Setelah beberapa kali berjanji dan tergendala, akhirnya dapatlah satu tarikh yang saya dan Shahriman, rakan sekelas saya dahulu, berjanji untuk bertemu.Kami sudah tidak bertemu kira-kira 15 tahun. Dan saya sangat gembira.
Di hari yang dijanjikan, saya menunggu dengan penuh debaran di restauran di hadapan sekolah lama kami. Sengaja kami pilih restauran tersebut kerana nostalgia. Saya sampai 30 minit awal. Saya sangat gembira.
Dari jauh saya lihat Shahriman datang. Dia masih seperti dulu, kacak dan bergaya cuma sedikit err.. tebal. Mungkin kerana usia atau mungkin juga kerana senang.Dia membimbit sebuah beg.
Dia menghulurkan tangan, saya tarik tangannya dan terus memelok. Dia sedikit terkejut.Mungkin kerana tidak menjangka saya akan memelok kerana walau pun sekelas, dia dari kumpulan budak nakal, saya kumpulan yang lagi satu.Dan kami bukanlah rakan yang akrab semasa di sekolah. Tapi saya menganggap siapa sahaja yang tidak saya temui lebih dari 3 tahun adalah kawan rapat.
Pelayan restauran datang dan bertanya sama ada kami mahu membuat pesanan, saya katakan yang kami akan memanggil jika sudah bersedia.
Kami mula berbual cerita semasa disekolah dulu.
Dari Shahriman saya dapat tahu yang Baharuddin kini adalah pengurus sumber manusia di kilang Panasonic. Abdul Mutalib hilang entah kemana. Zul Qaisar adalah pereka sampul kaset bagi kumpulan Belantara! Album Serikandi Disisi atau apa. Saya lupa. Shamsul Bahri katanya mungkin seorang arkitek yang mempunyai firma sendiri. Syed Faisal pernah menjadi penulis teks ucapan Kak Pidah. Toh Bo Hoe kini pengurus sekolah musik Yamaha dan dia tidak reti langsung bermain sebarang alat musik! Norbi pula adalah seorang kontraktor yang berjaya. Chai Hong Seng juga hilang entah kemana. Pritkiron Singh kini doktor gigi di London. Kenneth Lim juga di London malah guru kami, Encik Su Lee juga berada di London dan saya tidak pernah teserempak dengan mereka! Roslin Rejab pula tidak diketahui samada bertugas sebagai duta atau berkerja di bawah duta Malaya di Vietnam atau Burma.
Sofian meninggal semasa melanjutkan pelajan. Azman Ali juga sudah meninggal begitu juga dengan Alias Congo. Sirajudeen juga telah meninggal akibat demam kuning. A-fatehah untuk mereka.
Tetapi sepanjang saya bergembira mendengar cerita, saya dapati Shahriman seakan-akan resah. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin tidak selesa dengan kemesraan saya, fikir saya waktu itu. Bukanlah saya mabuk arak atau khayal dadah tetapi kegembiran saya melebihi tahap yang biasa bagi saya yang di kenali waktu di sekolah dulu, jadi mungkin dia keliru.
Setelah puas ketawa dan sedih,saya melambai tangan kepada pelayan restauran sebagai tanda kami sudah bersedia untuk membuat pesanan.
Saya memesan minuman berais, maklomlah, Malaya panas. Shariman tersenyum seraya berkata,
"Tak elok minum ais malam-malam dan minum ais tu sendiri tak baik untuk kesihatan."
"Habis minum apa yang baik?" Tanya saya. Kesilapan besar.
Dari begnya dia mengeluarkan berberapa paket kecil.
"Minum la kopi ni. Bagus ni Jones." Dan dia mula menceritakan kebaikkan kopi dalam peket tersebut seolah-olah ianya adalah perniagaan milik keluarganya turun temurun dan harus di perkenalkan dan di pertahankan.
Kemudian dia menceritakan bagaimana dengan menjual kopi tersebut akan mendatangkan pulangan kewangan yang berlipat kali ganda.Di akhir penerangan yang tidak di undang itu, kebaikkan kopi tersebut hilang. Yang terbit adalah pelan pemasaran.
