Saturday, March 03, 2007

maka

Bunyi talipon.

Spencer : Hello.
Mick : Hello.
Spencer : Hey Mick.
Mick : err.. hey Spence.
Spencer : Apa cerita?
Mick : err.. tak ada apa-apa.
Spencer : .......
Mick : err.. Jean (isteri Spencer) ada?
Spencer : Ada.
Mick : Panggil dia sekejap.

Spencer berjalan ke dapur dan menghulurkan talipon kepada Jean yang sedang memasak.

Sepatutnya saya tidak menulis mengenai perkara ini namun ada sedikit harapan supaya cerita ini menjadi pengajaran kepada kita semua. Saya sendiri terutamanya.

Ada satu berita mengenai seorang lelaki yang memukul hingga mati isteri dan dua anak lelaki mereka kerana cemburu. Menurut akhbar, sang suami syak yang isterinya selalu menerima panggilan talipon dari lelaki. Setelah berkali di nasihati dan masih berdegil, sang suami akhirnya mengambil tindakkan bodoh tersebut. Sewaktu di tangkap dia mengatakan tidak menyesal membunuh isterinya tetapi apa sedih dengan kematian dua anak.

Di Malaya sana juga khabarnya ada berita suami menyimbah asid ke muka dan badan isteri dan kemudiannya meminum asid tersebut dan mati. Juga kerana syak terhadap isterinya.

Lelaki tidak boleh berkawan dengan wanita. Muktamad.Berkawan di sini membawa maksud menjadi sahabat.Dan jangan tipu diri sendiri dengan mengatakan kita ini manusia unik yang boleh menahan nafsu cakap dan dengar apabila bersahabat dengan wanita.

Untuk memahami kisah si Spencer, kamu hendaklah tahu yang dia pernah terdengar perbualan Jean dengan kawannya di mana si Jean mengatakan ke-berkenan-an beliau terhadap Mick. Spencer tahu yang ini hanyalah percakapan dua wanita yang membuang masa, namun di hati kecilnya merasa err terluka.

Apabila mendapat panggilan talipon dari Mick yang juga merupakan kawan rapatnya dan Mick meminta bercakap dengan Jean, letih berkerja yang mahukan rehat menjadi beban kepada dia. Rencana untuk bermesra dengan Jean tertunda dan dia menjadi pemarah.

Mungkin apa yang di rasai oleh Spencer hanyalah rekaan angan-angannya. Namun dia rasa perlu menceritakkanya kepada saya untuk meluahkan perasaan. Lalu saya pula lepaskan perasaan saya di blog ini.

Jika kita ada hal penting perlu di sampaikan kepada isteri kawan, sampaikan melalui kawan kita itu. Jangan bercakap terus dengan isterinya.Dan isteri pula, elakkanlah bercakap dengan lelaki kerana walau bagaimana tidak peduli sekali pun si suami, dia adalah manusia yang berperasaan. Jangan pula jadikan suami kamu operator talipon jika kamu mahu menghubungi kawan perempuan kamu. Dail sendiri.

17 comments:

dith said...

AJ,

Memang betul kata-kata anda di atas. Kalau semua orag berpegang kpd konsep di atas, tiadalah skandal rumahtangga yg karut marut!

Pa'chik said...
This comment has been removed by the author.
Pa'chik said...

'Lelaki tidak boleh berkawan dengan wanita. Muktamad.Berkawan di sini membawa maksud menjadi sahabat.Dan jangan tipu diri sendiri dengan mengatakan kita ini manusia unik yang boleh menahan nafsu cakap dan dengar apabila bersahabat dengan wanita.'

macam yang diucap oleh harry burns kepada sally albright dalam when harry met sally

err.. lama tak dengar cerita si spencer ni...

wan said...

Spencer dah berumahtangga rupanya..tak sangka! Dia mengadu dgn AJ sebab dia tahu AJ terrel dlm hal2 begini.

Hani Sumayyah said...

Bukan sahaja wanita itu tak boleh bersahabat dengan lelaki...malah wanita itu harus dikurung dirumah antara 4 dinding...tak perlu bekerja, keluar bekerja hanya di sektor2 yang darurat dan perlu sgt2 wanita...tapi hari ni bolehka? Kalau diluar kiri kanan lelaki, pandang kawan lelaki diluar lebih lama dari laki sendiri di rumah...boleh jadi jatuh cinta AJ...salahkah isteri spencer itu???

shosho said...

"Lelaki tidak boleh berkawan dengan wanita. Muktamad.Berkawan di sini membawa maksud menjadi sahabat.Dan jangan tipu diri sendiri dengan mengatakan kita ini manusia unik yang boleh menahan nafsu cakap dan dengar apabila bersahabat dengan wanita."

sungguh benar kata-kata ini. Saya tambah satu lagi contoh pengajaran --> "Ibu Dipercayai Bunuh Dua Anaknya Kerana Syaki Suami Curang" -info dari http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=247668

sinaganaga said...

Ooo... Jones cemburu rupanya. Padanlah ketika aku tanya, "akak mana? masak?? pergi ngajar???" Jones cuma jawab, "entah, tak tahu!" Jones cemburu rupanya. Ooo...

"***dek! Ke situ pulak si Naga ni!" Kata Jones.

Ha ha.

Anonymous said...

