Mungkin saya pernah ceritakan, tapi saya ceritakan sekali lagi.
-Mok buat jerok maman,kata adik saya, tersenyum. Bukan kerana dia atau saya mengemari makanan tersebut, tetapi dia tahu saya amat susah hati jika Mok mula menjerok daun maman.
Bau dari proses menjerok itu terlalu memeningkan kepala saya dan inilah yang membuatkan adik saya gembira. Apa saja bentuk penyiksaan yang jatuh kepada saya adalah hiburan pada dia. Lebih-lebih lagi bila penyiksaan itu datang dari Mok saya.Walaupun secara tidak langsung. Seperti yang di ketahui umum, hanya saya anak yang di sayangi Mok saya.
Beberapa tahun setelah dewasa,saya jadi ingin tahu mengapa Mok begitu mengemari jerok maman. Saya cuba sekali dan tidak suka. Kemudian dari itu, saya mencuba lagi berkali-kali dan akhirnya saya dapat menghargai keenakkannya. Hari ini walaupun bukan makanan kegemaran saya, namun saya tidak akan menolak jika di hidangkan dengan jerok maman.
Alah, macam makan suap. Kali pertama rasa berdosa, buat banyak kali, seronok pula.
Cuma saya mahu nasehatkan kepada para pemakan suap; Makanlah suap dalam jumlah yang sangat besar supaya jika di tangkap boleh upah peguam handal. Kita semua tahu kalah menang kebanyakkan kes-kes yang di bicarakan di mahkamah bergantung kepada banyak sedikitnya uang di kantong mereka yang kena dakwa.
Apabila sudah bersedia dengan penguam handal (usaha) dan sementara menunggu kes dibicarakan, kita ke Mekah berdoa (harap). Orang Islam lah katakan.
Kata Periwira Mat Gila, ada uang semua boleh jadi.
Monday, November 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Jeruk apalah yang kau makan tu? Kampung sungguh. Ha ha.
tergamak pulak nak kasi anak bini makan wang haram.
apa itu jeruk maman? tak pernah dengar pun.
nak nak upah peguam yang paling kaya, yang upah untuk satu kes lama dulu.. 16 juta...
peguam paling kaya tu.. pandai korek korek korek...
wann,
jeruk dari pokok apa entah.. aku pun tak tau... kat terenggu ngan kelantan banyak lah orang jual.
saya pun tgh cuba2 begitu. masalahnya tak de yang beri peluang.
Maman itu spesis tumbuhan apa? Isk!
Saya tidak makan suap atau cuba mendekatinya tapi hasilnya saya di benci oleh ketua dan rakan-rakan yang kegemarannya makan suap.Apa patut saya buat saudara Jones??
Eh..Jerok maman pun ada orang tak tau rupanya...meh kita promote ramai-ramai. Pssst...saya pun tak suka jerok tu...
Anonymous said...
Saya tidak makan suap atau cuba mendekatinya tapi hasilnya saya di benci oleh ketua dan rakan-rakan yang kegemarannya makan suap.Apa patut saya buat saudara Jones??
teruslah tidak makan suap.
jones.
hingga ke hari ini, aku tak pernah makan jeruk mamang, walaupun mak aku suka..
oh.
jeruk maman sedap! saya suka! :)
kawan saya bg link pasal blog jones, menarik kata bliau.
thx! :)
mmg benarik! terhibur saya! :) :)
Post a Comment