edge pada saya adalah majalah terbaik keluaran Malaya. Yang lain semuanya karut terutama majalah berbahasa Melayu. Cuma keluaran terbaru Off The Edge sedikit mengecewakan kerana menjadikan gambar budak Kuala Lipis yang paling terkenal itu sebagai penghias muka depan. Dan dengan rencana wawancara yang amat err.. tidak cerdik. Rasanya apa saja mengenai beliau sudah banyak di ketahui umum, cuba-cubalah Off The Edge mencari tokoh selain beliau untuk kami baca, penulis blog misalnya, err..saya misalnya.



Oh, jika kamu di Gila-Gila, tolong sampaikan assalamualaikoum saya kepada Aloy.

11 comments:

Anonymous said...

AJ tokoh apa ya? Betul ke nak diwawancara, soalan kat sini pun susah nak jawab. Saya nak tanya satu soalan, buku yg betul-betul buku tu, dah siap?

Anonymous said...

belom wan.dalam proses menulis. :)

jones

Khairusy Syakirin Has-Yun said...

Saya dulu memang peminat Gila-Gila...malah ayah juga seorang peminat Gila-Gila. Pernah masa kecil, terdengar ayah tergelak seorang diri di dapur, kerana membaca Gila-Gila. Sekarang ini, sudah lama tak beli, malah tidak tahu sama ada Gila-Gila masih wujud atau tidak. Kalau gitu beritanya, maknanya Gila-Gila masih wujud dan bertahan.

thinker bell said...

of the edge kali ni yg tulis citizen nurhaliza tu ek? dah nmpk muka dia , saya terus tak bukak pon majalah nye.

apa isinya kali ni? beg luwi vuton lagi ke? hehe.

sinaganaga said...

Don di kaki gunung. Di pusat peranginan tanah tinggi yang namanya seperti Peranchis tu. Pergilah cari.

Dukedeaf said...

Aku pernah cakap kpd pengemar dan pengumpul komik..Lawak Gila-gila adalah lawak malaysia dan ianya adalah komik malaysia.ada lawak gila2 yg menjadikan kita pemikir.

zizie ali said...

tulisanmu membuat aku ingin tengok semula gila-gila yang dah berpuluh tahun aku tak tengok. jaafar taib masih ada? long masih ada?

Unknown said...

Salam,

Saya pembaca tetap Off The Edge, walaupun tak berapa berkenan dengan iklan air kencing setan yang sangat menonjol dalam majalah ini.

norza said...

Jones, buku tentang apa yg sedang anda tulis? Saya juga seorang penulis. Tak sabar nak baca karya anda kerana tersangat enjoy dengan gaya penulisan anda di sini. Keep up the great work...!! Salam Rabu buat semua.

Anonymous said...

weh .. bercakap pasal gila-gila, teringat masa mula pandai membaca dulu. bapak sedara saya longgokkan timbunan majalah gila-gila sampai muntah saya baca!

memanglah best ... tapi gila-gila sekarang tak tau le macam mana ... last baca tahun 1997 ...

Anonymous said...

Salam,

Si Kadok dan Liza masih ada lagi ke? Rindu pulak nak baca Gila-Gila. Dulu berebut bila bapak beli majalah tu dan baca dalam tandas, dia baca dulu sebelum kami dapat membacanya. Geram!

p/s: Buku puisi saudara adalah buku puisi yang pertama saya beli, sepanjang saya masih bernafas ini.