Thursday, January 04, 2007

macam

i.

Mungkin kamu akan marah, tetapi hari ini saya menerima 3 buku dari Malaya kiriman si Azalan dan saya sedikit kecewa.

Tidak perlu rasanya mengumpul 3 juta penulis dalam satu buku dan kemudian menghasilkan sesuatu yang menyakitkan mata. Saya tidak mengatakan isi tulisan dalam buku-buku tersebut tetapi gaya susunaturnya.

Masuk Barisan adalah contoh paling buruk susunaturnya. Memandang sekali lalu membuatkan mata rabun saya menjadi buta. Untuk apa mengecilkan tulisan demi menjimatkan perbelanjaan jika untuk membacanya pun amat memenatkan? Saya akan baca Masuk Barisan, tetapi apa yang ingin saya nyatakan adalah tiadanya cinta pandang pertama saya terhadap buku tersebut. Mungkin kamu lupa yang persembahan adalah amat penting.

Goblog pula rasanya sesuai untuk mereka-mereka yang jauh lebih muda dari saya dan seperti Jiwa Kacau, ianya tidak menghargai sajak. Kecuali jika sajak yang di masukkan ke buku itu terlalu panjang, tolonglah jangan di potong-potong dan di letakkan di muka-muka yang lain. Sila faham sajak sebagai sebuah lukisan. Mahukah kamu memotong sebuah lukisan dan meletakkannya di merata-rata? Mungkin kamu kreatif dan melakukannya, tetapi saya tidak suka dan saya penting kerana jika kamu lakukannya, saya akan tulis di blog ini.

Saya cuma membaca muka pengenalan Kudeta yang di tulis oleh Raja Boneka dan saya suka tulisnya.

Dan saya rasa sudah sampai masanya orang membeli buku kerana sukakan buku dan tulisan bukan kerana kawan atau kasihan.

ii.

Sudah 3 bulan saya menderitai sakit-sakit dari atas bahu ke siku di dua belah tangan dan setelah di ugut kononnya itu petanda akan di serang sakit jantung, saya beranikan diri berjumpa doktor.

Saya ketawa dengan amat kuat di dalam hospital kerana kata doktor saya menderitai 'wear and tear'. Macam mesin, haus. haha.

Tapi saya akur yang saya semakin tua.


ps: 'menderitai sakit' sengaja di gunakan kerana minta di kasihani oleh penulis-penulis buku diatas.

19 comments:

Pa'chik said...

kalau haus, minum air la pak jones. hikhik

wan said...

i) belum baca..tidak boleh komen.

ii) kasihan..doktor cakap, mencegah lebih baik dari merawat. :D

areyoung said...

Anda kelakarlah. Macam bapa saya!

kalamutiara said...

aj minta dikasihani selepas menikam org ha ha ha... jgn berlama2 lagi la aj. bukukan sajak anda dan menjadi anak melayu pertama kaya dengan menjual buku sajak!

dugongsenyum said...

Orait, komen dibaca dan diambil kira. Terima kasih.

P/s : Kasut saya haus. Dia nak minum sirap limau.

abdullahjones said...

bukan tikam kalam, sayang.
kata naga dan rimau dalam akhbar, mahu mertabatkan blog, jadi mulakanlah dengan persembahan.

jebatsari said...

alamak, saya lupa apa nak tulis. next time la.

sinaganaga said...

Jones,
Aku beritahu Tok Limau, "Bukan susah nak terbitkan buku dan bukan senang (juga) nak terbitkan buku!" Selepas itu kami ketawa tak bersungguh.

Vovin? Dia cuma diam dan minum teh o panas.

Dan, tepat jam satu setengah pagi - Spyz hantar aku balik rumah. Sebelum turun dari kereta, aku beritahu Spyz, "Bukan senang nak terbitkan buku dan bukan susah (juga) nak terbitkan buku!"

Spyz kata, "Oooooo..."

spyz said...

Ooooo...

yang lebih susah ialah,
nak JUAL buku...

Sayuti said...

i. prebiu yang menarik. mungkin akan dibeli selepas ini, jika keinginan untuk membaca buku kembali membuak2.

ii. haus dari atas bahu ke siku tak apa lagi. jangan haus dari atas pusat hingga ke lutut. itu lain. lebih bahaya.

tuan tanah said...

Saya berasa kasihan dengan Jones.
Betul.

sinaganaga said...

Kau jangan malas makan ubat tu!

gitartong said...

setuju dengan spyz. haha!
terima kasih letak lagu tolol tu.

blackpurple said...

Buku-buku itu masih belum sampai ke tangan. Dalam perjalanan agaknya.

Suka baca kulit belakang buku saja...

Ah... lagu TOLol itu pun ada di sini....

sya said...

Tuan AJ

Salam Aidil Adha

ony said...

tak taulah ya,bagai digelitik lucu
saja membaca yang ini.hhmmm.santai menyentuh:))

Pegawai Khalwat said...

Buku?

Apa tu?

Pegawai Khalwat said...

Buku?

Apa tu?

Dhani said...

baru aku tau. sajak mcm lukisan rupanya. takdek orang bitau aku pun sebelum ni.