Menjadi amalan biasa bagi sesiapa yang melintas (?) pintu akan memegang daun pintu untuk memandang kebelakang kalau-kalau ada sesiapa di belakang yang mahu masuk dari pintu yang sama di sini. Dan memberi laluan.
Saya memandang amalan ini sebagai satu perbuatan yang lahir dari jiwa yang bersedia memberi bekal kepada generasi akan datang.
Kerana itulah masyarakat yang maju senantiasa memikirkan kepentingan orang yang di belakang. Mereka rompak datuk nenek kita untuk bekal cucu-cicit mereka.
Berlainan kita, setiap kali masuk dari mana-mana pintu, kita segera menutupnya. Bimbang ada orang yang akan mengikut dan menggunakan tenaga kita membuka pintu. Kita bunuh anak yang belum lahir. Gugurkan, jolok dengan duri. Biar mampus.
Jadilah kita kumpulan manusia yang memusnahkan apa saja yang di tinggalkan oleh sesiapa yang terdahulu.
Tidak ada langsung, baik sistem pelajaran atau pun sistem baik pulih masyarakat yang di terokai oleh genarasi awal pemerintahan yang di sambung oleh mereka-mereka yang berkuasa hari ini dan percayalah, jika di takdirkan menteri perdana yang ada sekarang mati akibat tercekik tulang atau barah buah dada atau pun memang ajalnya kerana ada sesetengah dari kita, mungkin kamu tidak percaya, yang meninggal dunia kerana sudah ajal, maka masjid kristal yang bakal di bina itu akan tergendala.
Ya Tuhan, panjangkanlah usia menteri perdana kami kerana sesungguhnya kami amat memerlukan masjid kristal itu.
Kemajuan yang kita dakwa sedang menyerang kita di Malaya adalah kemajuan yang di paksa. Maka jadilah sebahagian kita masyarakat yang terperanjat. Seperti makcik latah di kampung kita yang lancar mengeluarkan kata-kata carut sambil menari sambil mengangkat kain tinggi-tinggi. Jarang, bahkan mungkin tiada langsung makcik latah yang kita kenali yang segera membaca ayat-ayat al-quran atau petikan hadis apabila latah.
Wah, tinggi benar metafora saya.
Begitu juga dengan tradisi baru yang di lamakan. Kongsi raya itu ini. Rumah lama yang baru. Tangan yang di letakkan ke dada sebagai tanda hormat. Dan seribu macam tipu helah yang kita reka supaya kita di kenali sebagai manusia yang berbudaya.
Walhal jika kita kekalkan segala yang lama, suatu hari nanti ianya akan menjadi sesuatu yang amat berharga. Sepertimana kita hari ini sibuk mencari almari lama milik keluarga kerana ianya bukan sahaja cantik bahkan amat ikhlas pembuatannya. Semuanya dari kayu. Bukannya campuran habuk dan hampas yang di keraskan dan di beri nama baru, papanlapis misalnya. Bahkan ada perabot kayu yang langsung bukannya kayu tetapi sintetik.
Pura-pura dan plastik seperti kebanyakkan ahli politik dan ahli akademik yang sering memikirkan kenaikkan pangkat. Siap PhD segera mahukan kanan atau professor madya misalnya tanpa mahu memikirkan sumbangan kepada budak-budak universiti yang asyik berzina itu. Yang budak-budak pula sibuk melayan kembang-kuncupnya kemaluan.
Mulai hari ini, jika membuka pintu, lihatlah ke belakang, takut-takut ada orang yang mahu masuk. Belakang di sini harus di baca sebagai hadapan.
Wednesday, February 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
Alamak, AJ bermetafora la..deep..deep!
p.s. umm...AJ, ada dapat coklat atau bunga ros?...:)
...and I'm the first here...i know..i know..i know..i know...*lagu Ain't no Sunshine*
saya cuba mencari fakta-fakta yang sahih dalam entri ini. akhirnya saya ketemu: bila orang melayu latah, mesti mencarut. tak ada yang terkeluar bacaan al-Quran atau hadis.
Aku syak, apabila masjid kristal itu siap kelak dan bagi mengenang jasa menteri perdana - maka, rakyat negeri yang diwakilinya akan dapat kemudahan untuk tinggal lama di situ.
Yelah, nak tinggal di negeri tanah tumpah pun - appartmen mereka tak siap2 lagi.
