Wednesday, December 27, 2006

atau

Beberapa hari lepas akhbar percuma yang saya baca di keretapi sekali lagi menceritakan bagaimana puluhan ribu jiwa di Malaya sana dilanda malang banjir.

Kampung saya dahulu juga sering dilanda banjir. Airnya tidaklah tinggi tapi cukup untuk kami berakit ke hulu-hilir.

Pa dan Kodik tukang tebang buluh,hijau dan membuat rakit. Kami tidak berani menebang buluh kuning kerana menurut Iji, adik Pa, itu buluh keramat, ada penunggu. Mezah dan saya tukang tunggu rakit siap. Dan kami berakit sehingga air surut.

Biasanya masa yang kami ambil untuk membuat rakit adalah melebihi masa kami meggunakannya kerana banjir yang melanda kampung kami tidak kekal lama. Maklomlah kampung kami waktu itu belum maju. Dan wakil rakyat dan menteri diwaktu itu tidaklah begitu sibuk menzalimi kami.

Tidak perlulah saya menceritan keseronokkan yang kami alami kerana seperti harta benda para penguasa Malaya yang menjadi citarasa semasa, ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat. Tersendiri dan tersorok. Lainlah jika dengan sebab yang tidak dapat dielakkan penguasa itu bukan lagi menjadi flava masakini, maka segala nilai harta dan saiz kutang dadanya akan dihebahkan.

Pa, masih di Serenti. (saya rasa dia kini adalah penghulu semua Serenti di Malaya disebabkan faktor umur dan pengalaman atau mungkin juga telah diserap sebagai wader). Kodik diserang sakit jantung beberapa bulan lepas dan dia tidak pernah merokok.Dia sembuh tetapi tidak secergas dahulu. Iji masih dengan bermain musik. Mezah meninggal dunia Ramadhan dua tahun lepas.

Dan saya disini masih sibuk mencari seronok.

9 comments:

mba2u said...

AJ sedang mencari seronok, saya dah jumpa keseronokan kerana jadi manusia pertama mencatat di sini ;-)

Anonymous said...

paragraph 5, very interesting...

AJ sibuk mencari seronok, define seronok?

Sakit jantung bukan berpunca dari merokok ada banyak faktor lain menyebabkan serangan.

Donny Osmond tidak kacak, gigi dia besar mcm kapak dan suara dia tak best.

p.s. AJ, request boleh..next time, AJ pulak la nyanyi. :)

Pa'chik said...

Buluh kuning keramat ye? Buluh tu tak leh buat apa-apa pun, dikala kami dizalimi. Apa la yang keramatnya. Hihihi.

areyoung said...

Sakit tak semestinya takleh seronok.

Kan?

p/s Saya pasti Abdullah Jones tak seperti Naga dalam membuat interpretasi ;P

Rebecca Ilham said...

Cari seronok?
Hurm...(sambil mengurut-ngurut dagu)

blackpurple @ jowopinter said...

Kerabat 'mereka' mula mengira-gira untung projek membaik pulih jalan dan jambatan yang rosak akibat banjir....!

Sayuti said...

sungguh seronok main air. cuma, ada buaya pulak...

tuan tanah said...

Errr... Mencari seronok apa di tanah Inggeris?

MHidzir aka Embun said...

Disana seronoknya tak thrill kerana tidak dapat main rakit sambil mengelak dibaham buaya, kan?