Friday, January 19, 2007

lembut

"Keling sila keluar, kami tidak melayan keling disini." Kata saya setelah pasti hanya ada seorang lelaki/perempuan India di ruang legar tempat kerja dulu. Lama dulu. Kawan-kawan sekerja terkejut. Begitu juga dengan lelaki India berbadab besar tersebut. Melilau matanya mencari dari mana datangnya suara itu.

Hubungan India dengan Britain 2-3 hari ini sedikit tegang akibat serangan yang berbau perkauman yang di lepaskan kepada Shilpa Shetty, salah seorang peserta rancangan Big Brother. Siri di mana sekumpulan manusia di kurung untuk beberapa lama dalam sebuah rumah.

Beliau diserang (dengan kata-kata) oleh 3 orang gadis Inggeris. Jo, bekas ahli kumpulan S Club 7, Danielle, kekasih sekedudukkan pemain bolasepak terkenal dan Jade Goody, pemenang siri pertama rancangan ini beberapa tahun dahulu.

Antara lain ahli di dalam rumah tersebut adalah abang Micheal Jackson, Jermaine dan Dirk Benedict, perlakon siri A Team yang popular sekitar tahun 80an dulu.

Di India, rakyatnya mula berpiket membantah. Tetapi apa yang mahu kita hairankan, jika sekiranya bekalan pokok pisang berkurangan sekali pun, rakyat India akan berpiket.Sudah itu kegemaran mereka. Seperti budak-budak PAS dan KeAdilan, sikit-sikit piket, sikit-sikit piket. Kemudian balik kerumah letih dan tidur sehingga ada isu baru yang perlu di piketkan. Deja Moss tak pakai baju dalam misalnya.

Sifat perkauman tidak dapat tidak mesti ada di dalam semua manusia. Yang menyelamatkan adalah sifat ingin dan cuba memahami agama dan budaya satu-satu kaum.

Banyak masalah perkauman di sini asalnya adalah di sebabkan enggannya menghormati agama dan budaya orang lain.

Orang Islam di sini di wakili sebahagian besarnya oleh kaum India. Tidak kiralah yang datang dari India, Pakistan, Bangladesh,Kenya atau mana-mana negara Afrika. Mereka membawa adat dan budaya masing-masing sebagai adat dan budaya Islam. Kerana itulah ramai kawan yang bukan Islam dan bukan India di sini menganggap membunuh anak yang enggan bernikah dengan pilihan keluarga sebagai amalan Islam. Saya di anggap pelik kerana Islam dan tidak India dan bernikah sesuka hati. Ini bolehlah kita andaikan sebagai ketidakmahupedulian.

Sifat perkauman hanya boleh di hapuskan apabila kita tidak lagi pedulikan apa bangsa kita. Mungkin kamu UMNO dan cemas tetapi jika kamu bersungguh-sungguh mahu menghalang perang kaum samada secara literal atau metafora hanya itulah caranya. Kekasih Tuhan saya yang bersabda begitu.

Atau kamu boleh saja jangan pedulikan agama dan keluar makan dan minum apa saja,tidur bangun dengan siapa sahaja,jangan perdulikan halal haramnya nescaya kamu akan di terima sebagi sebahagian mereka.

"Aku agok doh, mesti budak (nama sekolah saya)! Babi! Babi! " kata Ghanarajah al Thurairajah apabila melihat saya ketawa dari dalam tempat kerja. Saya menghulur tangan dan kami berjabat. Saya mengajak beliau ke tempat minum dan kami berbual lama sambil dia tidak henti-henti menyumpah saya. Lama benar kami tidak bertemu.

"Tapi aku panik jugok, takut betol tempat ni tak layan keling", tambah Ghana. Disekolah seperti yang kamu duga, dia di panggil Gajah. Besar tapi penakut yang amat.

19 comments:

tuan tanah said...

Jones, kamu tonton Celebrity Big Brother juga?

Saya tak pernah menontonnya sebelum ini, tetapi bila ada wujud isu rasis ini, terhegeh-hegeh pula nak mengikutinya.

Anonymous said...

mereka marah bila dipanggel keling en jones..

blackpurple @ jowopinter said...

