Tuesday, March 06, 2007

mati

Semakin pandai seseorang, akan semakin bodohlah terasa akan dirinya.

Kata-kata ini membawa maksud seperti yang di nyatakan. Atau jika kamu adalah saya, kamu akan dapati kata-kata itu amat tepat di tujukkna kepada budak-budak (bujang) yang di hantar belajar kesini.

Mereka adalah kumpulan manusia cerdik yang teramat bodoh. Mereka tidak menggunakkan kepandaian mereka dalam pelajaran untuk menguruskan kehidupan harian. Perhubungan lelaki perempuan mereka amat bebas. Yang sedikit alim akan membataskan pergaulan mereka setakat berkunjung kerumah lawan jantina mereka secara amat bebas. Jika mereka berkelana, tidak menjadi satu kehairanan jika mereka menumpang tidur dirumah juga golongan yang bukan sama jantina. Tidak ada kesalahan bagi mereka untuk duduk-duduk bertepuktampar dengan terlalu mesra.

Yang tidak alim pula amat rajin berkongsi bilik tidur.

Yang benar-benar alim sibuk mencari kesilapan partai politik yang tidak sama tuju dengan mereka.

Semalam telah berlalu, esok belum tentu ujudnya. Kita hanya ada hari ini.

Kata-kata ini kelihatan membawa maksud yang jauh. Dan ianya amat sesuai di tujukan kepada siapa sahaja yang mempunyai apa juga kuasa dalam apa juga bidang. Ianya membawa maksud, bantai semua yang ada. Jangan pedulikan masa depan generasi mendatang.

Sekian pelajaran mengenai maksud di sebalik kata-kata. Jika cikgu tidak sibuk mengajar kelas tution persendirian atau menjaja skim segala cepat atau jika cikgu terlupa menjaja keropok dan batik Terengganu, cikgu akan mengajar lagi.

14 comments:

hakim dirani said...

Alhamdulillah,
Di sini yang alim bukan tak tidur di rumah, berjumpa pun tak pernah.

Kalau yang tak alim tu, bersembang juga kadang-kadang tapi tidur adalah dilarang sama sekali.

Kenapa gunakan "alim"? kadang2 seorang yang alim itu lebih teruk dari jahil.

Anonymous said...

AJ, dlm kehidupan ini ada lebih baik kita dlm kesederhanaan. anak anak muda ni mungkin terALPA mereka juga manusia biasa atau mungkin juga di sana tiada JAKIM/JAIS nk serbu. so they think they're free to do anything they like at anytime. Ada cikgu y boleh kejutkan mereka ni?

Azyze said...

Hah.
Saya kenal seorang Alim Benar Celak Tebal.

Ketika di Malaya, dia sibuk menyokong partai bawah tanah. Katanya bila dapat ke Negara Bas Dua Tingkat itu, dia nak perjuangkan kepercayaannya pada rakan seMalaya supaya partainya dipandang 'internasional'.

Kali terakhir saya berbual dengan si Alim Benar, dia di rumah buah hatinya, sedang bersiap nak ke parti peminat Sex Pistols.

Berguna jugak skil celak dia.

p/s: Memakai celak tak salah. Nampak mata galak - hensem woo.

Pa'chik said...

kat sini, adalah lebih baik berseluar pendek dari berjubah berserban. takde orang nak mengata.
macam cela ke!

Anonymous said...

pa'chik, menutup aurat itu wajib.

elaborate sendiri.

sinaganaga said...

>>Semalam telah berlalu, esok belum tentu ujudnya. Kita hanya ada hari ini.

Emak pesan, kalau bimbang akan kempunan - jilat tapak tangan dulu. :) Kalau masih ada esok - kita beli chekelat waffer tu dan makan bersama-sama.

Rumah aku di Shah Alam, Selangor Negara Maju tu? - masih macam arca (tak siap2) , alahai!

blackpurple @ jowopinter said...

Prof Khoo Kay Kim kata, kritik tak semestinya anti...

Betullah tu... :D

Sayuti said...

saya tak pernah ke sana. tapi, macam lebih kurang sama je dengan keadaan di sini.

Anonymous said...

Semalam telah berlalu, esok belum tentu ujudnya. Kita hanya ada hari ini...dan ingat, mati itu selamanya.

terserlah maksudnya Cikgu.

Cikgu, mak saya pula kata, kalau kempunan, jilat ibu jari dan kalau kena hujan panas selitkan daun di belakang telinga, untuk apa saya pun tak tahu.

dan Cikgu, saya terperasan, dlm entri yang lepas perkataan wajib, dijawab, menjawab dan tanggungjawab, Cikgu eja begini, wajip, dijawap, menjawap dan tanggungjawap. :D

Anonymous said...

good entry, tapi mr abdullahjones seperti keliru beza kecerdikan dan moraliti.

orang cerdik, banyak yang punya moraliti dan etika rendah. cerdik tu fitrahnya sekular. sebab tu lah lebih byk orang bodoh tolol miskin kat kampung lebih mengerapi surau dari orang cerdik lulusan luar negara. (statistik tak ada, main pandai2 saya je nih).

Anonymous said...

yang 'alim' tu barangkali TUHAN mahu menguji 'kealimannya'. ya benar. yang pandai tak semestinya bermoral. juga sebaliknya. yang alim tak semestinya thiqah.

Anonymous said...

Pak AJ,

iman & taqwa pakaian mukmin,
kalau takde i&t ni..bertelanjang senala dorang nih! duk bilik sorang2pun asyik melanc..p

kukuh i&t..pegi cina pun dah di suruh.

jangan sampai kambing dikata unta..perempuan dikata ayam..kes
berat la..bebawak ngucap pesan orang dolu2 kala

is150 said...

hmm... sapa nak salahkan? sekarang nie era globalisasi... apa pandangan semua betul, masing-masing ada ide sendiri...

Anonymous said...

begitulah

beza 'alim dengan alim 'amal..

Berilmu atau 'alim memudahkan jln ke syurga (hadith) Namun, bukan semua alim dpt masuk ke syurga.

Titik.

Banyak 'Alim yang tidak beramal, lebih dahulu dihisab dr penyembah berhala.

Jadi bg Alim atau jahil
jdlah mereka yg takutkan Tuhan. tambah ilmu kerana cinta.

Habis cerita.