Sunday, May 13, 2007

hey!

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang membaca disini. Mahu disebutkan satu persatu rasanya tidak mampu, maklomlah selain terlalu ramai, saya juga amat sombong untuk melakukannya.

Nasihat dan anjuran yang baik akan saya jadikan tauladan dan mana-mana tulisan di sini yang buruk jadikanlah sempadan.

Saya akan berpergian* dalam masa satu atau dua minggu dari sekarang.

Akhir kata, jangan menjadi harimau yang membuang anak atau jangan percaya sangat berita akhbar (mengenai harimau membuang anak).Dan bercanggah dengan kata abdullah yang lagi satu, perjuangan untuk memajukan satu-satu bangsa adalah salah.

Dengan ini saya akhiri penulisan blog ini buat sementara waktu. Doakan saya.

Assalamualaikoum.


ps: berpergian adalah kata yang disarankan oleh Cikgu Rimanilzah bagi menggantikan kata berpergi-pergian yang selalu saya gunakan.

17 comments:

Ku Keng said...

wa alaikumus salaam. Khoda Hafiz. Fi amaanilLah. Jgn. lupa bawa passpot!

tuan tanah said...
This comment has been removed by the author.
tuan tanah said...

Alaikumussalam.

Have a save journey! Jaga diri.

Pa'chik said...

wa alaikumus salaam
semuga selamat perjalan pergi dan balik.
amiin.

Bunga Rampai said...

Waalaikumusalam Pak AJ,

Moga kembara dalam lindunganNya.

Anonymous said...

wa alaikumus salam.

selamat berpergian, kalau jatuh bangun sendiri.

sudah terima buku 'sajak-sajak suci'.

'seasons in the sun' pernah nyanyi lagu ini waktu kelas muzik, kalau tak silap, waktu tu darjah enam.

Anonymous said...

Bro, moga selamat semuanya.

Banyak tulisan2, gambar2, rakaman video, rakaman suara/audio yang telah dibuat sangat perlu kita tuliskan di atas halaman tersebut bagaimana mahu menulis rujukan kepada bahan-bahan tersebut.

Supaya orang lain selepas ini, jika mereka mahu membuat rujukan terhadap kerja kita itu, terus boleh copy & paste cara menulis rujukan tersebut.

Dengan cara ini kita boleh mengangkat tulisan, lukisan, video dan audio tersebut ke dunia akademik yang boleh ditulis rujukan oleh orang lain.

Kita patut buat.

uipts

Anonymous said...

Tulisan ini saya tulis diruang komen di http://www.danchan.weblog/uipts
-------------------------------

saya mencadangkan kpd bro aj dan rakan2 lain supaya mula membuat pendekatan baru terhadap semua hasil tulisan, lukisan, rakaman video/audio supaya meletakkan cara bagaimana menulis rujukan bahan2 tersebut.

Ini bukan cara mengangkat 'bakul sendiri', tetapi cuba meletakkan cara bagaimana apa-apa bahan 'karya' (tidak kira apa hasil karya itu) sebagai bahan yang boleh dirujuk, jika ada mahu merujuknya.

Contoh mudah begini, para pelukis kartun di komik2 mungkin dianggap sebagai karya masa lapang dan bacaan ringan.
Tetapi terdapat ramai penyelidik karya-karya kartun yang belajar sehingga ke peringkat PhD. Dan kerja2 ini boleh dirujuk sebagai kerja akademik.

Mungkin di setiap halaman karya bro AJ (sebagai contoh ) boleh ditulis sebagai;

Abdullahjones (2007)Hey!,ABDULLAHJONES,Sunday, May 13, 8.57am

uipts

Anonymous said...

Supaya contoh yang diberikan lebih tepat, saya cuba membuat contohnya. Katakan saya sedang menulis tentang tindakan 'bagaimana rapatnya hubungan penulis2 blog dengan pembaca-pembacanya, dan teksnya seperti di bawah:

------------------
'Dari kajian yang dibuat, didapati tidak sedikit penulis-penulis blog yang bersedia untuk menyatakan ke mana mereka akan pergi dan berada, baik dinyatakan secara jelas atau kabur. Ini seperti yang di tunjukkan oleh AbdullahJones (2007) di mana dia menyatakan akan berpergian dalam masa satu atau dua minggu dari sekarang. Ini dapat menunjukkan betapa eratnya hubungan antara penulis blog dengan peminat-pemintanya.'

---------------
(dibahagian rujukan teks di atas ia boleh ditulis)

AbdullahJones (2007) Hey!. AbdullahJones, Sunday, May 13. (http://abdullahjones.blogspot.com, dirujuk pada 14/05/2007)

---------------

(oleh kerana agak tergesa2 komen sebelum ini agak tidak tepat dan url pun boleh tersilap)

uipts.

dith said...

AJ,

Buat umrah ke?

blackpurple @ jowopinter said...

Selamat berpergian.

Sementara kamu tiada ini, kuakan membelek-belek, mengunyah dan mencerna 'Sajak-Sajak Suci'mu itu. Ceeewah...[Min itu siapa ekk.. ?]

Tok Rimau said...

tata!

Unknown said...

AJ, berpergian lagi?...

bluecherry @ fai said...

sombong kaa atau malas nak 'layan'..

Anyway have a nice trip... hope in return, there will be something interesting to share.

p/s: orang selalu mentafsir suatu luar biasa bila melihat perkara lebih sikit dari biasa..

Anonymous said...

kelik kampung mu ko?

haha!

Pegawai Khalwat said...

Nak ikut!

mukhsen_x said...

masuk sini nak dengar seasons in the sun je, ha ha