Selepas ini kalau mereka berjaya,istilah keling itu akan pupus dari Kamus...!

Maryam said...

isk.. tak baik gelarkan begitu. keling... kasta rendah tu. kalau dia islam, dia tak akan terasa apa-apa.

Anonymous said...

Ini kempen "marilah-tidur-dan-bangun dengan sesiapa sahaja" ye?

Opsss...

Moluska T

sinaganaga said...

Nazmi pernah tanya, "Dalam certot kau tu - banyak sangat hal-hal kaum India yang kau tulis - mana tahu?"

Aku rasa. Aku dah langkah 'garisan tu' la, Encik Jones. Ke, aku bukan Melayu sebenarnya. Keling? Ha ha.

zizie ali said...

dulu, banjir (bah) sinonim dgn 'air pasang keling'. kata majmuk itu dihapuskan dlm bahasa melayu kerana bantahan dari persatuan india di tanah melayu sesudah akhbar menyiarkan tajuk 'air pasang keling di benua keling' (banjir besar di india). demikian apa yg diceritakan oleh a.samad ismail dlm novel 'patah sayap terbang jua'.
kalau tidak, tajuk akhbar mungkin berbunyi: ' air pasang keling di johor'

Sayuti said...

"henfon aku dah outdated. henfon keling," kata ravendren kepada saya, seraya menunjukkan henfon beliau. saya terkedu.

ish.

cerita encik abdullahjones menarik. sangat menarik.

betul. saya tak cakap keling.

Rebecca Ilham said...

Di Canada, ada sitcom Little Mosque on the Prairie.

Saya tertanya-tanya, sebegitu racist/Islamophobic-kah rakyat Kanada?

Unknown said...

huh! keling cakap longhat kelantan...

~inilah saya~ said...

nasib baik member hang sporting. tapi kalau orang lain tak tahulah....

hehehehe...

Sya said...

Emm bagus juga nama Gajah tu.. Pemula dan penghujung nama dia.

Anonymous said...

salam,

lama dah tak dengar perkataan keling tu.

anita kema said...

hehehe...pakcik buat saya gelak!!!

Anonymous said...

keling marah dipanggil keling. anak saya hmpir bertumbuk dgn keling sbb mengata keling tu keling.akhirnya keling mngalah bila ank sy tanya nko tau ke makna keling? kalau x tau naper marah tanpa sebab. agaknya dh turun temurun sebut keling je keling marah. kawan saya bapanya nama keling...releks jer...dan di Malaya ni (ikut kalimat AJ) simpulan bhs "kalau jumpe ular dan keling..bunuh keling dulu". itu keling bukan India.

Anonymous said...

Keling tu tak ada makna. Ia hanya panggilan 'basahan' untuk orang India daripada orang Melayu. Bila pertama kali diorang dibawa British ke Malaya (zaman penjajahan dulu) - orang India yang turun dari kapal terus bunyi 'kling, kling, kling'. Sebab hampir semua wanita dia (yang dijadikan buruh ladang) memakai galng kaki. Tu yang dipanggil Keling.

BTW, saya suka tulisan ini. Bukan saja isu dan parodinya -- tetapi teknik naratifnya. Begitu menguja. Pembukaan yang provokatif. Dan penamat yang tidak kurang sengat.

wook said...

tempat kita ada nama kuih keling
sedap makan ngan kopi arab..

Jannah said...

My brother Asyiq tengah study medicine kat Russia. Kami di rumah selalu membuli beliau dengan memanggilnya Keling. Sebab dia the biggest in the family, berambut kerinting, dan tanned.

Untuk pembalasan dia akan berkata, "Kalau Asyiq keling Abah (my faher) pun keling juga sebab ada anak keling."

And then ada la pulak yang menyampuk, "Asyiq ko tu adopted."

And then Asyiq pun akan gelak dan shrugged it off.

Perkara ini jika we take it with a pinch of salt won't hurt anyone.

-Jannah mencuba code switching between English and Malay. Ada assignment pasal perihal ini :)

Anonymous said...

Pak AJ,

sebut pasal gajah ni ada sketsa;

najis kecil=taik ayam
najis besar=taik gajah

hehehehehehehe tak pas test kawin weii...