Mulanya saya mahu meletakkan gambar anak saya yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang lepas di sini, tetapi saya teringat yang saya tidak pandai meletakkan gambar dan yang pentingnya saya belum beranak. Jadi tidaklah dapat saya berbangga-bangga mengenai itu.
Kemudian dari itu, alangkah terperanjatnya saya bila Amir Mukriz bertanyakan samada saya meminati kumpulan Goo Goo Dolls atau tidak. Bayangkan, pemuda ayu yang selama ini menggagumi nyanyian Now See Heart dan In-Team bertanyakan tentang Goo Goo Dolls! Menakutkan.
Hidup ini memang penuh dengan angan-angan dan kejutan yang mengerikan.
p/s: Iklan tidak berbayar disisi itu adalah ikhsan Amir 'Rabbani' Mukriz. Dia yang tolong letakkan di situ. Terima kasih Mir.
Tuesday, November 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
tahniah utk anak yang encik jones tak wujud tu karena dapat 5A dalam UPSR ya.
wahh, gya ga ga!
encik jones, encik jones... (sambil geleng-geleng kepala)
tanah, jones memang macam tu. saya dah lali dah :)
Mamang AJ, belum berumahtangga ya?..Oops, no title, sorry AJ!
AJ you are so funny.:)) Saya suka lagu Goo Goo Dolls - Iris dan Here is gone, album baru belum dengar lagik. Menakutkan juga ke? :p
poorah..lelaki memang tak beranak.
amir minat lagu rap juga. dalam kereta dia banyak CD lagu rap. silalah terkejut, aku sudah :)
Jones,
Sejak berorbitkan Sindiket Sol-Jah - Amir dah berubah! Ganas!
Tuan AJ
Pertama kali mendengar istilah pemuda 'Ayu'
Encik Jones, ya dunia ini memang penuh dengan kejutan! Terimalah seadanya. Erk.. CD tu yang cetak rompak ada tak?
haha!
Encik Tapai .. nak berapa salinan CD cetak rompak? ... beli dari saya..
Encik Jones .. kau ni betul kayu , aku cakap 4,000 orang nak beli CD aku, kau tulis 4 orang beli ...lemah betul ilmu hisab kau
aduh! sakit dada...
AJ,
Awok pun nonton bawang puteh, bawang merah? :p
Salam Pak Dollahjones,
Selamat kembali menulis-nulis tentang apa saja. Saya enak saja membacanya, seenak sambal belacan yang cukup perisanya :)
tahniah buat anak imaginary encik tu yek! apa hadiah encik bagi dia?
life is full of suprises! read with heart attack pills ha ha
Hehehe...
Tak apa. Angan-angan itu kan percuma..!
Anak Mr. AJ pun belajar pakai cahaya lilin jugak ka?
Ohh... lupa.... perlu buat anak pakai cahaya lilin dulu.
ko adik beradik ngan dollah joned ke?
Post a Comment