Friday, March 16, 2007

partai

"Aku kiring 30 poung. Suruh undi." Kata kawan saya. Dan dia berjaya membeli sedikit saham atas kejayaan budak yang menyertai pertandingan nyanyian di tivi Malaya. Tidak ada apa-apa keuntungan yang dia dapat dari kejayaan itu. Cuma sedikit rasa bangga barangkali.

Kelam kabut beberapa saluran tivi di sini meminta maaf kepada pengguna yang menghantar undian atau tekaan dengan SMS kerana terdapat banyak kesilapan teknik dalam penyempurnaan beberapa pertandingan.

Penonton dijanjikan pulang balik segala kos yang ditimpakan kepada mereka dan pihak tivi juga berjanji akan mendermakan sekian banyak wang hasil kutipan kepada beberapa persatuan kebajikan.

Kamu di Malaya lagu mana? Pernah tanya samada betul atau tidak setiap sen yang kamu hantar kepada sekian stesyen tivi itu benar-benar mengikut kehendak undang-undang?

Rasanya tidak kerana kamu tidak pernah peduli tentang hak. Kamu hanya mahu orang kampung kamu menang pertandingan nyanyi jadi kamu tidak peduli samada ditipu atau tidak.

Alah, apalah sangat rm1.50 kepada kamu. Bayaran untuk berak pun dikira minit ke minit di tandas ultra maju negara kamu. Habis duit kamu cari lagi. Harga itu ini naik, kamu tulis merintih di blog.Kemudian duduk melanguk depan tivi berbahas siapa yang layak menerima undi.

"Kita undi budak yang pakai tudung tu la, dia islamik." kata kamu.
"kepala hotak kamu." Kata saya.

Berhenti menyokong pertandingan nyanyian di tivi? Gila apa!

Saya boleh faham jika budak-budak yang belom menikah menghantar undian apa juga pertandingan nyanyian tivi. Mereka semua masih bodoh dan belom boleh berfikir. Yang paling bangang adalah mereka-mereka yang sudah beranak-pinak juga terlibat sama.Lebih bangang lagi adalah rakan sebaya atau lebih tua dari saya yang juga turut serta.

19 comments:

Anonymous said...

bukan setakat tak mengundi... malah tak tengok langsung!
~ tef

Sayuti said...

pertandingan nyanyi2 sambil undi sms season baru dah mula?

saya yang dalam negeri ni pon tak ambil pusing tentang tu. encik abdullahjones memang mengkagumkan!


p/s: lagi sronok bermain sms romantik dengan bini tersayang. investment 5 sen yang mungkin membawa pulangan yang menarik di dunia dan akhirat.

zizie ali said...

"Kita undi budak yang pakai tudung tu la, dia islamik." kata kamu.
"kepala hotak kamu." Kata jones.
"ha ha ha. aku sokong jones" kata saya.

obefiend said...

tahun ini sudah banjir satu malaya dengan pertandingan siapa raja sms. di berita utama pun jika mahu beri pendapat kena sms.mahu lagu best di muzik2 pun kena sms. kemudian bila hendak beli tiket bas juga boleh guna sms

apa akan jadi jika SMS naik harga macam harga minyak dan tol.pasti budak remaja tak kahwin juga turut sama buat demo depan syarikat telko

bercakap pasal pertandingan nyanyian,anda yakin itu pertandingan nyanyian? ke pertandingan siapa pandai baca doa ketika nak makan,siapa pandai nyanyi lagu rakyat atau siapa paling cute seperi doraemon.pertandingan nyanyian? puhlease............!! :)

Pa'chik said...

bising bila tokey roti canai tempat mereka selalu makan tu naikkan harga, tapi tidak kisah untuk habiskan duit undi orang yang langsung tak kenal mereka.

itu lah uniknya orang Malaysia, bukan kerana ada tiga kaum yang kononnya hidup harmoni.

Amir Mukhriz said...

>>Kamu di Malaya lagu mana?

Kes semacam itu terjadi semasa final OIAM (kontroversi pada undian Faizal). Saya tak tahu apa kesudahannya. Sekadar baca headline di akhbar.

(Malam semalam, bermula kembali program yang sarat dengan nyanyian, tarian, kejutan, air mata, dan jualan saham.)

Hasrul Halid said...

Pekh..!!! undian SMS! Tak langsung menghasilkan penghibur berkaliber!

Lagi baik aku layan "Little House on the Prairie"..!!!

bipeds earthdweller said...

memang bangang.

gitartong said...

kalau kamu jadi menteri, nanti, saya 'vote'!

blackpurple said...

Yang lebih bangang lagi boleh ikut sama menangis...... :)

sinaganaga said...

Jones,
Hampir semua pertandingan sekarang ni diundi secara SMS atau Internet. :)

Aku dan Amir pergi jumpa Pyan petang ni. Berdoalah!

irdhihayati said...

jangan pilihanraya kite pun nnt pakai sms dah lah ye..

(aku terfikir klu betul mcm mana jd nye yer)

Ainon said...

Kita jangan marah-marah apabila yang laku adalah benda-benda yang tidak bagus.

Kita mesti tawarkan benda-benda bagus kepada mereka supaya mereka dapat pilihan.

Kita perlukan banyak kreativiti mencipta program-program bagus.

Marah-marah tidak memerlukan kreativiti....

Anonymous said...

Janganlah kata "bangang", ayat yang kurang manis, sebab mungkin kita ni bijak untuk entri sebegini tetapi kita mungkin "bangang" pada perkara lain.. Yang mungkin mereka, yang kamu sebut "bangang" itu lebih bijaksana dari kamu ...

Anonymous said...

Tuan,

Lebih tak senonoh bila orang tua pun nak menyertai realiti tv di Uk ni...:)

pembaca

Hana Kirana said...

Saya amat berharap benar mereka-meraka yang bangang yang menyokong dan mengundi pelbagai jenis rancangan nyanyian/lawak (tapi tak lawak) realiti tivi di Malaya membaca entri ini.

bisobonar said...

salam semuaaaaa!

akademi al-Quran dah ada..
pun ramai penonton.

saya tunggu my-team II di tv

sirap said...

nape orang malaysia makin hari makin teruk..gila hiburan...

Anonymous said...

itu kebiasaan bila dunia dah makin senja...atau dengan kata lain akhir zaman...semua dah tersurat dalam al-quran dan hadis