Pun**k!
duit buat mesjid tu, kan lebih elok digunakan untuk sebarkan Islam...
masjid kristal? cukup ke ultimate tensile strength kristal untuk menjadi dinding dan tetiang yang bakal menyangga berat kelak?
konfius?
atau hanya berbekalkan tawakal dan can do attitude sahaja nanti
buka pintu? tak payah. di malaya kalau ditahan pintu disambut muka syak wasangak " dia nak rampok aku ke tahan pintu ni"
sekian
metafora anda best
Rasa saya pembinaan masjid kristal untuk menarik ramai lagi pengunjung ke Malaysia. Menjana ekonomi negara katanya.
Nak juga lihat berjaya kah pembinaan itu.
Macam tak logik.
Tapi kalau berjaya adakah Malaya akan masuk ke Guiness Book of World Records?
Dan tiadakah pencuri mahu kikis pintu kristal masjid dan dijual di Ebay?
P/s Universiti tempat maksiat rasanya dari zaman AJ masih berambut hitam. Waktu muda-mudi la katanya.
ha ha ha ha...
best!
Masjid kristal tu untuk kemudahan generasi akan datang. Kristal tersebut boleh dijadikan gelang. Jual di pasar malam. Ubat sengkek
Masjid kristal? there goes our tax paid! pasal warga uni.. there's nothing new AJ. it's really pathetic. melayu pakai tudung berleluasa di internet dr mana? dr m'sia. aduuuuuuuh!
Logik aje pembinaan masjid kristal apa pula tak logik.
Sweden, Canada, Norway masing masing boleh bina hotel daripada ais, Malaysia pun boleh bina juga. Tapi tak boleh lah guna ais, nanti tak sampai 2 hari dah cair. Banjir pulak nanti. Jadi sebagai substitute, guna lah kristal.
Untuk diselaraskan dengan tema Islam Hadhari, jadi mereka ini bina masjid instead of hotel.
Saya suka entri ini. Best!!!!!
Salam Pak AJ'
tinggi-tinggi si matahari
tinggi lagi hasrat dihati
sudah puas hamba mencari
entah kemana si jatidiri
tumpang berkayuh basikal orang
laju2 waktu dah nak habis
memang lain dulu lain sekarang
taqwakan kalbu jamgan menangis
jambu dimakan bersama garam
sedap bukan main terpejam2
jangan jemu gelisah geram
adat remaja gemar melaram
sebakul jiwa sekoyan rasa
hati hiba parah merana
apa guna berjanji setia
jika tubuh berdiri tiada nyawa
mari tebang hutan bakau
kita dirikan kota melintang
mata jangan asyik melilau
banyak diri sudah telanjang
disana ragut di sini curi
pukul belasah adunan terkini
hati walang teringat diri
sungguh2kah kita tak takut mati?
Well done, Jones!
Masjid itu cuma akan menjadi perhiasan...
Ya.ya. Saya lebih suka gerobok dari locker...
pedas sungguh tok abdullah berbicara, tak sumer budak universiti sibuk berzina, ada gak yang baik tapi mungkin segelintir atau yg terpilih. Atau yg jahat tulah yg segelintir.
Saya suka amalan buka pintu untuk orang belakang tu.
Beradab satu; tetapi maksud tersirat yang paling mahal!
Pernah junior saya semasa baru sampai dari Malaya tahun lepas, menutup terus pintu selepas masuk. Nasib baik tak patah hidung orang belakang.
kalau kamu seorang warga lokal, naik van lapuk dengan plat lokal tahun 1990 kerana perniagaan kurang baik, melalui jambatan seorang sultan, hiasan itu menyakitkan hati.
Jangan simpan misai dan datang jumpa saya. Saya benci mereka yang bemisai. Mereka suka persenda orang miskin dan kurang bernasib baik dengan sumbangan yang gerenti-habis-esok.
kalau kamu seorang warga lokal, naik van lapuk dengan plat lokal tahun 1990 kerana perniagaan kurang baik, melalui jambatan seorang sultan, hiasan itu menyakitkan hati.
Jangan simpan misai dan datang jumpa saya. Saya benci mereka yang bemisai. Mereka suka persenda orang miskin dan kurang bernasib baik dengan sumbangan yang gerenti-habis-esok.
Post a Comment