Wednesday, November 14, 2007

is juga menangis, airmata juga jatuh ke misainya-tamat-

-kawan tak pernah ngenterk.biar orang nak kata apa,kawan tak pernah buat kerja tak senonoh, kata Jack lama dulu.Umurnya 42 tahun ketika itu.

Jack kawan lama saya. Kawan yang mengajar saya baca al-quran.Kawan yang mengajar saya supaya kekal dalam sembahyang.Bahkan dialah yang mengajar kami, saya dan kawan-kawan saya untuk kekal bersembahyang dalam apa juga keadaan.

Bahkan lagi, jika kamu ke kampong saya dan tanyakan siapakah yang banyak berjasa membawa budak-budak muda (masa itu) kepada agama, tidak syak lagi mereka akan memberitahu kamu yang Jacklah orangnya.

Jack lambat menikah, itu saja kemalangan dalam hidupnya. Lain semua cukup. Rupa iras Freddy Mercury dan tidak pernah kekurangan wang.

Bermacam orang cuba mencarikan jodoh untuk dia, tetapi seperti yang saya katakan tadi, dia memang malang dalam hal nikah kawin ini. Pernah mahu menikah dengan adik saya sendiri, tetapi seperti yang kamu semu tahu, dia cepat menyedari kekurangan diri adik saya. Dia juga satu-satunya kawan yang datang melawat semasa saya di luar negara.

Cuma yang membuatkan saya sedikit terkilan adalah kerana semasa melawat, dia membawa sekian banyak petai segar UNTUK DIRINYA SENDIRI. Bertahun tidak memakan petai, ingatkan di bawanya untuk saya, rupanya tidak, di bantainya makan seorang. Cerita itu menjadi lawak kami dan kawan-kawan.

Tadi saya mendapat panggilan talipon dari dia,bunyinya lebih kurang begini;

-macam tak percaya, macam mimpi! sebelah kawan tido ada orang. kalau kawan rasa nak pelok, kawan boleh pelok, kalau kawan rasa nak pegang kopek, kawan boleh pegang. macam mimpi!

Saya ketawa kuat. Jack menikah 11/11 yang lepas. Hujung minggu ini majlis sambut menantu, Tumbang 3 ekor lembu.Raja pun khabarnya akan datang. Perkahwinan paling bersejarah di kampungnya.

Adillah rasa saya.

Dia menahan dirinya dari zina sekian lama. Lalu ALLAH berikan kepada dia nikmat yang besar.Nikmat pertama kali melakukan persetubuhan halal adalah jauh lebih baik dari perzinaan pertama dan yang paling bagus ianya tidak di murkai ALLAH.

Jika ada yang mahu saya anjurkan kepada kamu semua adalah, jangan berzina. Bukan sahaja ianya berdosa, kamu juga merosakkan banyak perkara. Kamu juga mencuri hak orang.Dan yang paling penting, cuba fikirkan jika yang dizina itu adik-kakak kamu.Issshhh..rasa macam ustaz pulok doh. Sebenarnya kamu lebih tahu.

SELAMAT PENGANTIN BARU JACK.


ps: kepada al-maniq yang mengundang saya tempoh hari, terima kasih. saya cuba hadir di Paya Bungor, malangnya saya tiba terlalu lewat. Selamat pengantin baru juga untuk kamu dan isteri.

16 comments:

rimanilzah said...

Off The Edge bulan Ogos amat menarik.

tuan tanah said...

Selamat pengantin baru untuk Jack.

Zaman sekarang ni, asal lelaki lambat kawin je mesti kena tuduh homo. Tak percaya pada jodoh dan takdir Tuhan agaknya.

pakali said...

lamo doh baco blog demo, hok ni la hk paling ustak.. ha ha.

wann said...

Ustaz AJ, petai!...yeurk!

mcm Freddy Mercury, eee..seramnya.

Selamat berbulan madu Jack!

.:HalogAmora:. said...

ustaz AJ... bleh tahan ceramah kali ni...

pd jack

selamat pengantin baru!

Anonymous said...

Tak kenal Jack

Tapi.. selamat pengantin baru

Tak kenal AJ

Tapi.. er..selamat berkenalan

Arcane said...

Assalamualaikum buat saudara AJ yang kacak lagi pintar, lama tak dapat baca tulisan u rasa rindu gila, hahaha. Sila ke http:islahkankesatria.blogspot.com ad a cerita pasal budak2 komander Kesatria yg nak tiru perangai pak2 Menteri yg gila kuasa...

Arcane said...

*http://islahkankesatria.blogspot.com

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! Sampai 3 ekor lembu!

Selamat Pengantin Baru buat Jack.. Tahniah!

gitartong said...

saya pelik, kenapa namanya JACK?

Ku Keng said...

Wah orang kampung deme nama Jack, Jones, dll. Semua nama barat.

wanie_agk said...

hiburan halal yang paling murah buat pasangan yang sederhana hidupnya..-ebiet g ade

bunga rampai said...

Salam Pak AJ,

Terima kasih entri ini :)

tini said...

SeLaMaT PeNgAnTiN bArU..Mr.jAcK..

Pa'chik said...

name oghang puteh saj'je... memang ganah ah... selamak pngateng baghu jek!

dugongsenyum said...

Selamat pengantin baru uncle Jack misai ular sawa haha