Tuesday, January 30, 2007

terlalu

Jurnalis dan penulis blog haruslah bertanggungjawab di atas apa yang mereka tulis- Abdullah yang lagi satu,LSE-


Dulu, semua kita ini tidak mempunyai jalan untuk meluahkan apa saja yang tebuku di hati. Baik apa yang peribadi mahupun yang umum. Terkecuali perempuan-perempuan dan sedikit lelaki yang sentimental yang rajin menulis dairi .

Ketika itu kita semua menjadi manusia yang, murung jika mengalami masalah peribadi dan menjadi manusia yang riuh dan tidak berapa di gemari di majlis-majlis atau di tempat mana terdapat ramai manusia ketika gembira atau ada yang kurang di senangi.

Dairi yang di tulis itu pula biasanya di simpan rapi dan tidak (dibenarkan) di baca orang. Lalu perempuan-perempuan dan lelaki sentimental itu pula akan menangis setiap kali membaca kembali kemurungan dan tersenyum sendiri membaca semula kisah gembira.

Namun hingga ke situ sahajalah jadinya tanpa dapat di kongsi dengan sesiapa.

Kemudian dari itu, di reka orang apa yang kamu baca ini, blog. Dan semuanya bertukar dan berubah.

Murung kita kongsi. Ceria kita kongsi. Ramai yang simpati. Ramai yang tumpang suka. Dan kita menjadi teramat popular.

Dan begitu sahajakah mahu kita? Tanpa mahu menggunakan peluang ini untuk merubah apa-apa? Hanya mahu memberitahu dunia tentang anak yang lulus periksa. Tentang kekasih yang amat di cinta. Tentang penyanyi/pelakon, perempuan dan jantan cantik yang kita puja.

Kita mengajak beribu manusia datang membaca tulisan kita dan percayalah yang kita sangat dan akan di pertanggungjawabkan keatas apa yang kita tulis.

Jangan peduli tentang amaran itu ini. Marilah kita menulis sesuatu yang akan membantu jika tidak kehidupan kita sendiri, sekurangt-kurangnya dapat memberi sedikit kelegaan kepada orang lain hatta kepada mereka-mereka yang bakal hidup selepas dari kita.

Kita yang ada hari ini sudah menjadi tidak penting. Makanya kehidupan melankolik kita juga tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pembangunan apa juga. Jadilah manusia yang ada diri bukan yang mengikut telunjuk demi menjaga temolok.

21 comments:

BP said...

Yeah! well said! HiduP Abdullah Jones!

Ku Keng said...

temolok. Sudah lama saya tak mendengar perkataan ini digunakan.

Apa kabar?

Sayuti said...

terasa perbezaannya. encik abdullahjones sihat?

blackpurple said...

Yeah..Itu namanya freedom of expressions.

kalamutiara said...

ha ha ha.. dolah mengata dolah

el-Maaniq said...

Tulis lain, dalam hati lain. Bagaimana?

amirahsyuhada said...

betul juga, tapi sebenarnya ikut hati..kalau ikut minda..tak jadi bloglah..tu jadi penulisan ilmiah..haha

Bunga Rampai said...

Salam Pak AJ,

Yang pandai menyambal (kata-kata),walau terlebih sedikit pedasnya atau masinnya, tetap saja enak!

tuan tanah said...

Saya mahu jadi manusia yang ada diri.

Terima kasih Encik Jones.

Anonymous said...

AJ for PM!

Raiedzall said...

Salam AJ,
I couldn't agree more...

Tok Ketua said...

Salam perkenalan..
Saya bersetuju dengan pandangan AJ. Blog berupaya menyatukan kita semua untuk membentuk masyarakat yang prihatin dan mempunyai budaya ilmu dengan perkongsian idea

Tifani Teh said...

Arghhhh....

Saya belum mahu insaf.
Blog ialah untuk merepek-repek.

Pa'chik said...

penulis blog harus bertanggungjawab atas apa yang mereka tulis...

dia pulak, harus JAWAB apa yang rakyat tanya. Bukan berdalih atau bagi jawapan separuh masak.

Err.. menipu dah tak berdosa ke?

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Jones,

Inilah Bahasa Melayu saudara yang terbaik saya pernah baca!

jebatsari said...

perbezaan paling besar antara akhbar dan blok ialah blog tiada blok.

obefiend said...

melankolik - bahasa baru. akhirnya. bila AJ pakai maka saya pun boleh pakai dengan gembiranya tanpa dicop melayu tak tahu guna bahasa melayu

lama tidak melabuhkan mouse cursor ke blog saudara and antri ini amat menyentuh hati hamba. terutama bab menangis dan ketawa tatkala membaca isi diari lama

im such a pussy sometimes!

obefiend said...

eh jap.. blog saya Freedom of Association.. haha. menyentuh komen Blackpurple..

Jannah said...

"Kita yang ada hari ini sudah menjadi tidak penting. Makanya kehidupan melankolik kita juga tidak memberi apa-apa sumbangan kepada pembangunan apa juga."

Sedih la lagu ni. I dah mendaftar undi tau. Buat dekat Pos Malaysia. Satu undi sahaja boleh menggoncang dunia politik.

And we blog because we needed an outlet. A way to think out loud our ideas and thoughts.

Or to simply bercerita.

Medium sama macam surat khabar pojokan, cuma creative control milik empunya blog. Bukan editor.

bisobonar said...

hidup pak dollah

hidup pak dollah

hidup pak dollah!

kamu yang lelain tolong la pegi mesjid yang beso dan lawa tu...berganda2 pahala..kalau nak la

Anonymous said...

mengkagumi mereka yang menulis dalam blog dengan ikhlas dan jujur..
lebih-lebih lagi jika mereka yang dapat membawa minda dan perasaan pada tahap yang belum dicapai..
cemburu pada mereka.. hati juga ingin meluahkan dan berkongsi.. tapi, 'tanggungjawab' itu tidak mahu dipikul..