'O MY GODDDDDD!' Jerit Sarkunan demi mata pena BIC milik Azahan tertusuk ke papan punggungnya ketika dia mahu duduk di kerusi.Mata pena ke punggung, hujung pena di lantai kerusi. Aduh!
Sarkunan bercita-cita untuk menjadi paderi apabila dewasa. Semasa di sekolah, dia giat mengaturkan upacara sembahyang setiap kali waktu rehat. Tidaklah di ketahui di mana dia mendapat latihan untuk upacara itu. Tetapi kami mengesyaki dia menerima pelajaran untuk mengkristiankan beberapa orang dari rakan kami dari gereja yang bersebelahan dengan sekolah kami. Untuk makluman, Sarkunan tidak pernah cuba untuk mengubah agama kami, yakni murid melayu Islam.
Setiap waktu rehat, Sarkunan akan membawa beberapa ramai rakan kami ke tepi padang bola dan di bawah pohon pepahit dia akan mula menyanyi. Kadang-kadang kumpulan ini akan bernyanyi hingga seakan-akan hilang ingatan.
Kami akan memerhati mereka dari jauh.
Darah muda,walau pun tidak pernah mendatangi kami, kami merasa perbuatan Sarkunan itu adalah satu pencerobohan dan kami merasa tercabar. Bermacam cara di utarakan untuk menghentikan kegiatan Sarkunan dan kumpulannya. Antaranya adalah memukul Sarkunan.Dan seperti biasa ianya hanya tinggal cadangan. Apabila tamat waktu persekolahan, kami lupa.
Namun tidak Azahan. Dia berazam bersungguh untuk bertindak dan itulah yang di lakukannya.
Sarkunan menangis kesakitan. Untungnya waktu itu, atau memang sudah di rancang, tidak ada guru di dalam kelas. Namun kami bimbang kalau-kalau Sarkunan akan mengadukan kejadian itu pada guru kelas atau lebih malang terus kepada guru besar.
Rasanya Sarkunan mendapat didikkan yang amat baik dari guru agamanya kerana dia hanya mendiamkan kejadian tersebut. Syabas guru agama Sarkunan.
Esoknya, Sarkunan masih seperti biasa, bernyanyi-nyanyian di bawah pohon pepahit.
Ironinya, kami, kumpulan yang bertekad untuk menjadi hero agama, semuanya tidak bersembahyang lima waktu.
Alah, apa yang mahu di hairankan, seperti kita yang melolong siang malam konon pembela agama walhal yang paling kuat makan riba, kitalah. Yang keluar rumah seakan-akan menutup aurat, bini kitalah. Yang kuat curi tulang, pegawai kerajaan kitalah. Yang jual rakaman tangkap khalwat, pegawai majlis agama kitalah.Merakamkan orang berkhalwat? Haram jadah punya pegawai majlis agama!
Dan kamulah yang gembira bila tidak semua anak remaja kita yang berzina.
ps: perkataan ironi di gunakan kerana terpengaruh dengan tulisan amir mukriz di blognya yang penuh dengan kata sambung ayat-ayat inggeris, so far misalnya. amir menggunakan perkataan inggeris dalam blognya mungkin kerana tidak ada perkataan melayu yang sesuai atau mungkin juga dia merasa perlu meng-urban-kan diri. maklomlah, dia kini adalah sahabat setia kumpulan lelaki urban.
makluman: saya tidak peduli kamu menulis dengan apa bahasa, jika faham saya baca. tidak faham saya tinggalkan. cuma jika boleh jangan di sambung satu bahasa dengan bahasa yang lain kerana otak tua saya amat lambat untuk bertukar bahasa dalam masa yang singkat.
dan binawe.
binawe kerana TIDAK ADA seorang pun yang mahu meletakkan tulisan mereka di blog ini.
Saturday, February 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Sarkunan ni Jawa ke?
binawe...hahahaha..saya dah lama tak dengar perkataan ini.
yeay! abe wawa pun ada!..;D
mungkin mereka merasakan mereka lebih pandai mengendalikan blog dari en AJ.
ya! ya! binawe.. sudah lama tidak kedengaran sejak saya habis SPM.
Ironi.
Ya, memang ironi.
Ala...
Encik Jones janganlah kecil hati.
Mungkin sudah sekian lama, en.jones hanya menulis, menyuruh supaya oang dupaya "membaca" sahaja..
Sebab itu bila disuruh menulis, mereka agak terpinga2..
Alahaii
Sendiri punya blog pun tak tertulis - inikan nak tulis di blogmu, Dolloh. Ironinya.
di mana sarkunan sekarang ni? jadi paderi ke, jadi penyanyi?
Rasanya ramai malu nak menebar karya di sini, takut tidak cukup 'diva'nya dengan tuan punya blog... :)
hahaha..menulis di sini, aku mengetuk kepalaku berkali kali.
Huh.. Sarakunan ? Ada unsur kejawaan di situ.
'binawe' itu bahasa apa AJ..?
Tak sempat la Burger Mael masuk iklan tv.
semua org dok guno ironi jek.
jgn sedih lah AJ.jgn sedih.nanti adalah tu.
Post a Comment