Friday, February 02, 2007

jauh

Mungkin kerana sudah biasa mengikut telunjuk maka kamu merasa perlu untuk berpolitik. Banyak kali kamu mengesa agar saya berpolitik. Bertanding sebagai wakil rakyat misalnya.

Mungkin kamu bergurau, tetapi saya mengambil ini sebagai tanda yang kamu adalah manusia yang mahu merubah suasana sekeliling, kamu mahu satu kehidupan yang lebih aman dan tidak selamanya tercekik sambil berlari ke hulu ke hilir mencari seringgit dua untuk menanggung keluarga.

Malangnya kamu tidak mahu melakukannya sendiri, maka kamu mahu melantik seorang yang pada kamu pasti dapat melakukannya bagi pihak kamu.Boleh jadi kamu lupa, tetapi itulah yang kamu lakukan saban tahun musim memilih datang.

Cuma di sebabkan kebodohan, kamu akhirnya menjadi kuli kepada wakil yang kamu sendiri sepakat memilih. Tanda awalnya adalah siapa sahaja yang menang pilihanraya pasti di julang di malam pengumuman.Bermula dari malam itu, kamu sentiasa akan terpaksa membuat temujanji untuk bertemu. Dan banyak kali jugalah kamu akan di kecewakan oleh kesibukkan wakil yang kamu pilih. Dan apabila jemputan untuk merasmikan upacara potong kulit hujung beramai-ramai anak lelaki kampung kamu di terimanya, kamu berhabisan membuat persiapan. Terbuka sahaja pintu kereta mahal milik wakil , kamu tunduk hormat seakan menyembah. Dia yang kamu pilih untuk membela nasib kamu, kamu takut. Seperti si kafir yang mengadun tepung dan di bentuk menjadi patung lalu apabila siap di sembah sebagai tuhan.

Berapa banyak wakil yang kamu pilih menentang apabila di bangunkan binaan yang membazir atau pesta suka-suka yang tidak ada langsung manafaatnya. Kamu malahan gembira di tapak apa juga hiburan yang di sogokkan. Datang bersama isteri, anak, ibu dan bapa, mak dan ayah mertua, gembira. Keluarga bahagia kata kerajaan kamu dan kamu bertepuk tangan setuju.

Yang kononnya pembangkang pula asyik itu-itulah. Undi hantu, undi hantu. Naik muak mendengarnya.

Mengapa kamu tidak mahu menjadi manusia bebas memilih? Yang tahu dan mahu tahu hak. Mungkin kamu sebenarnya gemar menjadi kentut yang datang sebelum tahi.

17 comments:

~inilah saya~ said...

Ada banyak sebab:-

Yang dilantik menpunyai kepentingan diri sendiri.

Yang melantik pula, percaya bulat-bulat pada yang dilantik.

Kemudian, yang dilantik memijak sibodoh yang melantiknya.

bisobonar said...

Pak AJ,

marah ke? memang perangai org awak kecut telo..keturunan penakut..takut kalah takut salah takut YB takut hantu takut bini takut..takut...takut...tapi mati tak takut pulak..tak caya ke? poi tanya mat rempit..

wan said...

Sekali-sekala AJ tunjuk taring, mencengkam...berbekas...terkedu saya. :)



p.s. AJ, saya suka sajak 'dia rindu', very touching.

.:HalogAmora:. said...

siapa mkn cili terasa pedas..

Jannah said...

En Jones akan balik Malaya untuk pilihanraya akan datang?

blackpurple said...

Aku nak sangat pilihanraya kecil di kampung aku. Nanti dapatlah jalan-jalan yang berlubang-lubang itu rata semula. Surau yang senget itu dapat tegak semula.
Sekurang-kurangnya orang tua aku dapat baja dan kain batik free....

pa'chik said...

tidak mahukah enchek jones menjadi tahi yang datang selepas kentut itu?

Anonymous said...

mungkin semburan kentut bercampur tahi lebih mengancam, AJ

uipts

panwalla said...

mandi jangan pakai syampu atau sabun lavender and tea oil ya.

Sayuti said...

kentut busuk tanpa bunyi atau kentut bunyi kuat tanpa bau atau kentut busuk dan berbunyi kuat?

betul encik abdullahjones,

walaupon kentut 'lebih mulia' sikit berbanding tahi, tetap keluar ikut lobang bontot.

tuan tanah said...

Jones,
Saya mau mengundi sebenarnya tapi 'colan-colan' di kawasan saya ni... errr... tak berapa yakin saya nak memilih salah sorang daripadanya.

Macam mana?

obefiend said...

jika hendakpun saya mengores lambang xmen pada kertas putih, saya tidak yakin orang yg digores akan menang. mana tidaknya kerana ghostbusters tidak datang mennagkap entiti entiti yang muncul tiba-tiba di pagi menggores

saya lebih gemar menjadi tahi. kenapa? kerana at least tahi boleh jadi baja. kentut boleh jadi gas menyuraikan perhimpunan aje

Pegawai Khalwat said...

Haha...

Nada orang yang kecewa.
Jangan risau Mr. AJ. Kami bersamamu.

Pss... pastikan jangan sampai blog ni di label blog dajal oleh paper.

sinaganaga said...

Jadi, masih bersalahkah aku kalau memilih untuk menjadi non-partisan?, (selama ini)

Sayuti said...

blog dajal? haha.

tuan pegawai. dalam masa kurang dua minit dah boleh cari blog berkenaan. apa la motif sebenar tabloid tersebut? nak cegah ke nak tambah pengunjung?

obefiend said...

ade kena mengena dengan tabloid tu. marketing ploy.

Jannah said...

Uit nak tanya Blog dajal tu blog ape?