Membeli barangan yang mahal dan berjenama untuk anak-anak tidak salah. Mungkin itu cara kamu menunjukkan kasih sayang dan kamu mampu, jadi tidak ada apa yang menghalang kamu melakukannya. Semua kita mahukan yang terbaik untuk anak. Jika kamu boleh bertanya kepada kambing sekalipun, dia (haha) akan mengatakan yang dia (haha) mahu memberikan pucuk muda (haha) kepada anaknya.
Yang menjadi kesalahan adalah menceritakan kepada anak akan mahalnya barangan yang kamu berikan kepada mereka. Kamu bermegah-megah dengan anak. Alangkah bodohnya.
Apabila kamu menceritakan betapa mahalnya barangan yang kamu belikan untuk mereka, kamu menanamkan satu cara hidup kepadanya.
Kamu telah mengajarnya untuk berhenti berfikir.
Bebaskanlah anak-anak kamu. Izinkan dia menjadi manusia yang berfikir. Hentikanlah budaya membodohkan diri sendiri.
Oh! Satu cerita yang tidak ada kena mengenak dengan cerita di atas. Seorang bapa, setelah selesai majlis graduasi anaknya, setelah mereka tiba di rumah telah menghulurkan sejumlah resit kepada anak tadi sambil berkata, " Ayah bukan mahu meminta wang dari kamu, tapi inilah semua resit perbelanjaan membesarkan kamu, dari kamu lahir sehinggalah kamu habis belajar."
Ini kisah benar dan saya tidak tahu samada mahu ketawa atau menangis apabila mendengar cerita ini.
Saya tahu kamu mentertawakan saya kerana menulis tentang anak dan saya tidak peduli.
p/s: Wan, obe itu panggilan orang mana?
Tuesday, July 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
saya masih terselamat barangkali kerana belum ber'anak'. Awal sungguh saya tiba!
Obe! panggilan orang Bawean.
pakcik = obe(e diatas ada slash)
makcik = bibik
datuk & nenek = wa
moyang = ujuk
tapi saya orang melayu..heeheehee!
Mengenai n3 ini, pada pendapat saya, ibubapa cakap begitu untuk memberitahu tahu betapa mereka sayangkan anak2 nya tapi mengharapkan balasan, itu terpulang pada individu. :)
terasa yang pembelian pakaian semua tuh hanya menyusahkan mak bapak.
anak jadi susah hati dan rasa rendah diri.
anak berfikir yang dia hanya jadi beban kepada mak bapak dia.
akhirnya semua yang anak buat hanya utk membalas budi(harga pakaian etc.) tanpa ada rasa kasih dan rasa sayang...
tapi bila dah besar nih,dan melihat kembali keadaan keluarga pada masa tuh...
baju mahal = pengorbanan ibu bapa.
:)
Jones,
Kau tempelak Datuk K ye? Ha ha.
a good lesson
dari kaunter info:
dalam masyarakat Bawean (di Malaysia lebih mudah disebut orang Boyan), obe' adalah panggilan untuk pakcik atau makcik (bapa saudara/emak saudara) yang lebih tua daripada ibu bapa kita.
contoh:
masyarakat Melayu:
Pak Long Rawi/ Mak Long Senah (bapa/mak saudara yang lebih tua dari bapa/mak kita)
orang Boyan:
Obe' Wi (singkatan nama Rawi, antara nama popular orang Boyan Malaysia)/Obe' Yen.
wassalam,
orang Boyan yang makin lupa asal usul,
ea
kenapa kena tanya pada kambing? dia (haha) sendiri mahu pucuk muda (haha) untuk dirinya sendiri. cuma tak kesampaian.
Patutnya anak sedara kambing yg dapat pucuk muda, tapi bapak kambing dah chop dulu, sian pucuk muda... he..he..
Mak ayah bagitau betapa mahalnya baju yg dibeli itu supaya anaknya tahu menghargainya. Tak de la anak nya kotorkan baju itu dengan bermain di dalam longkang atau berguling dalam tong sampah.. he..he..
nampak seperti tujuan memberi resit itu supaya anak menghargai ilmu yang dipelajarinya, kot la? (tak tahu cerita penuh, maka itu andaian).
kena buat resit setiap kali makan berjemaah dirumah..
Ayah tu kejam sungguh.
Tapi kalau tak buat macam tu nanti si anak lupa diri. Tak bagi family duit tiap-tiap bulan.
and then the mother would start bebel-bebel non stop and the ayah tertekan.
Tapi ni mesti kes terikut iklan raya petronas dulu-dulu, late 90's.
upah beranak:800
Pampers:300
Harga menjaga anak: tidak ternilai
Pakaian anak dah mahal nak beli yang mahal lagi? Ohh.. aku lupa... orang itu mampu.
Oshkosh Biggosh harga satu pasang baju seluar untuk anak 1 tahun ialah RM 120.00.
Tapi kadang-kadang bukan bapa (atau ibu) yang mengajar anak tentang kemahalan dan kemegahan.
Rakan-rakan di tadika atau sekolah yang akan mengajar. Lalu nama dan lambang pakaian akan jadi ukuran.
Pss... maka belikanlah baju di Chow Kit, Petaling Street, Lorong Kulit, Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar yang ada rupa pakaian berjenama. Depa tak tau punya.
part paling lawak bila si bapak bagi resit(ha haha)
lagu la obe nyanyian kassim selamat (penyanyi 60an) adalah bahasa boyan?
apa lirik penuh dan makna dia sekali ye?
What a great site Lexus power steering pump leak recall ls400 michigan aau basketball tournament Atlanta rhinoplasty orange county nose surgery nose cosmetic longwood dental insurance long beach state mens basketball player archives prom dresses Basketball camps st paul buy 1509 hair loss http://www.basketball-17.info/Ohio-boys-basketball-league.html
Post a Comment