Saya jatuh cinta dengan Dr. Khir Toyo.
Bukan, bukan sebab mukanya makin cantik. Bukan sebab tulang pipinya makin tinggi. Bukan juga kerana anak matanya sedikit hazel sekarang ini.
Tetapi kerana dua perkara dan ini adalah kejatuhan cinta yang benar-benar suci.
Pertama kerana dia membeli sampah dari penduduk jajahannya.
Rakyat Malaya memang pengotor. Pergi saja di mana-mana gerai makan (waktu siang) dan kamu akan faham maksud saya. Yang lebih menekankan betapa pengotornya rakyat Malaya, mereka berkerumun makan di tempat yang kotor dan berbau busuk.
Jika sekiranya majlis perbandaran tidak mengutip sampah, di panggilnya singh yang terangkat tangan apabila bercakap itu untuk siaran tivi.(Bila di fikirkan balik, rasanya tv3 patut masuk bertanding dalam pilihanraya akan datang kerana apa saja masalah yang tersiar di rangkaian tivi tersebut, pasti akan segera di selesaikan) Nama untuk berfikir cara bagaimana untuk membuang sampah tidak sama sekali. Pantang tok nenek dia. Tok nenek saya bersih.
Bilik air di rumah sendiri pon kadangkala lebih kotor dari tandas awam. Tapi cerita tandas awam sudah lama basi.Sama basinya dengan cerita-cerita perkelahian keluarga melayu dalam wayang malaya.Kita mahu cerita baru, babak dalam filim yang baru. Ciuman mulut ke mulut yang pertama misalnya. (Saya yakin dalam masa kurang lima tahun kita akan dapat menyaksikan babak tersebut dalam filim buatan malaya)
Jadi dengan membeli sampah, beliau sedikit sebanyak telah membersihkan malaya dan ini pada saya adalah usaha yang murni.
Syabbas Khir!
Keduanya adalah kerana anugerah penyapu itu. Jika sekiranya, penyapu yang di berikan itu di perbuat dari tembaga mahal, rasa saya ianya tidak akan menjadi perbualan hangat. Jadi, kekalkan saja anugerah tersebut tetapi salutkan atau buat penyapu dari emas nescaya tidak akan menjadi isu yang perlu di campurtangan oleh menteri perdana yang maha sibuk merancang yang meresmikan segala macam pintukori itu.
Melayu memang begitu, asal penyapu rasa hina. Seperti melayu yang minum arak tetapi amat benci dengan babi. Dapat hamper hari raya senyum,bangga. Jiran-jiran sebelah rumah cemburu kerana tidak di suap,tetapi(kononnya) benci kepada rasuah seperti bencinya melayu kepada bekas isteri. kemudian mereka jemput jaguh tenis dunia untuk menghiburkan kita. Orang miskin di Baling sana pasti gembira, eh! tu cerita lain. Sorry.
kalaulah Khir sedia merobohkan mahligai bekas ahli majlis yang terkenal itu, saya akan menghantar wakil untuk melamar beliau. Jangan hairan, di malaya semuanya boleh.
Nama saya Rain.
Monday, November 19, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
'nama saya rain' yang tak tahan tuh.
Jones,mengapa di malaya ini amat mudah untuk mendapat title Dato, Datuk Seri,Tan Sri dan lain2.Hanya kerana hobi menyanyi atau kawin sajer dengan artis popular boleh dapat Datuk Seri di mana nilainya title itu???
Nama saya Rain.
Haduih, tak tahannn!!!!
Hahahahahahahaa!!!
Jones kalau hobi menyanyi boleh dapat tiitke Dato so kalau hobi makan suap bole dapat title Dato tak ?
seperti biasa.. hahahahahahahahaha...
Hitam itu bergaya.Nama saya Rain.Hahaha
Klu Tv3 tubuhkan parti politik,ada kemungkinan tak dorang kene sembur air.
Karam sing walia jadi menteri alam sekitar.abu bakar atan jadi menteti belia dan sukan.hebat2.
Pak Dollah..
Dr. K tamat pengajian di uni Malaya dan anugerah penyapu memang sudah menjadi tradisi di Uni Malaya untuk Tingkat2 yang kotor sepanjang tahun pengajian.
Dulu, semasa tahun satu, kami mendapat anugerah penyapu dan kami gelak guling2...dan membawa kepada tingkat tercantik di Hari Terbuka Kolej di tahun seterusnya.
Salah ke kalau saya ketawa guling2..?
Ciuman mulut ke mulut sudah ada.
Dalam filem Adik Manja, tahun 1980 (kalau tak silap).
Ciuman tak penting sekarang.
Kita cari adegan 'membuat cinta' pertama Malaya.
Oh, nama saya bukan Rain.
Hai Encik Rain how are you?
Buwahahahahahahahahaha
Ketawa saya bagai hujan lebat mencurah-curah, terima kasih menghibur ;)
Salam.
apa ke hal lak nama saya rain?.
hahahahahaha.
Ha ha ha [77 kali]
Ketawa dulu...
Ha ha ha ha ha ha ha ha ha
Nama saya Rain - hang memang sarkastik la bro.
Psss... adegan cium mulut ke mulut tu, aku pun yakin dengan tilikan hang.
Vovin, Adik Manja tu bibir ke bibir saja, tak advance macam sekarang. Siap sup....
Ha ha ha.....
haha!
.
dan saya akan jadi pemegang payung semasa lamaran tu...
.
Beraniker dirobohkan istana itu, katanya diminta tambah besarkan tanah yg sebelah itu pula
AJ,
Ckp pasal bencikan, monyet mana yang akan jadi monyet pembenci lagi pendendam? Monyet yang tiap-tiap hari makan pisang rampasan atau monyet yang pisangnya kena rampas.
Saya monyet yang makan epal ijau jah wa ka ka
ebiet: cinta tak semestinya bersatu...biar ku cumbu bayangmu...
uhh,nakal deme ning.
Klu ada adengan cium mulut ke mulut sekali pun takpe.Lps tu dorang buat kenyataan meminta maaf.Yg bersalah hanyalah tempat yg terlalu romatik,pelaku tidak bersalah.
Klu ada adengan 'membuat cinta' takpe..yg salah adalah keempukan tilam dan katil dan pelaku hanya perlu meminta maaf secara terbuka.
Rain? Ajak mari the Mall (PWTC) pun takut - Rain mende? Ha ha.
Sekarang setiap kali saya dengar lagu Rain, saya akan teringatkan AJ. Fuhh, talk about the power & beauty of blogging!
AJ..hang memang powderful la..part 'rain' yang aku tak tahan gelak!
Rain, hehe, nice dan dalam.
Post a Comment