Thursday, March 01, 2007

jadilah

Hari ini kita gurau-gurau. Kita gembira-gembira.

By the way, anda telah di "tag". Lawati blog saya. Kata x-matters kepada saya lalu saya jawab di blognya yang saya sudah terlalu tua untuk bermain permainan sebegitu. Tambah pula saya malu kerana terasa sangat remaja apabila bersenda-gurau semacam itu. Sama malunya saya apabila Mat Jan menegur, melawakkan sebenarnya, nama diYM saya yang mengabungkan abc dan 123.Remaja sungguh katanya. Remaja Purba kata naga.

Lagipun, untuk menulis sendiri akan kepelikkan diri rasanya tidak dapat menandingi kepelikkan diri yang di tulis oleh orang lain. Misalnya, pelik sungguh si naga itu, dia tidak kacak tetapi blognya sangat popular. Atau pun, sudahlah tidak kacak, suara nyanyian pun bukannya sedap sangat,yang peliknya blog airmas kurang popular. Atau susunlah ayat sendiri supaya kamu faham apa yang ingin saya katakan mengenai si airmas. Pergi ke blognya dan lihat sendiri.

Atau mengapa tidak di reka permainan di mana pemblog itu menulis tentang peliknya pemblog ini.Barulah yang di tulis itu tahu yang dia sebenarnya pelik. Jika diri sendiri yang mengatakan diri sendiri pelik, tidak pelik namanya. (haha)

Tak kan selamanya mahu menyambung permainan berantai ciptaan orang lain, sekurang-kurangnya buat sedikit pembahruan. Barulah orang tidak sedar yang tulisan itu kita cur.. eh, silap.Barulah ada pembahruan.

Terlanjur sudah menjawab pertanyaan x-matters, saya akan cuba menjawab pula beberapa pertanyaan yang kamu tulis di ruang komen. Sebenarnya, jika ada masa, saya akan menjawab pertanyaan dan komen di blog sibertanya, malangnya saya sedikit sibuk untuk menjawab satu persatu pertanyaan atau komen kamu semua. Jadi hari ini saya akan cuba menjawab seberapa banyak yang boleh.

rusdi-kalau pondan melayu pakai tudung, pondan Islam pulak pakai apa? Sinonim kah melayu dgn Islam?
-jangan gunakan perkataan pondan dan islam dalam satu nafas kerana bimbang jadi macam bank islam.Tidak sinomin.

jannah-ada cadangan, en jones mengemukan tema atau topic penulisan yg sesuai dengan perkembangan semasa. cara ini lebih sistematik. dan pondan itu manusia juga. ada perasaan. en jones tiada sahabat pondan mat saleh?
-saya tidak mahu membataskan penulisan sesiapa. biar bebas. setakat hari ini, tiada.

muhammad fakrul razi-ok, kawan saya kata dia dah dapat cd sentimen yang saya pesan suruh belikan.
-bukan saya yang menyanyi dan menjual cd berkenaan. cd berkenaan adalah hasil nyanyian si airmas. hanya ada 2 sajak saya yang di lagukan oleh beliau dalam cd berkenaan. lagu kim tidak terdapat dalam cd berkenaan.

kalam biru-entri ini hakikatnya untuk apa?
sidiran? nasihat? boleh jelaskan.
-hanya sebagai hiburan.

najwa aiman-Sarkunan ni Jawa ke?
-sarkunan keturunan serani dan tulislah lagi di esastera.

pa'cik-di mana sarkunan sekarang ni? jadi paderi ke, jadi penyanyi?
-saya tidak tahu.

blackpurple-'binawe' itu bahasa apa AJ..?
-binawe rasanya istilah yang di reka oleg arwah R. Jaafar semasa beliau dan AR Badul menyertai pertandingan Bakat TV. rasanya ianya tidak membawa apa-apa makna kecuali cara melepaskan ketidakpuashati-an.

wan-p.s. umm...AJ, ada dapat coklat atau bunga ros?...:)
-hendak juga tapi tak ada yang beri.

amirahsyuhada-tak sumer budak universiti sibuk berzina, ada gak yang baik tapi mungkin segelintir atau yg terpilih. Atau yg jahat tulah yg segelintir
-seperti yang saya bagitau amir mukriz, kamu gembira kerana tak semua.Tuhan mahu semuanya tak.

airmas-saya tak ada perabut chesternut tu jadi .. saya ni layak tinggal diluarnegara?
-tidak.

goboklama-Anita Sarawak's hubby is a fan of dis brand. Mahal ke?
-ada mahal, ada murah.

hani sumayyah-tuan buka saja majalah Anjung Seri dan Impiana, rata2 orang malaya dah pun pakai sofa Chesterfield...cantik jugak sofa itu,kan?
-anjung seri dan impiana tempat pamer rumah kawan-kawan dan saudara mara. tidak.

Aiseyman, banyak benar pertanyaan. Kansel sajalah. Lain kali saya jawab lagi dan akhir sekali, jika kamu berhutang, mulalah membayarnya. Setelah habis janganlah berhutang lagi kerana pesan Mok saya, jangan sesekali berhutang. Ada duit beli, tak ada duit tengok saja. Mok saya mudah.

Hutang adalah pembawa banyak masaalah. Makan rasuah misalnya.Bebaskan diri kita dari hutang. Sekian pesan anak Mok saya.

11 comments:

Anonymous said...

saya suka pesan mok AJ tu...
~tef

sinaganaga said...

>>>Misalnya, pelik sungguh si naga itu, dia tidak kacak tetapi blognya sangat popular.

Kata2 orang cemburu tu. Ha ha.

bisobonar said...

Naga..cemburu tu tandanya SAYANGGGGG tak begitu Pak AJ?

tuan tanah said...

Yelah, Encik Jones.

Saya tau saya saya ni berhutang.
Tengah berusaha nak membayar la ni...

Pa'chik said...

pak jones, mana ada orang berasa pelik dengan diri sendiri, yang pelik tu, orang lain. Ini yang saya cuba bagitau mereka.

Hani Sumayyah said...

saya mahu sahut cabaran AJ untuk tulis sesuatu di sini sebenarnya TAPI agaknya sebab saya melayu saya mahu tunggu orang lain dahulu... sadisnya... itulah melayu...dan memang binawe, tepat sekali kata2 AJ tuh..

obefiend said...

BM ku amat huduh.. blog pun dalam bahasa asing. mahu juga lihat artis jemputan AJ kelak!

siapa agaknya?

areyoung said...

Nak tau juga pesan ayoh?

gitartong said...

haha!

wan said...

- hendak juga tapi tak ada yang beri..

heeheehee..tak pe, tak pe jgn bersedih, saya blanje minum air durian belanda..k..home-made punya, namanya..Soursop on the rocks..saya pun suka. Nice.(Makna.ha.ha)

airmas_sz said...

Jones mengenai komen yang ini "muhammad fakrul razi-ok, kawan saya kata dia dah dapat cd sentimen yang saya pesan suruh belikan" Saya cadangkan kamu update jualan Album tu ....Sudah terbit! Setakat ini sudah 19 (sembilanbelas) keping terjual! termasuk 1 (satu) yang di cetakrompak, Jadilah orang ke duapuluh mendapatkan CD original dan kedua mendapatkan CD cetakrompak, Tempahlah segera! Jangan biarkan diri anda menjadi domba yang ketinggalan!

er... er... domba tu apa sebenarnya? balai bomba ka?