Tuesday, February 06, 2007

dari

Ning di gam oleh menteri dari keluar suara di radio atau tivi kerana berangan-angan untuk berzina dengan 5 lelaki sekaligus dalam satu masa. Kepada sesetengah menteri, kejahatan Ning pada masa itu sama dengan kejahatan kumpulan al-maunnah yang mahu mengulingkan kerajaan. Atau mungkin juga menteri berkenaan memang tidak ada tugas yang lebih penting. Alah, seperti sebahagian anak-anak raja di Malaya yang motto ke hidupan mereka adalah, artis adalah udara.

Lalu menangis dan teramat insaflah Ning mohon ampun keatas kesalahan yang belum lagi di lakukannya. Menteri berkeras tidak memperdulikan dan Ning kekal tidak popular dan juga kurang seksi untuk beberapa tahun sebelum kembali kedepan beberapa tahun selepas itu.

3 lelaki di penjara 27 tahun jika di kira semua hukuman keatas mereka di jumlahkan kerana berangan-angan untuk memperkosa seorang gadis berusia 13 tahun. Semua lelaki ini tidak mengenali satu sama lain. Mereka adalah seperti kita, kawan dalam talian. Mereka bertemu di suatu laman yang memperkatakan angan-angan lucah, laman fantasi seks yang bukan-bukan. Mereka berbual dalam talian bagaimana mahu melakukan perbuatan jahat. Transkrip perbualan mereka menunjukkan mereka berbual dalam suasana yang santai.

Berbeza dengan Ning, gadis yang bakal menjadi mangsa ujud dan pihak polis menuduh mereka merancang untuk melakukan jenayah dan mahkamah setuju lalu mereka di tangkap, di tuduh dan di sabitkan kesalahan. Mereka, lelaki-lelaki tersebut hanya bertemu setelah mereka di tangkap.

Dulu, undang-undang ciptaan manusia adalah kegemaran saya. Saya amat berminat mengikuti apa juga perkara berkenaan berkenaan undang-undang. Jenayah atau apa juga. Salah satu sebab mengapa saya suka akan perkara ini adalah kerana adanya apa yang di katakan loopholes yang boleh di manupulasikan oleh mana-mana pihak yang berlawan di mahkamah.

kebijakkan dalam mencari loopholes inilah yang sangat mempersonakan saya.

Namun apabila kamu semakin dewasa, kamu akan dapati kebanyakkan loopholes itu sendiri sebenarnya sengaja di ada-adakan oleh sesetengah pihak. Pihak yang menyediakan kes misalnya.

Maka hari ini amatlah mudah untuk bebas dalam apa juga tuduhan jika sekiranya kamu mempunyai rangkaian kawan yang besar.

Paling tidak pun jika di saman kerana memandu laju, kamu segera mencari kawan yang boleh membantu mengurangkan bayaran denda. Kamu menutup kesalahan dengan kesalahan tanpa mengambil apa-apa pengajaran atas kesilapan. Cuma jika isteri atau anak kamu di langgar orang baru sedar dan insaf menangis seperti Ning.

Saya rasa, berangan-angan untuk berbuat jahat walaupun sesuatu yang amat jijik tidaklah mengakibatkan dosa maka Ning sebenarnya tidak sepatutnya di hukum oleh menteri dan orang keliling.

Kesalahan 3 lelaki tersebut masih boleh di perbahaskan. Mat Jan sila komen.

Lainlah jika kamu membunuh orang yang mayatnya kamu letupkan ataupun tidak. Nescaya kamu akan di tangkap dan di hukum kerana kita tahu pasukan polis kita amat cekap. Tak percaya ? Pergi tanya Dollah yang lagi satu.

ps: tiba-tiba datang bimbang berbual dalam talian sama azalan, amir dan airmas, mereka semuanya mempunyai fantasi bukan-bukan yang teramat tinggi.

19 comments:

mba said...

Mana Mat Jan ni?

bergen said...

Satu hari nanti kesan dari membaca blog yang ditulis dengan susunan ayat yang bersahaja dan selamba, saya mungkin akan boleh menulis seperti anda. Ketika itu saya mungkin akan melihat dunia dari persepsi berlawanan dengan apa yang saya amalkan sekarang.

