Tuesday, April 17, 2007

selamat

lang,
minta maaf banyak-banyak, kawan tak dapat
hadir hari awak dikebumikan, kawan jauh, kalau
balik pun, belum tentu jumpa mayat awak
lagipun kawan tahu, awak nak cepat
sedih kawan hanya tuhan yang tahu
kawan teringat masa balik tahun lepas
jumpa awak di masjid, “assalamualaikom, orang putih,
bila balik?” awak tegur kawan. kita peluk-peluk
macam orang arab. awak senyum
bila kawan tanya, “sejak bila jadi bilal?”
“bilal sangkut” kata awak, orang minta
sebab awak selalu ada di masjid
kemudian awak ajak kawan ke rumah
kita bual, kita bertekak bila ada yang kita
tidak sama setuju
kawan tengok Kak Anim dah panik
takut kita bertumbuk macam dulu-dulu
masa kita sama kecil dulu namun akhirnya
kita sekata untuk tidak sama alir
“ikut awak-lah, janji awak tak tinggal sembahyang,
tak sembah lain tuhan sudah” kata awak pada kawan
awak tuangkan teh-o ke cawan kawan, tapi mungkin
ada lagi panas bertekak tadi, tangan awak terketar-ketar
dan tertuang ke tangan kawan
“ambil minyak gamat, ambil minyak gamat” jerit awak
bukannya panas sangat pun teh-o tu, tapi kawan nampak
ada kasih sayang yang awak laungkan masa minta minyak
gamat. kawan ingat sangat muka awak masa kawan kata nak balik
awak kata entah jumpa entah tidak dah kita ni. kawan kata insyallah,
ada rezeki kita, jumpa. awak senyum. kawan peluk awak, awak cium
pipi kawan tiga kali. “kalau kawan mati dan dapat tahu awak tak sembahyang,
kawan nak minta jadi hantu dengan tuhan, kawan nak pergi england cekik
awak” kata awak masa kawan melangkah keluar. entah melawak entah sungguh
kawan ketawa kuat, awak pun.itulah terakhir kita bertemu

lang,

hari ini kawan sedih sangat.



al-fatehah untuk Yazid Salim/meninggal hari ini.

20 comments:

tuan tanah said...

Al-Fatihah.

Moga rohnya dicucuri rahmat.

Ku Keng said...

Al Fatihah.

Untungnya almarhum. Persiapan yang baik dalam hari-hari akhirnya. Semoga di rahmati Allah SWT dan diberi ganjaran yang terbaik baginya.

spyz said...

Alfatehah.

tiba2 aku teringat bait2 terakhir sajak pada kulit belakang buku itu.

Habibah (kolejkluang@yahoo.com.my) said...

Assalamualaikum Encik Abdullah,
Saya kehilangan ayah tersayang Syed Mohd Abd Aziz Bin Hussein pada tanggal 24.3.2007.Al-fatehah.

Untuk makluman kesedihan hati ini sedikit terubat setiap kali membaca penulisan saudara.Mungkin tanpa saudara sedari penulisan anda mampu mengubat sedikit hati yang bersedih .Terima kasih.

cik daun said...

alfatihah..

sedihnya gua baca entri ni.. deng!

dugongsenyum said...

Salam takziah dari aku.

bisobonar said...

inna lilla..

al fatihah. amin

Unsunghero said...

Al-Fatihah untuk semua yang dahulu pergi daripada kita...

*...inilah catatan AJ yang paling menyentuh perasaan aku...

meor said...

bersedih-sedih itu kehendak manusia dari mainan perasaan yang romantik terhadap manusia..alfatihah itu ada bersama simati,,itu yg sedang dilaluinya..berfatihahlah utk diri sendiri,utk roh..itu peringatan utk keproses keabadian..

el-Maaniq said...

boleh menang "catatan menyentuh hati" gath 2007.

Pa'chik said...

Al-Fatihah.

Moga rohnya dicucuri rahmat.

embun said...

al-Fatihah

zizie ali said...

elegi yg menyentuh emosi.

dingin said...

Al fatihah.

biar bacaan aku pada entri ini

terlompat-lompat.

Anonymous said...

aj,

memang kawan tahu awak memang reti menulisnya
awak memang reti menyampaikan detik-detik masa awak berjumpa dengan kawan awak itu,
sebab itu orang lain kata ianya menyentuh perasaan, menyentuh hati,
kalaupun awak buang ayat-ayat pertama dan ayat-ayat terakhir yang mengaborkan kawan awak dah tak ada itupun, kawan tahu ianya masih jadi tulisan yang kuat untuk menyentuh perasaan.

Aj, orang kita, bangsa kita, adalah bangsa yang perasaannya hypersensitive. Tak boleh langsung membaca tulisan, mendengar cakap, mendengar kata-kata atau lagupun yang boleh mengusik perasaan. Perasaan dia mudah terguris, hiba, merajuk, masam, suka, marah dan macam-macam lagi.

Sebab itu kawan tahu awak ramai peminat, sebab awak reti mencuit perasaan, tulisan awak boleh membawa orang yang membaca rasa sedih, hiba, marah, ketawa kalau tidakpun tersengeh.

Biarlah orang lain nak kata apa dengan apa yang kawan sebut ni, sebab satu benda lagi yang bangsa kita sibuk, atau risau sangat ialah takut 'orang lain kata apa'. Sudahnya habis semua benda duduk fikir 'apa orang lain akan kata' dan jadi tak berani nak buat dan cakap.Dan kawan juga tahu awak ada keberanian itu.

Dan kawan tahu awak dan kawan-kawan lain juga tahu kita jenis payah nak memuji orang, kalau bercakap pun tak reti nak memuji, kalau menulispun tak reti nak memuji.

Habis kuatpun kalau masa di sekolah dulu, kalau keputusan periksa dah dapat baikpun, cikgu hanya tulis, 'Baik', atau 'memuaskan' dan kalau tak berapa baik, dia tulis 'usaha lagi'. Itulah beberapa patah perkataan yang cikgu tulis.

Kawan rasa kalau di tempat awak tu, tempat orang putih, berjela-jela dia menulisnya yang 'awak sangat pandai, sangat kuat usaha, sangat luas pandangan dan boleh menampilkan bakat yang luar biasa dan boleh membantu rakan-rakan lain untuk berjaya, seorang yang kelakar dan tegas' dan macam-macam lagi yang cikgu orang putih itu tulis untuk menerangkan yang keputusan periksa awak itu baik.

Jadi kawan sekadar nak memaklumkan saja dalam keterangan yang agak panjang di tempat awak ini, kekuatan yang awak ada. Itu saja yang kawan nak sebut.

Al Fatihah dari cerita awak itu.

uipts.

Anonymous said...

komen yang kawan tulis di atas itu, kawan letak balik di 'rumah lama kawan' yang dah lama kawan tak jenguk.

http://www.danchan.com/weblog/uipts

uipts.

areyoung said...

hiba sungguh saya membacanya.

blackpurple said...

Begitulah. Sudah sampai masanya dipanggil, sedetik tak terlewat, sesaat tak tercepat.

AlFatihah.

Hani Sumayyah said...

Al fatihah...

nong abd said...

terkenang pula dengan sahabat saya bernama Redayu Ahmad.

Al-fateha buat mereka berdua