Saturday, February 17, 2007

dahulu

'Edwin, makan buku ni.' Kata Harun, rakan sekelas saya yang mirip Chuck Berry cuma lebih rendah.

Jika cikgu lambat masuk ke kelas, kami biasanya membiarkan Edwin menjadi penghibur waktu senggang. Dan sungguh, Edwin Moorthy akan melakukan apa sahaja yang kami arah. Saya tidak pandang Edwin sebagai pemuda bodoh tetapi sebagai pemuda yang beria-ia untuk memuaskan hati siapa sahaja dan pada Edwin, saya rasa, ini adalah pilihan yang lebih baik dari terus-terusan menjadi alat latihan tinju si Harun. Juga dia gemar menjadi tumpuan kami sekelas.

Guru kelas juga kadang-kala membuli Edwin.

Sehingga habis sekolah kami menganggap Edwin hanyalah di lahirkan untuk menjadi hiburan kepada waktu kami di sekolah. Tidak ada pelajaran yang kami ambil dari sifat bodoh-bodoh alang beliau. Tidak ada juga belas keatas kemalangannya itu. Kami jadi manusia yang keras hati.

Kita sebenarnya adalah Edwin. Cuba bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati siapa sahaja dan tidak kepada yang sepatutnya. Tuhan misalnya. Seperti saya yang saban minggu menulis blog ini untuk memuaskan deria baca kamu. Menjadi hiburan waktu senggang kamu. Dan kamu juga terus kekal begitu. Jika sebelum membaca blog ini kamu tidak menutup aurat, kini kamu masih juga begitu. Yang memberi atau menerima rasuah juga masih kekal. Yang berpolitik terusan menindas. Tidak ada langsung belas kasihan terhadap diri sendiri jika tidak kepada saya. Saya dan kamu kekal menjadi manusia yang keras hati.

Tapi, seperti kata kawan saya yang tabligh, 'hidayah bukan kerja kita, kita usaha, Tuhan tentukan.' Mungkin saya patut ikut bertabligh dan belajar dari mereka.

Untuk drrozza, Edwin pernah bertugas di hospital sama dengan ikelah. Alangkah moleknya jika disini saya katakan yang Edwin kini adalah seorang doktor, tetapi tidak. Saya bertemu dengannya di hospital berkenaan lama dahulu. Dia memakai uniform pembantu hospital. Saya tidak tahu tugas sebenarnya kerana waktu saya menegurnya, dia tidak mengenali saya. Mungkin kerana saya bertambah kacak selepas meninggalkan sekolah.

Saya kata mungkin Mat Jan, mungkin.

10 comments:

tuan tanah said...

Jones, salah satu nasihat dari tulisan kamu yang saya ikuti ialah menulis Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam dengan penuh.

Nasihat dari tulisan-tulisan kamu yang lain?

Errr... nanti saya baca dan periksa balik.

Ku Keng said...

Bro.,
Assalamu alaikum.

ikelah di hospital, baru dibedah. Dr. Roza minta didoakan.

sinaganaga said...

Kita ni pinjam-pinjaman. Mana ada yang kekal. :)

Bunga Rampai said...

Pak AJ, salam ...

Teruskan menulis, teruskan.
Saya baca sambil dengar lagu :)

Anonymous said...

Pak AJ,

Edwin dan kita2 ni..pelakun(pelaku?) ikut skrip.

menderhaka..belum buat takuuut,derhaka sekali lalu jadi berkali2 sampai lali...

gamaknya dibakar tak hangus.

Kita2 dah lupa janji.

wasalam.

Pa'chik said...

berusaha memuaskan hati orang lain, memang kerja orang kita. Apa pun nak dibuat, risaukan apa orang kata, bukan apa yang Tuhan suruh. Contoh,dalam hal mas kahwin.

zizie ali said...

mereka tahu jones juga mengunjungi blog mereka. namun jones masih juga jones. tidak jadi macam mereka.
kata mereka: "jones belum mendapat hidayah..."

Anonymous said...

Lepak dekat Mydin Mall. Ada wireless. Rasa macam lepak kat KL je.

Tapi penduduk lokal tetap kerja dengan gaji dibawah 450. Kerja dibawah bos yang bukan orang lokal. Yang selalu lebih-lebih mengutuk kekampungan sikap orang lokal.

Obefiend Weiland said...

edwin tu saya...

terasa

supersomething said...

kacakkah...? hmmmm.... musta.. err.. mungkin.. mungkin.... heheh..