Friday, July 14, 2006

yenki

Dulu, semasa zaman samar-samar Islam Melayu Malaya yakni selepas zaman gelap Islam Melayu Malaya (sekarang ini zaman cerah cuma kita suka pejamkan mata), jika berlaku sebarang kecurian, maka orang kena curi akan melapurkan perkara itu ke masjid atau surau.

Tuan Iman akan segera faham apa yang perlu dilakukannya. Sesudah sembahyang Isya, para jemaah akan dijemput untuk melakukan sembahyang hajat. Selang dua tiga hari kemudian, akan adalah lelaki yang busung perutnya.

Di kampung saya ada seorang lelaki yang sehingga hari ini hanya memakai, saya kata memakai tetapi sebenarnya dia hanya memegang kain pelikat dengan tangan dijarakkan. Dia bergerak ditengah-tengah kain pelikat itu. Katanya ini adalah akibat dari sembahyang hajat orang kampung yang mahukan orang yang mencuri kepanasan.

Adalah malang apabila diberikan peluang untuk meminta sesuatu, kita gunakan peluang itu untuk menganiaya.

(Kita biasanya menjadikan orang yang kena doa itu sebagai iktibar. "Tengok tu, kuat sangat mencuri, kan dah busung" kata kita. Kita lupa untuk mengambil iktibar dari doa keburukkan yang kita buat)

Benar, Tuhan mengabulkan permintaan orang yang teraniaya. Tetapi cubalah mendoakan kebaikkan kepada orang yang berbuat jahat kepada kita. Cuba bayangkan kekesalan seorang yang melakukan kejahatan setelah menjadi baik.

Sakit memang sakit apabila dianiaya, cuma fikirkan pula kesedihan yang menimpa keluarga orang yang kena doa.

Jika masih tidak mampu untuk mendoakan kebaikkan kepada mereka, doakan sahaja anak-anak mereka supaya membesar menjadi penyanyi atau pelakon. Atau jika mahu, doakan anak kamu sendiri jadi begitu. Saya tahu kamu suka.


p/s: Saya merasa deja vu. Seperti pernah menulis perkara di atas. Jika pernah, maafkan saya. Cuma saya merasa perlu menulis perkara ini. Lagi pun apa salahnya, kerajaan Malaya satu ketika dulu giat mempromosi kitar semula. Ini sumbangan saya. Saya suka Malaya.

2. Farewell Syd.

20 comments:

Anonymous said...

orang begitu yg mengampunkan orang buat jahat padanya, orang itu hati MULIA. kerna ramai orang yang baik hati, tapi jarang mulia hati. kalau jumpa, anda sungguh bertuah.

Literature Sushi said...

doakan yg baik-baik je dah le...
merasa deja vu tak pe sdr. AJ, jangan 'merasa' deja moss sudah laaa... he..he..

Anonymous said...

ya aj. bacakan al-fatihah sahaja.

Ku Keng said...

Bro, kami pangkah buah-buah dengan kapor. Atau gantungkan penutup tin dengan tanda pangkah pada pokok.

Siapa curi akan busung. Haha. Begitulah kepercayaan simplistik budak-budak.

sinaganaga said...

Jones,
Ben kata, kita kena raikan kematian Syd, kita kena main lagu2 Syd selama 3 hari 3 malam.
Aku beritahu Ben, alahai, aku tak ada album PF Syd, aku cuma ada album PF Gilmour. Macam mana nak rai?

Anonymous said...

Jones,

Dulu(sekitar tahun 80an) ada disiar di akhbar(utusan mesia), penduduk satu kampung letak di Selatan Malaya. Mereka mendakwa termakan jagung yang beracun, mereka dari 4 buah keluarga masuk spital sebab muntah2 dan cirit birit.hasil pemeriksaan Dr. melapurkan mereka termakan jagung beracun! Mereka membuat lapuran polis dan kuar surat kabar(siap ngan gambo orang yang termakan jagung tuh)ishk! Melayu lak tu...mereka dakwa jagung di ladang yang berhampiran beracun.

Beberapa hari lepas tu, siar pulak citer tokeh ladang(elemekk! Apek jagung buat lapuran jagungnya asyik hilang dicurik orang. Dan sebelum lapuran di atas keluar tokeh ladang jagung ada buat lapuran polis yang jagung diladangnya asyik lesap, dan dia menyatakan jagung diladangnya itu hanya dieksport ke Jepun melalui Singapore! Dakwaan disertakan dengan bukti-resit dsb.

Berfikir sebentar, jangan buat spekulasi kerana itu hal titik bengit.

ontahsapo said...

yer tak yer...!

Airmas sz said...

Jones, sebagai menyambut saranan kamu, maka saya dengan ini mendoakan kesejahteraan tuan, walaupun kamu telah memfitnah saya sebagai huduh dan kepelbagainya ... saya sedar apalah ada pada diri saya yang hensem kalau tak ada kawan-kawan yang cemburu... Jones , matlamat hidup saya bukanlah hendak menjadi penyanyi malah untuk menjadi seorang yang hensem itu pun adalah anugerah yang tidak dapat saya tolak ... namun percayalah saya sentiasa mendoakan kehenseman kamu menjadi nyata ... dan saya tak peduli dengan bonggol kamu ...

Anonymous said...

deja vu.
ikhlas pun dah yang terbaik.

you know you are all right
=nirvana=

Obefiend Weiland said...

bak kat aorang putih london pak AJ

to err us human but to forgive is divine.

mmg susah. bolehkah orang islam memaafkan orang zionis yang mengebom saudara kita dia palestin dan lebnon

kalau boleh maaaf bagus. aman dunia. tapi sekarang main you letup me i letup u back

an eye for an eye makes the world blind

tak begitu pakcik?

Rie said...

tok Aj sungguh berkat penulisan kamu

f00 said...

saya, sudah terlalu banyak baca baca yang hebat. tak guna juga tanpa fikir fikir dan buat. moga saya diberi kekuatan dari Tuhan. =)

zizie ali said...

ada dua jenis buncit yg amat ditakuti. Pertama, busung. Kedua, bunting (sebelum nikah)

asraary said...

:)

blackpurple @ jowopinter said...

Sekarang ni pun ramai yang busung... Tak percaya cuba tengok di kelab2 golf..kelab2 dangdut...malah di parlimen juga.....

Anonymous said...

Obe! saya hadir tau. ^_^

Jannah said...

Ada sorang penulis tu kata, manusia tidak dapat lari dari keinginan untuk melihat orang disekeliling merana. Jika lagi teruk penderitaan itu, lagi gumbira rasa di hati dan jiwa. Terutama jika orang itu rakan karib/blogger termasyur/jiran tetangga/etc

Tapi pada pendapat saya sendiri, hati kita ni baik sebenar-benarnya. Keadaan hidup memaksa kita jadi jahat/buruk sangka/dengki pada orang lain.

Jadi terpulang la kan.

Kata dah besar.

Sayuti said...

encik abdullahjones,
kita doakan anak2 mereka jadi menteri kerja raya. takpon jadi guru besar. ataupon jadi kacak macam encik. boleh?

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Videocam pc camera microsoft it training course Dodge caravan vin Club nude dancing Order tadalafil prescript online hp unix training online payment About adult movie sex videos streaming extra Hair loss be caused by stress Iris business card scanner reviews what is ativan Friends tv show aniston http://www.selltimeshare6.info Evista premenopausal