Wednesday, March 14, 2007

engkau

Satu zohor,lama dahulu.

"Kita ni semua musafir, jadi bolehlah kita jamakkan sembahyang kita ni." Kata pakcik yang agaknya ketua rombongan yang datang singgah sembahyang di masjid kami melalui pembesar suara sejurus selepas azan dikumandangkan. Satu kampung terdengar pengumuman itu.Jika bukan ketua pun mungkin jenis pakcik-pakcik yang suka ke depan.

Abu Yussof tukang azan pandang saya. Saya pandang Haji Kama. Haji Kama angkat kening pada Haji Isa. Haji Isa kelihatannya seperti ketawa kuat, namun hanya angin yang keluar dari kerongkong lalu lepas tidak singgah pada garhamnya.Dia tidak bergigi.

Masjid kami di tepi jalan besar. Maka selalu sangat kami menerima musafir.

"Kita buat jamak-qasar." Sambung pakcik tadi dan mengajar para rombongannya akan niat. Setelah makmum semuanya kelihatan faham, dia meminta seorang yang agak tua melaungkan iqamah dan mereka bersembahyang di ruang utama.

Kami berempat ternganga. Ini Masjid kami tapi kami di pinggirkan. Bukanlah bermakna kami ini sangat pelindung kepada masjid ini, cuma kami tergamam apabila masjid kami dirampas kuasa oleh jemaah yang agaknya kurang tahu adab bertamu.

Kami sembahyang setelah mereka selesai.

Haji Isa sekarang ini katanya amat uzur dan tidak lagi dapat berkancil ke masjid. Namun saya yakin, amalannya ke masjid setiap waktu sembahyang terus dikira. Dulu, di waktu-waktu kurang puncak sembahyang, yakni, subuh,zohor dan asar, hanya ada kami serta Haji Man Askar dan Pak Teh. Pak Teh meninggal dunia sebelum Haji Man Askar.

Haji Isa sepatutnya mendapat baju melayu percuma dari syarikat pembuat rokok gudang-garam bagi menganti semua baju melayu yang berlobang-lobang akibat dari setianya dia kepada jenama tersebut.Dia juga imam sangkut kami.

"Patutnya kawan le yang dapat duit elaun." Kata dia setiap kali imam dan bilal masjid kami mendapat saguhati menjelang syawal. Entah bergurau entah bersungguh.

Azan subuh biasanya bergantung kepada pukul berapa Abu bangkit tidur dan ke masjid. Selagi belum terbit matahari, Abu akan azan. Tidak kira jam berapa.Kecualilah jika sudah masuk waktu kecemasan pun Abu tidak nampak bayangnya, maka Haji Kama akan mengambil alih tugas beliau. Maka subuh kami biasanya mesra jemaah.

Haji Kama adalah orang yang mengajar saya memakan ikan patin. Sebelum kenal dengan beliau, saya tidak makan sebarang jenis ikan sungai.

Di luar masjid kami terlihat bas para rombongan tadi. Ada bendera cap keris dilekatkan pada cermin belakang bas.

"Amnu la tu." Kata Haji Kama yang PAS dengan loghat klepehnya. Saya dan Abu hanya tersengih. Haji Isa yang Amnu angguk, setuju gamaknya.

13 comments:

kalamutiara said...

amnu atau anu? ha ha ha ha

sinaganaga said...

Islam ni mudah, kata Pak Yaya. Nama sebenar dia, Yahya. Semayan jamak buleh, semayan qasar pun buleh. Kalau nak kencin - minta izin.

Syy syyyy, anak cucu tumpan kencin! Syy syyyy.

Ha ha.

-langkahbaru- said...

dia orang nak tunjuk dia pun pandai la tu

amirahsyuhada said...

wei...tu mmg kurang adab tu...tp puak cap keris tu mmg selaalu kurang bab ni..ksian kat depa...

NBB said...

niat dia baik, nak ingatkan pada yang lupa.

obefiend said...

saya subuh pun malas ke mesjid

apa nak jadi dengan saya ni!

blackpurple said...

Jangan berjemaah pun ada had dan harinya sudahlah.... :)

alabolebelah said...

mmm gelapnya laman ni

Ku Keng said...

tapi bukan aamanu!

bisobonar said...

Salam Pak AJ'

wa tabik angkat topi sama lu & qariah masjid tu...

menghormati tetamu tu mulia..muga di anugerah kemuliaan pada kalian

amin

zizie ali said...

setuju dgn bisobonar. hormatilah tamu-tamu yang kurang sopan tu. mereka belum mendapat petunjuk.

.:HalogAmora:. said...

rasanye mrk itu terlupa y mereka d tempat org. melayu mmg mudah lupa!

Lan Rambai said...

kat malaya ni memang ramai yang jenis suka ambil alih masjid / surau orang haha