Semasa di Malaya, seorang kawan yang rapat,warak dan berani bertanya kepada saya dengan amat bengisnya,'mu minung arok?' hanya kerana terlihat akan perut saya sedikit (banyak sebenarnya) besar dari kali terakhir saya di Malaya.
Begitulah kita, mudah membuat konklusi. Jika ada kawan kita yang baru bergiat dalam partai politik yang memerintah dan tidak semena-mena menjadi terlalu kaya, kita menuduh mereka korup. Asal bergambar dekat-dekat, khalwat. Bila ada polis trafik yang membuat sekatan jalan di tempat-tempat sunyi, kita menuduh mereka mencari duit kopi untuk membeli makan dan pakai anak isteri.
Tidak seperti ahli partai politik yang memerintah dan ketua para polis, saya cuma senyum dan mendiamkan diri sebagai menjawab pertanyaan kawan yang mengasihi saya itu.
ps: Pada yang bertanya apa hadiah saya kepada anak yang mendapat 5A, saya hadiahkan basikal baru kerana harga membaiki basikal lama dengan basikal baru hanya berselisih beberapa ringgit. Saya belikan basikal yang rimnya berlidi banyak dan tayar sedikit besar dari biasa.'Suka?' saya tanya dia, 'mmmm' jawab dia.(hahahahah, best ada anak)
Friday, December 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
memang bagus kalau ada anak.kan
manusia memang suka membuat tekaan, kerana hidup ini pun memang penuh misteri.
p/s: ada satu gambar dekat² yang heboh kat DUN di sebuah negeri di Melaya yang jauh lebih maju dari Melaya itu sendiri.
Bukankah kita hidup di dunia ini untuk bersangka buruk, Jones?
hoho.
encik jones buncit ya?
hoho.
Kawan rapat AJ cuma bertanya aje, AJ yg membuat konklusi...hehheh!
Tahniah! utk anaknya yg mendapat keputusan 5A..pandai anak mak! err, anak mak ke anak bapak?
Anaknya mcm tak suka hadiah basikal tu. *saya membuat tekaan*:D
"Perut boroi adalah suatu simbol kemakmuran."- Anony
P/s: Tahniah anak dapat 5A. Konklusi saya -basikal tu BMX.
perut tu mahkota lelaki
hahahaha! boroi! hahaha!
Kalau berdiri tegak masih nampak lagi kuku kaki belum dikira 'boroi' lagi...hehehe
Hi people
I do not know what to give for Christmas of the to friends, advise something ....
nasib baik 'mu minung arok?', bukan 'tino mano hok bunting ke mu?'.
agaknya anony3:16(mcm stone cold pulak) tu kawan en jones si spencer.
Tentang menjawab soalan, perlu belajar dari seorang pelaut yang pernah merentas lautan yang luas.
Dia akan tanya balik, "Bapak awak pernah ke bertanya begitu?"
bir belly? atau kurang exercise AJ? ha ha
mmmm.. anak sukalah tu.
Hello. Good day
Who listens to what music?
I Love songs Justin Timberlake and Paris Hilton
tak baik buruk sangka kan??
hahah..
Berbalik kepada soalan..
Mu minong arok?
P/s - Comment AJ kena spam? Wow..
aj, peel org melayu macam tu laa..kalo peel org melayu islam buruk sangka tu..berdosaa
p/s. umpama makan taik sendiri..geh...geh...gehh
Post a Comment