Saturday, March 10, 2007

rela

Menonton filim King of Scotland membuatkan saya faham mengapa Idi Amin jadi apa yang dia jadi. Dibesarkan dalam kemiskinan dan menjadi budak suruhan yakni tukang sapu itu ini kepada Inggeris dan kemudiannya, lama kemudian, dibonekakan juga oleh Inggeris sebagai pemerintah Uganda.

Semasa berkuasa, beliau amat percaya yang beliau sedang melakukan sesuatu yang terbaik mengikut timbangan sendiri bagi rakyat Uganda. Jika beliau merasakan perlu membunuh, maka beliau akan bunuh.Lebih 300,000 rakyat Uganda maut ketika zaman pemerintahan beliau.Jika perlu dihalau, maka beliau akan menghalau, seperti mana beliau merasakan perlunya menghalau semua bangsa 'asia' yang ada di Uganda pada masa itu. Dengan 'asia' beliau maksudkan semua bangsa dari benua Hind.Kebanyakkan mereka ini akhirnya sampai ke tanah Inggeris ini.Membawa bersama kuasa ekonomi yang mana melumpuhkan terus ekonomi Uganda.

Di sini bangsa Hind juga kadangkala dipanggil 'asian'.Jadi secara teknikalnya, saya ini dipanggil bangsa Inggeris.Lagipun memang selayaknya saya digelar begitu mana dengan janggut yang sedikit perang,mata yang sedikit biru dan rambut yang sedikit err..sedikit.

Kita semestinya bersimpati dengan Idi Amin kerana sungguh-sungguh beliau merasakan apa juga kezaliman yang dilakukannya adalah suatu kejahatan yang perlu demi kebaikkan rakyatnya. Dan beliau yakin tuhan akan mengampunkan dosa-dosanya.

Seperti juga kebanyakan ketua ajaran salah. Kepada kita yang tidak dibuka pintu hati ini, kita nampak seolah-olah mereka adalah terpesong dan perlu diselamatkan.Sedangkan kepada semua ketua dan pengamal ajaran salah, kitalah sebenarnya yang dalam kerugian.

Walaupun kita nampak yang segala apa yang dilakukan adalah salah,dan terang-terang akan merosakkan sistem kehidupan dan kita menjadi hampa kerana walau seribu kesilapan mereka kita lamputinggikan, kita harus faham yang ini semua adalah kejahatan yang perlu.

Sepertimana kita boleh menerima kesilapan Idi Amin, begitu jugalah kita harus menerima kesungguhan gerak-geri rejim yang memerintah Malaya. Demi kesempurnaan hidup mereka eh! silap, kita.

8 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Itulah. Ada yang menggunakan kejahatan untuk kebaikan. Ada yang menggunakan kebaikan untuk kejahatan.

Sudah mempunyai DVD (baca: cetak rompak)filem itu tapi belum berkesempatan unutk menontonnya.. :D

Ku Keng said...

Bro.,

Ingatkah pemuda-pemuda kepada Idi Amin?

Kejadian di Uganda membongkar betapa luasnya pengaruh Aga Khan dalam bidang diplomasi antarabangsa. Pengikutnya keluar dari Uganda tanpa hilang apa-apa hartabenda. Dikawal rapi pula oleh Idi Amin.

Banyak orang di Malaya menyangkakan bahwa Mydin itu kedai orang Islam. Mereka tak sedar yang Mydin itu Ismaili!

Obefiend Weiland said...

idi amin sudah mati bukan. meniggal dalam buangan di saudi arabia 2 3 tahun lepas. seorang kanibal ceritanya.

malang sekali filem ini tidak muncul dimalaya.mungkin kisah begini kurang remaja dan emo untuk tatapan umum malaysia darul hadhari

Anonymous said...

bunyinye spt bila2 pon pasti org ini nmpak org itu slh; org itu nmpak org ini yg slh; semuanya fikir sendiri sajalah yg btol, yg lebih tahu. rasanya spt x berkesudahan kan, berlari2 dlm bulatan lah. lebih baik itu bila oklah, aku menang n bkuasa, tp aku pon xtahu semuanya; n yg aku kalah tp masih bisa bersuara jadi marilah kita sama2 bekerja (kurang2 nya selagi aku ada kerusi-lah) demi kesejahteraan bersama.. tp mgkin itu semua apa itu org kata.. angan2 yg smpurna tp xmungkin, ya? sungguh sedih, bila rasa harapan semakin kabur dan sukar, huhuhu.. maaf pak jones, itu saja terfikir tatkala baca ceritera king of scotland ni. trimas nways. wassalaam.

Hasrul Halid said...

Mungkin Dinasti Badawi (yang kini memerintah Malaya) amat sibuk dengan RMK-9, hingga tiada upaya untuk memikirkan adakah tindakan 'mereka' melelong sebahagian aset negara, merupakan tindakan yang bisa menguntungkan semua pihak.

Maaf En Abdullah Jones, saya merasakan 'Dinasti Badawi' mungkin menjadi dinasti terbodoh dan terbahlul sekali yang 'berjaya' memerintah Malaya, kalaupun tidak.. errr... melingkupkannya..!

Hehehehe!

Pegawai Khalwat said...

King of Malaya bila nak keluar pula?

Pa'chik said...

haha...

Anonymous said...

Betul tu AJ, kita patut faham kenapa mereka jadi begitu, pada satu tahap dalam hidup saya, (not now yeah, dulu). Saya beri kata dua pada seorang jejaka, saya atau mereka.

Dia pilih mereka, as I'm nobody. Ntah dia tak percaya rezki Allah ada dimana-mana. Tapi saya sentiasa doakan agar dia tak jadi macam Idi Amin atau sapa-sapa yang sewaktu dengannyalah. Kalau layan-layan frust menonggeng, jadi saya berserah pada ketentuanNya yang dia bukan jodoh saya.

I used to joke dgn Rem, Rem berangan mau titi, titian sirat pimpin-pimpin tangan dengan Faisal Tehrani, sementara saya mau titi titian sirat macam Superman, jadi kalau saya nampak "dia" terjatuh bolehlah saya sambut.