Tuesday, December 05, 2006

baru,

June nanti, larangan merokok di tempat-tempat awam, restoran, tempat kerja dan segala macam tempat yang bermanusia, hatta di taman bunga sekali pun akan berkuatkuasa di sini.

Inilah yang saya benci dengan kerajaan di sini, bila mereka berjanji akan melakukannya, percayalah dengan sesungguh hati kamu yang mereka akan melakukannya. Dan apabila undang-undang itu di kuatkuasakan, ianya adalah untuk semua, raja dan rakyat, ahli politik dan talibarutnya, rakyat biasa dan hamba sahaya.

Di masa-masa beginilah airmata saya akan jatuh, tap,tap,tap. Membasahi tiga dari lima helai janggut saya. Sedih terkenangkan kampung halaman yang sentiasa bertolak-ansur. Alangkah bagusnya jika June nanti saya bisa berada di Malaya. Bolehlah saya merokok sebebas-bebasnya.


ps: 'Apa perkara pertama yang kamu buat tiap kali kembali ke Malaya? Minum teh tarik? Makan nasi lemak?' Tanya kawan di sini. 'Memandu kereta tanpa memakai talipinggan keledar.' jawab saya.

25 comments:

Pa'chik said...

aduss... nampaknya enchek jones kena buat benda yg dia tak suka... isap rokok dalam jamban sambil mencium bau...

sempat lagi berenti isap rokok tu... tak pun cuba mempaip/mencerut

tuan tanah said...

Anisah* tak cakap apa-apa ke Encik Jones tentang undang-undang larangan merokok yang baru ni?

*errr... Anisah kan nama dia? lupa la pulak.

wan said...

Merokok merbahaya untuk kesihatan, sayangi ahli keluarga terutama sekali kanak2 yg menghirup asap rokok itu dan secara tidak langsung, menjadikan mereka passive smoker. Ini boleh, menyebabkan lung cancer, in the long run. Dengan itu larangan tersebut adalah utk kebaikan semua.

AJ boleh cuba berhenti merokok atau merokok di smoking area aje...hehheh!

ps. 'Memandu kereta tanpa memakai talipinggang keledar'...Malaysia Boleh!! ;) Gelihati baca dialog kat atas tu!

dugongsenyum said...

dan naik motorsikal bertiga-tiga haha!

sinaganaga said...

Aku baca, tapi tak tahu nak komen (pulangkan paku buah keras). Ha ha.

Eh, macam mencarut saja bunyi bidalan tu ek.

areyoung said...

Motokar di sana tak ada hon kan?

Indahnya..

Emphbone said...

Bukankah dalam tandas juga ada manusia?

.:HalogamoRa:. said...

AJ, rasa x pyh la nk diingatkan bahawa 2 perkara yg terigin di buat itu merbahaya utk diri sendiri. sayangi diri anda.

*pesanan penaja*

kalamutiara said...

AJ, ada satu lagi yang kamu boleh buat di malaya - hunus keris dan layang2kan di udara.

(nota: catatan ini tidak ada kena mengena dengan yang tak hidup, yang mati dan yang lucah)

ha said...

habis tu nak merokok di mana?

ok, otak saya memang kecil...

airmas said...

Kat Malaya juga kita boleh tengok pemimpin menangis dalam dewan, kat tempat lain setakat bertumbuk jer ...air

Pa'chik said...

baru perasan, enchek jones gembira memandu tanpa memakai talipinggang keledar kerana ini menyelesakan perut kan? kan?

ayambalong said...

mesia ni kan demokrasi wak dol hisap aje la apa2 yg nko nak isap kat memana pong bley...kena cekup bayo je denda bukannya mahe sangat..mahe lagi rega sebulan rokok ( isap cerut lagi stim kan wak dol? )

lelabi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
keladigatai said...

aj., mendiang altantuya merokok ke?

blackpurple said...

Di sini kalau diharamkan pun, tetap akan halal..!

togei said...

aj, kalau boleh nak mandi terjun sungai dari atas pokok berbogel..eii best..kenangan lalu, tapi sungai sekarang nih paras buku lali jek camner nak terjun ek?

gitartong said...

menarik tempat kamu. boleh beri cadangan waktu bilakah yang sesuai untuk saya melawat?

dith said...

AJ-

Undang2 larangan merokok di sini hanya dikuatkuasa agar ada hamballah dapat projek buat poster larangan merokok yg wajib di beli dan di tampal di premis awam. Lepas tu, org nak merokok ke siapa peduli!

p.s. AJ tak singgah Masjid Sg. Panching masa pulang ke Malaya baru ni?

abdullahjones said...

dith: Tidak dan pak imam lama katanya sudah sakit-sakit dan tidak lagi ke masjid. Doankan dia.

gitartong: bila-bila.

togei: betul, kenangan lalu lagu flybaits.

bp: :)

keladigatai: saya tidak tahu.

ayambalog: saya pernah ke mahkamah kerana meroko di tempat di larang dan didenda rm150. seminggu sesudah itu, hakim yang menjatuhkan hukuman di tahan banduan penjara yang kemudiannya mati di tembak oleh datuk zaman khan yang kemudiannya dilantik menjadi ketua para polis malaya.

pa'chik: hahaha.

airmas: kuat sangat politiknya kamu ni.

ha: di tempat tidak di larang.

kalam: sebab tinggal keris sajalah yang melayunya.

halogamora: terima kasih pesanan.

embun: kadang-kadang kosong juga tandas bila tidak ada orang.

yang: ada, cuma jarang digunakan. (saya menjadi gembira bila kamu yg meng(r)omen)

naga:


dugong: hahaha.

tanah: ya, anisah.

adibahabdullah said...

salam,
pak AJ kt mana di UK? kepingin mau cari, mau ketemu insan seterkenal dan sehensem pak AJ.
meow~

semut said...

kau merokok? cap dua singa? cap gudang garam? cap pokok? cap unta? cap,cap,cap,cap ajinomoto?

fakhrul ali ibnu al-fuadi said...

encik AJ.. rokok sebatang..

wan said...

huh!..u skipped me AJ..big mistake..really big mistake. Konklusi saya, AJ tidak boleh terima komentar saya. Jangan marah2 nanti lagi cepat tua!

Ok la, saya nak pi sarapan nasi rawan, lauknya..kuah kicap daging tetelan masak dgn buah keluak, sambal sotong (sotong kering), serunding kelapa, paru goreng, sambal goreng dan sambal belacan..hmm sedapnya..jemput makan AJ, saya makan dulu dah lapar beno:) Lepas ni nak makan tau hwey(bean curd) lak dah lama tak makan...toodelu!

abdullahjones said...

tak perasan wan. :)