Thursday, April 12, 2007

tinggal

Kawan Budak Gemuk (yang kerjanya adalah bercakap,bercakap dan bercakap): Kenapa tak beli mixer tadi?
Budak Gemuk :Lepas fikir-fikir, tak jadilah. Tak penting pun. Tak beli pun tak apa.

Apa pun akan menjadi lebih terang jika kita memberi peluang kepada diri untuk berfikir.Tambah pula kata orang, jika marah, kira hingga 10 sebelum bertindak baru kita tidak melulu.

Manusia pintar seperti saya juga kadangkala banyak belajar dari orang sekeliling.


ps:rem, saya menunggu tawaran dari penerbitan yang besar-besar, PTS misalnya,Karangkraf misalnya bahkan DBP misalnya baru blog ini akan dibukukan. Malas berurusan dengan penerbitan kecil, Sindiket Sol-Jah misalnya. Asyik kena marah. Tambah sikit marah. Kurang sikit marah.Sikit-sikit marah. Sikit-sikit marah. Benci.

bro keng, Restoren Sumatera rasanya lebih terkenal dengan nasi ayam lebih dari nasi padangnya.

Jones: Tin, kenapa masa sekolah dulu kawan-kawan kamu tak ada yang mengurat saya?
Tin : Bukan tak ada, tapi semua takut.
Jones: Apa pasal?
Tin : Kamu garang dan nampak alim sangat.

Tengok wan, i never was a bad boy.

Ada sedikit usaha di esastera mengenai budak hilang Yin. Pergilah baca.

9 comments:

~inilah saya~ said...

Iyer, alam adalah guru yang terbentang.

NBB said...

alim rupanya ye..

wan said...

garang dan nampak alim sangat = BOrriinngg dan mengada-ngada...hahaha

never was a bad boy, alah, tak bestnye...umm, lack charisma? shy?...I know, I know, tak hensem kan? :D


p.s. Are you writing a book? I want, I want a copy and may I have it signed but before that, can I see you? Pleaseeeeee!

areyoung said...

ramai perempuan lebih tertarik dgn lelaki nakal. betul!

zizie ali said...

pesan kerajaan malaya:lelaki nakal agak membahaya kepada kesihatan perempuan.

tudungperiuk said...

restoran sumatera? nasi ayamnya? abah sayalah yang tukang masaknya tu! eh, eh, tak sangkanya! *phieww*

blackpurple said...

Sikit-sikit marah. Sikit-sikit marah. Benci. Alahai...comelnya.. :)

mardhiah said...

AJ,
awak rasa awak pintar? IQ dan SQ aje kut...EQ wise??? Awak pun 2x5 macam kawan-kawan budak gemuk tu. Imej je alim dan wara' tapi tapi fikrah mentah, macam hampeh, mengharapkan kanda muallah. Orang yang berusaha untuk ganda muallaf habis dilabel dengan macam-macam label. Ulamak suuk, ulamak jaga perutlah eleh mcm bagus, bagus dalam mengkiritk dan menghentam adalah. Pelan strategik pemulihan tak, yg ada dalam kepala hotak mereka nak tembak dan bom.

gitartong said...

apa kamu lebih sanggup tidak dibukukan langsung?