(Tuan Jones, anda boleh menilai ayat saya dan bagi grade. Saya sedia menerima kritikan. Walaupun saya masih belum ijazah untuk mengambil tuan sebagai sifu tapi anggaplah ini latihan amali pertama saya untuk kelas ini. Sekian terimakasih.)

blue_cherry said...

kebijakkan dalam mencari loopholes inilah yang sangat mempersonakan..

setuju.. setuju..

areyoung said...

Fantasi kalau tak boleh dikongsi mmg tak best.

Raiedzall said...

salam AJ
Rasanya tak salah berfantasi, saya berfantasi hari-hari...

kemat said...

"Kamu menutup kesalahan dengan kesalahan tanpa mengambil apa-apa pengajaran atas kesilapan." Ayat ini sepertai menghukum kealpaan aku selama ini. malunya

Pa'chik said...

berita tiga lelaki tu sampai jugak ke melaya ni.
kecekapan pulis kita juga menyebabkan banyak kes berjaya dibuang oleh pihak hakim karena ketidakcukupan bukti. Tapi mereka memang handal kalau pasal tangkap orang.

tuan tanah said...

Kalau berniat nak buat jahat, tapi tak buat, tak dapat dosa kan?

bisobonar said...

Pak AJ'
Tuan Tanah,

memang belum berdosa ikut ugama..tapi undang2 membenarkan untuk di dakwa jika terdapat bukti,keterangan,barang kes(senjata bebahaya dsb)..itu yg di katakan merancang satu kejahatan. Malah ordinan emergency membenarkan seseorang kamu ditangkap tanpa bicara selama 60 hari kemudian menghantar kamu ke penjara 2 tahun.

Pak AJ, kekejaman kadang2 mematikan niat jahat...tapi saya tidak setuju begitu..aniaya namanya

p/s doa org teraniaya tiada hijab, wallah hu alam.Wasalam

wan said...

AJ, pada kefahaman saya, angan-angan lazimnya berhubung dgn cita-cita dan harapan misalnya, tingkatkan diri ke arah yg lebih baik.

dan,

fantasi pula ialah sesuatu imaginasi yang direka, selalunya berunsur extreme dan kurang sopan(perkataan ini tidak asing bagi diri saya, care to refresh my memory, AJ?)

Jadi, jika seorang perempuan boleh berfantasi sedemekian, ini pula 3 orang lelaki yang mempunyai daya imaginasi yang tinggi...mungkin nasib tidak menyebelahi mereka, kasihan!



p.s. dulu, entri pasal angan2 ada nama Amir..yang kali ini pun ada..kuat berangan si Amir ni ya! :)

zizie ali said...

hakim: oleh kerana kesalahan kamu hanyalah berfantasi, maka saya berfantasi menghukum kamu. Polis! cepat berfantasi heret defenden ke penjara. 0p..0p..jangan heret betul-betul. hanya berfantasi. bod*h punya polis!

blackpurple said...

Saya selalu juga berfantasi tapi saya diam-diam, saya tidak menceritakan pada orang.... Itu lagilah tidak salah kan.....

Bukunota said...

che lah,
dr sudut igama, niat utk buat jahat tak dapat dosa. tapi kalau niat tu disertakan dgn qasad utk buat, dapat dosa.

contohnya, niat nak mencuri, tak dapat dosa. tapi kalau niat nak mencuri dan sudah bersiap2 nak gi mencuri cuma tup2 di tengah2 jalan, eksiden, meninggal, dapat dosa juga.

che lah mungkin dah tau pasal ini. saya tak tau nak komen benda lain sebenarnya.

Sayuti said...

saya berfantasi setiap hari. fantasi direalisasikan di hujung minggu.

terima kasih.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Jones,

Mat Jan amat sibuk. Beliau sekarang sudah hampir setahun bertugas di PTS.

Danie Simpleton said...

Assalamualaikom AJ.

Artists are above the law.

-the end-

Kalam Biru said...

baru kenal blog anda
teruja setiap kali membaca tulisan anda
bisa membuatkan diri tersenyum sendiri

p/s: peminat Ning ke?

iklanweb said...

care to put some advertisement to generate some income?

unexistance said...

mestilah ada loopholes, orang putih yang buat undang2..

Q: kenapa kita taknak pakai undang2 dari Pencipta?
A: negara kita berbilang kaum
Q: Madinah ada yahudi lagi (da tentu musuh), malaysia takde la musuh macam tu kan?
A: [isikan jawapan disini]