Friday, April 20, 2007

blues

"I'm leaving" kata Spencer kepada saya setelah meminta saya berjanji tidak akan menghebahkan perkara itu sebelum dia sendiri mengumumkanya. "Mesti ada dimana-mana dalam ajaran ugama kamu yang menyuruh kamu berpegang pada janji" katanya sebelum memberitahu saya rancangannya untuk berpindah ke tempat lain dalam masa 12 minggu dari sekarang. Dia mahu mengubah angin. Tengok tempat baru dan belajar perkara baru.

Rancanganya adalah, menjual rumah, dan dengan duit hasil jualan itu dia akan membayar segala hutang -piutangnya dan memulakan hidup baru tanpa hutang. Kepada yang tidak tahu, dia memang kelihatan sedikit kedekut. Setiap kali gilirannya untuk membeli minuman, dia akan buat-buat lupa sehingga dijerit oleh Mick Miller, kawan kami yang menalipon isterinya seperti yang saya ceritakan dulu. Sebenarnya dia ditekan hutang. Kerana itu setiap sen dikiranya.

Dengan sedikit baki dari hasil jualan rumahnya itu nanti dia akan menabung sehingga dia mampu membeli rumah yang lain. Kata dia, ditempat baru itu dekat dengan laut, memang cita-citanya mahu berumah di tepi laut. Dulu mahu pindah ke Australi tetapi tidak kesampaian kerana tidak menepati syarat.


Menjual rumah adalah dosa besar sebahagian masyarakat Melayu. Masuk neraka tanpa hisablah jawabnya jika ada mana-mana umat Melayu yang tergamak menjual rumah. Biar bangsat tak makan. Biar hutang keliling pinggang. Tercungga-cunggap nak bernafas kerana sesak, namun untuk menjual rumah dan melangsaikan hutang tidak sama sekali. Pantang tok nenek.

Sebabnya adalah kerana, semasa pinjaman perumahan diluluskan, maka berpestalah penerima pinjaman seolah-olah apabila mati nanti para malaikat akan menyambut mereka dengan payung emas dan terus membawa mereka ke istana yang diperbuat dari batu zabarjad. Lupa makna pinjaman. Hutang 30 tahun sambut dengan kenduri kesyukuran. Sepatutnya kenduri itu dibuat setelah segala hutang tersebut dibayar. Ini tidak, macam taik arak, tengok botol arak di kedai dah mabuk.

Sebenarnya, dapat apa pinjaman pun umat Melayu akan berpesta. Yang menipu untuk mendapatkan bala pun ramai. Tipu mengisi borang permohonan kad kredit misalnya.

Kita juga amat takut untuk berubah. Kita mahu selesa. Tidak mahu tukar-tukar, payah. "umno kan senang, kita dah tau perangai dia, rasuah sikit-sikit tak apa la, janji kita aman." Kata kita. Lalu semakin dibodoh(i) lah kita adanya. Kerana itulah juga saya rasa mereka akan menang di mana pun pelihanraya nanti.

Ya lah, mahu diharapkan PAS, budak-budaknya sibuk mencari kopiah dan jubah lawa. Mahu dipadankan dengan jaket vestnya. Uniform wajip tentera tuhan, takbirrr! Adil pula sibuk dengan " apa yang akan saya buat" bukannya "apa yang telah saya buat"( semasa bersama pemerintah dulu).



ps: uipts, baguslah dah mula menulis kembali. dan terima kasih kepada yang bersedekah kepada 'lang' saya. tuhan akan membalas kebaikkan kamu.

11 comments:

sulingfei said...

Hello~~
welcome to my blog
http://sulinfy.blopspot.com

airmas said...

aku menjadi arghhhh setelah melihat sulingfei punya blog ...

Ku Keng said...

Assalamu alaikum Bro.,

Baru-baru ini saya diperingatkan oleh seorang pakar syariah tentang hadith berkenaan rumah. Rasululullah menggalakkan pembelian rumah (bukan untuk pelaburan) dan sekiranya rumah itu dijual maka hendaklah duit itu digunakan untuk membeli rumah yang lain sebagai ganti. Wallahu a'lam.

Tapi tabiat suka berhutanglah yang menyebabkan rumah hilang. Dulu sewaktu saya bertugas dibank ada seorang tua datang untuk menggadaikan rumahnya untuk membeli mesin cetak. Selepas menyatakan kepadanya risiko tentang bisnes percetakan saya bertanya, "sudahkah berbincang dengan keluarga hasrat untuk menggadai rumah. Kerana itulah satu-satunya harta keluarga." Beliau amat marah dan meninggalkan saya terpinga-pinga.

Dan saya pun menyesal juga kerana tak menyokong usahanya.

Tapi esoknya pagi-pagi lagi beliau datang bersama isterinya dan berterima kasih atas teguran saya.

Ya ada kalanya mesti ada sentimen terhadap rumah dan adakalanya terpaksa menjualnya, kerana keadaan terdesak.

Sori Bro., panjang pulak.

Amiene Rev said...

Salam,

Saya sedang mengemaskini senarai jaringan blogger. Blog anda disahkan wujud. Sekian, terima kasih.


Greeting,

I am updating my bloglist. Your blog is avaiable and confirmed. Thank you.


from Ami.ene R.ev

tuan tanah said...

Biar jual rumah, jangan jual tanah.

sinaganaga said...

Wo!

Pa'chik said...

undi je aman-no tu... buleh tulung mereka jual rumah kepada orang temasik

azyze gomez said...

*angguk kepala*

Dulu kawan-kawan saya pun ghairah menukar telefon bimbit setiap kali duit PTPTN masuk. Cukup semester, tukar.

Sekarang, bila tanya dah mula bayar duit pinjaman ke belum, jawab mereka rata-rata sama

"Ah, kecoh ah kerajaan ni. Rilek ah. Aku pinjam buat belajar. Bukan buat berjudi dulu."

Iya la tu. Belajar kepala hotak dia. Orang sibuk telaah buku tuks, dia sibuk telaah buku manual.

Nasib baik saya diikat dengan biasiswa yang cukup makan.Ngam-ngam nak soru dan bayar yuran.

idéntiti said...

Ramai orang suka beli rumah merpati... yang tinggi-tinggi... siap dengan pengawal dan kolam renang...

Aku suka rumah yang diatas tanah... kerana setiap kali aku pijak tanah aku akan ingat dari mana asal diri ku dan senantiasa rendah diri...

Aku bukan merpati yang suka rumah tinggi-tinggi...

blackpurple said...

Semua kita mempunyai rumah dan tanah 6 kaki di bawah tanah yang pasti.

Ainon said...

Saya hanya ada sebuah rumah, dan saya gadaikan sebagai kolateral membangunkan PTS. Biar rumah tergadai asal Bahasa Melayu tidak!

Hidup Buku Melayu!