Malungun meninggal

KUALA LUMPUR: Amir Hamzah Shamsuddin atau lebih dikenali dengan nama pena Malungun, meninggal dunia jam 11.37 malam kelmarin selepas disahkan menderita barah hati, di rumahnya di Menara Duta, Segambut, di sini.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Nasional/20070228230607/Article/

Anonymous said...

setuju sangat

Anonymous said...

Harry Burns: You realize of course that we could never be friends.
Sally Albright: Why not?
Harry Burns: What I'm saying is - and this is not a come-on in any way, shape or form - is that men and women can't be friends because the sex part always gets in the way.
Sally Albright: That's not true. I have a number of men friends and there is no sex involved.
Harry Burns: No you don't.
Sally Albright: Yes I do.
Harry Burns: No you don't.
Sally Albright: Yes I do.
Harry Burns: You only think you do.
Sally Albright: You say I'm having sex with these men without my knowledge?
Harry Burns: No, what I'm saying is they all WANT to have sex with you.
Sally Albright: They do not.
Harry Burns: Do too.
Sally Albright: They do not.
Harry Burns: Do too.
Sally Albright: How do you know?
Harry Burns: Because no man can be friends with a woman that he finds attractive. He always wants to have sex with her.
Sally Albright: So, you're saying that a man can be friends with a woman he finds unattractive?
Harry Burns: No. You pretty much want to nail 'em too.
Sally Albright: What if THEY don't want to have sex with YOU?
Harry Burns: Doesn't matter because the sex thing is already out there so the friendship is ultimately doomed and that is the end of the story.
Sally Albright: Well, I guess we're not going to be friends then.
Harry Burns: I guess not.
Sally Albright: That's too bad. You were the only person I knew in New York.

http://www.imdb.com/title/tt0098635/quotes

Ku Keng said...

Bro.,

Bukan tentang entri tapi tentang Vande Mataram. Terkenang kampung ke?

blackpurple said...

Isteri zaman sekarang kadang-kadang brutalnya menakutkan...!

gitartong said...

mujur hari tu, saya tidak ber'chatting' dengan mrs jones di YM.

airmas_sz said...

Translation

Mother, I salute thee!
Rich with thy hurrying streams,
bright with orchard gleams,
Cool with thy winds of delight,
Green fields waving Mother of might,
Mother free.


Glory of moonlight dreams,
Over thy branches and lordly streams,
Clad in thy blossoming trees,
Mother, giver of ease
Laughing low and sweet!
Mother I kiss thy feet,
Speaker sweet and low!
Mother, to thee I bow.


Who hath said thou art weak in thy lands
When swords flash out in seventy million hands
And seventy million voices roar
Thy dreadful name from shore to shore?
With many strengths who art mighty and stored,
To thee I call Mother and Lord!
Thou who saves, arise and save!
To her I cry who ever her foe drove
Back from plain and sea
And shook herself free.


Thou art wisdom, thou art law,
Thou art heart, our soul, our breath
Though art love divine, the awe
In our hearts that conquers death.
Thine the strength that nerves the arm,
Thine the beauty, thine the charm.
Every image made divine
In our temples is but thine.


Thou art Durga, Lady and Queen,
With her hands that strike and her
swords of sheen,
Thou art Lakshmi lotus-throned,
And the Muse a hundred-toned,
Pure and perfect without peer,
Mother lend thine ear,
Rich with thy hurrying streams,
Bright with thy orchard gleems,
Dark of hue O candid-fair


In thy soul, with jewelled hair
And thy glorious smile divine,
Loveliest of all earthly lands,
Showering wealth from well-stored hands!
Mother, mother mine!
Mother sweet, I bow to thee,
Mother great and free!


translated by Sri Aurobindo


Rabindranath Tagore's rejection of the song as one that would unite all communities in India. In his letter to Subhas Chandra Bose (1937) Rabindranath wrote,

"The core of Vande Mataram is a hymn to goddess Durga: this is so plain that there can be no debate about it. Of course Bankim does show Durga to be inseparably united with Bengal in the end, but no Mussulman [Muslim] can be expected patriotically to worship the ten-handed deity as 'Swadesh' [the nation]. This year many of the special [Durga] Puja numbers of our magazines have quoted verses from Vande Mataram - proof that the editors take the song to be a hymn to Durga. The novel Anandamath is a work of literature, and so the song is appropriate in it. But Parliament is a place of union for all religious groups, and there the song cannot be appropriate. When Bengali Mussulmans show signs of stubborn fanaticism, we regard these as intolerable. When we too copy them and make unreasonable demands, it will be self-defeating."
Baca terus disini ...
http://en.wikipedia.org/wiki/Vande_Mataram

Abisla aku ...Jones musti maki aku lepas ni hehehehe

bisobonar said...

haney,

tundukkan pandangan kamu...
begitu juga lelaki...jgn tenung,renung lelama, tu yg kena panah arjuna..

is150 said...

memang aku sokong dan terlalu sokong... dah hakikat macam tue... itu sebab dalam Quran dah tulis...

buat apa nak menentang...

lelaki memang kuat cemburunya... memang kuat kerjanya... memang kuat pemikirannya...

nana said...

betul 2, setuju 100%...cuma nak tambah...seorang isteri adalah berdosa mengingati lelaki lain..

Kalau pesanan ini di jadikan pegangan ...Insya Allah aman rumahtanggga..