Thursday, April 05, 2007

tidak

Kamu yang hantu bola rasanya pasti kenal dengan Wayne Rooney. Remaja kelas pertengah yang sekarang ini menjadi kaya raya akibat handal berbolasepak. Malangnya mentaliti kelas pertengahannya masih tebal kerana itu kadang kala kita terbaca tentang perangainya yang suka bertindak tanpa berfikir. Di padang bolasepak juga kadangkala kita perhatikan yang dia ada masanya marah tidak tentu pasal.

Kata ustad-ustad, doa orang yang dizalimi akan segera ditunaikan.

Rasanya, kita ini jarang dizalimi dalam ertikata diperlakukan secara biadap langsung kepada diri kita. Dizalimi secara sipi-sipi seperti yang dilakukan oleh pemerintah yang kadang-kala korup kadang-kala warak mungkin bukan tiket untuk doa kita diperkenankan.Lagi pun, kita sememangnya rela dan memaafkan segala zalim yang mereka lakukan kerana kita amat kenyang dengan janji.

Kerana itu, mendoakan agar orang yang menzalimi terus kepada diri kita agar cacat atau gila atau apa-apa pun kejahatan adalah perkerjaan orang bodoh. Lebih-lebih lagi jika kamu orang terpelajar dan tinggal satu daerah dengan kelab bolasepak si Wayne Rooney dan kamulah manusia yang mempunyai mentaliti jauh lebih rendah dari beliau.

Jika tidak mahu mendoakan kebaikkan orang yang menzalimi sekalipun, apa salahnya mendoakan agar kamu menjadi lebih kaya misalnya. Atau doakan saja kebaikkan untuk mangsa-mangsa banjir di Johor sana atau mangsa tanah runtuh Putrajaya. Ada juga manafaatnya.

Patutlah kamu tidak pernah menang pilihanraya. Tuhan beri kamu peluang untung berdoa agar parti sokongan kamu menang pilihanraya akan datang, kamu menjadi pandir dan tidak dapat membezakan antara hidup partai dan sopan manusia. Tidak ada malu dengan Tuhan, minta malang kepada sesama insan.Kamulah manusia yang langsung tidak berfikir. Bodoh.

Si tukang zalim juga sama bebal. Apa untungnya kamu menjadi talibarut kejahatan? Untuk menjadi menteri perdana rasanya kamu belum cukup kuat makan suapnya. Hanya untuk nama dan pangkat yang tidak mungkin dikenang para malaikat? Bodoh.

Orang agama yang tidak mahu memperpanjang ajaran agama hanya kerana menyokong partai yang memerintah juga bodoh. Duduk di tengah-tengah. Bimbang kerugian jika mengadakan perjumpaan yang membesarkan Tuhan.Takut dikatakan penyokong partai tidak memerintah. Lupa dengan Tuhan.

Apa kamu semua tidak mati?


ps: sebelum lupa, jika kamu belum pernah ke blog saharil, pergilah. persembahan blognya amat segar dan menarik.kawan si mat jan rasanya si saharil ini dan pergi juga ke blog alaboleblah jika kamu suka tulisan ringkas dan santai.maaf kerana saya tidak pandai meletakkan kaitan terus blog mereka di sini. rasanya saharil ada di www.saharil.com dan alabolehblah boleh dikunjungi di www.kabokan.blogspot.com

uipts, biasa kena 'pau'?

9 comments:

Anonymous said...

aj, saya pernah sekali kene 'pau', tapi dah tak ingat tahun bila, pastinya masa budak sekolah menengah belum boleh pakai seluar panjang.

Ia berlaku di kompleks teruntum, di masa itu belum banyak kedai di situ.
Masa sekolah mana ada duit, tapi beri jugalah apa yang ada.

harap budak tu bukan aj.

uipts

Anonymous said...

Teman selalu mendoakan orang yang menzalimi teman secara halus tu insaf.

Hippeace Malaya

Kopi Suam said...

Tidak ada maknanya mendoakan keburukan untuk orang lain. Silap hb yang didoakan itu berbalik semula kepada kita.

sinaganaga said...

Wooooooooooooooooooo!

Anonymous said...

sad, isn't it?!




p.s. 'ready for love' great song...classic, great voice but hideous clothing and hairstyle though, so the very gay...:)).

alabolebelah said...

Jones aku belanja tembakau virginia gold la .. iklan punya pasal ... heheheh

sinaganaga said...

Jones,
Merujuk kepada you.tube: ready for love - yang menyanyi tu Paul Rogers ker tu??? Ke penyanyi lain Bad Company?

Anonymous said...

BODOH

blackpurple @ jowopinter said...

Sebab itu ada imam yang sanggup disogok RM3 juta hanya untuk menutup mulut dan mengangguk-anggukkan kepala. Isk..isk..isk...