Saya bangun dan mengambil pisau belati di pinggan dalam baju yang memang saya bawa kemana-mana dan menikam Shahriman tepat di dadanya berkali-kali. 13 kali jika saya tidak silap mengira.
Dia mati di situ juga.
Sunday, December 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
hohh... garang sungguh kamu ni... ;)
Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..
tarikh Shahriman mati sama pula dengan tarikh Saddam Hussein di execute.
>>>pisau belati di pinggan
Jones,
Deme saloh eje ke mende? Ke, memang deme bawok pinggan dalam baju?
jones,
aku juga mungkin akan mengambil tindakan yg sama jika berada dlm situasi sebegitu.
pst..beberapa 'kesilapan' (bukan kesalahan) ejaan dlm entri ini:
memeluk bukan 'memelok'
restoran bukan 'restauran'
pinggang (waist) bukan 'pinggan' (plate).pisau belati diselit di pinggang bukan di pinggan.
kalau minum kupi beng dari jenama tu baik ke tak?
Ohh.. Shahriman dah mati, patutnya pak jones tanya dulu.
naga, zie: kawan memang tak sengaja saloh eja.
wan: saya memang tak boleh menyanyi.
Al-Fatihah untuk Sofian, Azman Ali, Alias Congo, Sirajudeen, dan err... Shariman juga.
begitulah maut mengira umur, hanya mengira waktu. Al Fatihah kepada mereka.
Dan seronok mendengar ramai teman-teman yang berjaya, dan tak ada pula yang menjadi dR. jalanan.
wah, sempat lagi nak kira berapa kali tikaman...kekek gile baca citer Shahriman kena bunuh..tak sangka AJ pyscho wannabe.
ni entri pasal tribute and remembering the names ek?...erk, mcm tajuk lagu.
tak boleh menyanyi tapi boleh deklamasi sajak, kan?
satu lagu nostalgia dari era 70an utk n3 ni dan leaving 2006, Kansas - dust in the wind.
kalau sayapun, saya akan buat begitu...
kopi uptrend?
pak cik dah ada kat malaysia ke/ nape tak cakap
kamu, buleh jadi idola le.. haha!
ganas!..mmg tragis dan psikotik kisah ini!
Alias congo tu mati pegang bendera?
ayat terakhir beliau .. "oh tuhan allah ..hidup susah matipun susah" ..
sepatutnya kamu ambik dulu kopi tu sebelum tikam. kalau tak mo minum sendiri, sedekahkan kopi tu ha ha ha
The Ring ,where you disappeared? Call to me fast!
- abdullahjones.blogspot.com 6
07 car civic honda
buy used car
car undefined used
used car bergen
used car oakland
used car greensboro
used car raleigh
used car killeen
used car vallejo
used car tacoma
pertemuan nostalgik yang diakhiri dengan tragis.
sadis.
sudah pasti encik abdullahjones menjadi orang buruan polis sekarang.
Dengan ini saya menthabitkan bahawa AJ tidak bersalah membunuh Shahriman kerana Shariman menilai persahabatan dengan beberapa bungkus kopi sahaja.
Sudah barang tentu bukan Kopi Cap Kapal Api.
AJ! Salute!
Ah, kalau saya pun, saya belasah juga.
Saya tak sanggup dengar cerita pemasaran itu ini pelbagai tingkat. Dahlah nak paksa beli pakai ayat bunga-bunga, boleh pula kata saya tak punya wawasan kalau saya 'tak berfikir bisnes dalam era globalisasi'.
Globalisasi kepala hotak engkau.
Opp...maaf. Terkasar bahasa pulak.
Aduhai AJ,
Saya alergik dengan menda2 tu dengar tak boleh, baca tak boleh sebut lagi tak boleh...kalau pantang larang tu diingkari..saya akan pengsan sertamerta.
Itulah sebabnya lambat komen..dah asyik pengsan,pengsan.
Zalim betui kawan tu
pershbtn yang ditunjangi wang ringgit mmg wajar ditikami dengan belati. huhu! aj mmg best!
org nak mencari rezeki mmg banyak cara.antara cabarannya, risiko di tikam kawan.
Post a Comment