Thursday, October 25, 2007

tapi is

Memandu merupakan satu seni beladiri di Malaya. Dan kebanyakkan pemandu di malaya adalah pemegang 3 atau lebih tali pinggang hitam. Bagi saya yang sangat tidak pandai dalam apa juga seni beladiri atau memandu, adalah menjadi satu masalah besar apabila terpaksa memandu.

Amat mengejutkan apabila sedang memandu kamu tiba-tiba di lintas dari kiri dan kanan tanpa sebarang isyarat dan dengan tiada langsung timbang rasa.Memaki hamun adalah pilihan yang paling tepat kerana jika tidak kamu akan mengumpul segala macam kemarahan dan kemudian di lepaskan kepada anak dan isteri.

Pemandu motosikal adalah penjahat yang d lindungi di malaya. Hairan sungguh apabila ada ibubapa nampak akan kepentingan membenarkan anak-anak yang baru lulus PMR dibelikan motosikal. Apa perlunya mereka yang masih dalam tanggungan menonggang motosikal? Mereka tidak perlu berkerja. Tugas berat meraka hanya belajar dan kadang-kadang pukul rakan sebaya atau mungkin dalam kes-kes yang terpinggir, memukul dan memaki-hamun para cikgu.

Dan budak perempuan yang bercita-cita menjadi ketua pergerakan wanita berjambul itu pula menggalakan mereka dengan cadangan untuk membuka gelanggang lumba. Inilah penyakit besar pemerintah. Apabila feri terbakar, menteri memberi NASIHAT kepada pengusaha supaya berhati-hati. Tepung gandum naik harga,AFDAL lah rakyat memakan tepung jagung atau sekoi.

Apa guna jadi pemerintah jika sekadar menjadi pemberi nasihat?

Mari saya ajarkan bagaimana membenteras pemandu motosikal muda sebelum saya ke kedai membeli lori dan menjadikan perbuatan melanggar mereka setiap hujung minggu sebagai hobi. Percayalah, saya sangat teringin melakukannya!

Had kan umur pemandu motosikal dari 16 tahun ke 18 atau 20 tahun. Mungkin ini tidak akan segera menhapuskan mereka tetapi sekurang-kurangnya kita tahu dalam masa 3-4 tahun akan datang mereka akan berkurang dan mungkin akan terus di hapuskan.

Kita semua tahu yang budak lelaki(melayu) 16 tahun semuanya bodoh. Masih belum boleh berfikir. Beri mereka motosikal, mereka merempit,beri mereka perempuan, mereka buncitkan. Yang sama bodohnya adalah ibubapa yang membelikan motosikal kepada mereka.
Budak perempuan (melayu) pula, belikan mereka pre-paid, mereka buncit. Jadi cegah benda-benda ini dari berlaku. Tidak ada pentingnya budak lelaki 16-17 tahun bermotosikal.

Lupakanlah sekejap tentang untungnya menjual banyak motosikal keluaran tempatan kerana mereka inilah taukeh yang kamu jeritkan sebagai mempunyai modal insan.

Dalam perkara lain, kenapa sheriff tidak boleh berkerja sama dengan syarikat telekomunikasi untuk menjuruskan dengan tepat masa,hari dan kepada siapa panggilan telefon yang di buat oleh lelaki di dalam gambar cctv kes kanak-kanak yang di zalimi itu?
Bukan kah kita negara serba canggih?

13 comments:

thoyol said...

bullseye..

Anonymous said...

I totally agree 110% with you. They only know how to make babies but don't know how to raise them up properly

thinker bell said...

Budak perempuan (melayu) pula, belikan mereka pre-paid, mereka buncit

hehe. betul sangat la ni. chatting lebih sket, ayat baik sket, terus leh bawak balik umah. ape ke cetek pikiran budak2 ni. ya ampun.

zizie ali said...

mat rempit: apa la lu susah-susah mahu sedia trek untuk kitaorang. kita orang bukan nak lumba atas trek. kita nak lumba atas jalan. atas jalannnnnnnnn.... atas jalannnnn...

blackpurple @ jowopinter said...

Kilang patut keluarkan motorsikal yang berkapasiti seperti mesin rumput dan kelajuan maksima 50km/j sahaja.

sinaganaga said...

Malaysia ni panas, itu sebab musababnya. Ha ha.

Anonymous said...

malaysia kadang kala jadi tempat yang menakutkan saya

wanie_agk said...

tak payah risaulah aj. itupun hobi dia org..

ayobkelubi said...

diarang suka mati atas jalan tar. sekian

Obefiend Weiland said...

hai jones

lama hamba tak bertandang. naikkan had umur? tak kan menjadi pasal di kampungkampung budak umur 10 tahun pun sudahmula memandu. ha dumur 16 tu ada setakat nak ada on paper sahaja. kita semua tahu undan-undang itu for the sake of looking civilised aje

mungkin hukuman harus dikenakan pada ibu bapa. mak bapak zaman saiber suka jaga anak pakai remote agaknya zaman sekarang. tak tahu apa anaknya buat. atau dibiarkan aja asal tidak menggangu sex petang atau lewat malam mereka. baw ha ha baw!

aneh juga deran KERAjaan sejak dua menjak ni. orang merempit dan digalakkan lagi berlumba atas track. mungkin tidak membuat reserach kot. mereka merempit pasal suka thrill memandu macam pelesit seara illegal. bukankah track dan cub prix sudah sedia ada berdekad lamanya. merempit bukan fenomena baru. zaman saya kecil dulu orang merempit dengan scrambler. cuma mungkin jumlahnya kecil dan kelihatan cool ( lebih2 lagi ade filem faizal hussein bertakur gila2 remaja - nampak berhati mulia pula si rempit)

baiklah jones. aku janji akan kembali membaca disini. keep up the always good work

Anonymous said...

Hi, AJ
Really enjoyed yr style of writing - entertaining & penuh dgn sindiran pedas. Looking forward for yr next entry..!

Pegawai Khalwat said...

Berapa prepaid nak kena beli?

Anonymous said...

tak heran - tak heran.. bucit, membuncitkan.. rempit dirempitkan.. biadap motor dan kereta sama jer..
((usia setan beribu tahun.. sedangkan ayahbonda lagikan tergoda ini kan pula anak remaja.. ))

jaketbiru