Sunday, April 15, 2007

tinggal

Kata orang, Jumaat 13 haribulan adalah hari sial. Kata saya, apalah mereka tahu tentang untungsial. Yang pentingnya, hari itu adalah hari lengkap saya sebagai penulis berbuku.

Malu sebenarnya untuk mengiklankan di sini, namun seperti kali pertama lukisan saya dibeli orang, saya tidak dapat menahan gembira dan mahu khabarkan kepada semua.

Kepada semua, jangan beli buku itu jika kamu gemarkan sastera atau jika kamu mahukan suatu penulisan yang bermutu. Belilah buku itu jika kamu berduit dan juga kerana gambar muka depan yang bakal menang anugerah dan juga sebab kualiti cetaknya.

Oh! Buku itu belum dijual tetapi kamu boleh membuat pesanan awal melalui sinaganaga atau siapa sahaja yang terlibat dengan kumpulan Sol-jah.

Saya kini sama tarafnya dengan semua seniman negara, dengan Faisal Tehrani, dengan Samsiah Mohd. Nor (haha), dengan Geng Jurnal, dengan err.. Khalid Jefri.

Aiseyman, bila fikir-fikir, tidak ada pula gahnya menjadi penulis berbuku.

Dan mahukan tandatangan dan bertemu saya samalah seperti mahu menembak rusa yang berkeliaran di taman bangunan Parlimen Malaya. Yakni, seperti semua perkara di Malaya, bukanlah mustahil jika sekiranya kamu kenal orang dalam parlimen.

Ya Rosli Nizam, saya sanggup. Dan ya Dokter NBB, saya sangat alim.Dan anak tukang masak nasi ayam Restoren Sumatera baca tulisan saya? Wow! Dan seperti kata sinaganaga,hanya perempuan keji suka lelaki keji.

Oh! Oh! Komen yang itu, jawapannya adalah, frankly, my dear, i don't give a dam!

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah.

Dan hampir setaraf dengan Saleh Ben Joned juga barangkali...... :)

Anonymous said...

Tahniah pasal buku ... tapi album tu .. 20 laku satu cetakrompak la ..

Anonymous said...

hahahaha! You've made me laughed so hard that even my toes are laughing. Don't get me wrong, I'm not interested in meeting you. Im not that fanatic...jgn nak perasanlah!! :p

I knew that I was asking for the impossible. Well, I was merely trying my luck regarding the autograph and perhaps get a chance to see a glimpse of you here. It's all right AJ, it doesn't matter.

--> Belilah buku itu jika kamu berduit. Well, now I'm contemplating cos I'm waiting for the much long-awaited final book(bk. 7, magic boy).

Is your book about Sajak and such? Definitely not my genre, don't understand. Are you launching it at this upcoming Pesta Buku?

And before I forget, Hurrah, Hurrah, Hurrah, Congratulations to you! :D

Pak Malau said...

Kalau ada versi jawi, Pak Malau nak satu.

Pa'chik said...

taknak tandatangan, nak cap jari.. buleh?

Unknown said...

Tahniah!
Dust in the wind lagu zaman teman...

Yeop-Harley said...

Yeop pun nak senaskah Bro. Tapi tak payah ler otogeraf dan tak payah diskaun. Tapi bila Yeop beli, bagi ler free sebiji.

tuan tanah said...

Kalau beli dengan Naga, tak dapatlah autograf Jones.

Alaaaaa...

sinaganaga said...

Tanah,
Aku rasa, untuk pasaran di Britain - kau beli dari Jones aaah. Untung batu tengelam, untung sabut Jones bagi free. Ha ha.

idéntiti said...

Tidak sabar untuk membawa buku baru itu... semoga senantiasa sukses dan jadi penulis yang terbilang...