Dulu.
Abu tidak pernah menyanyi. Walau pun masa konsert akhir tahun di ITM dulu dia pernah bermain harmonika di atas pentas, dia tidak pernah menyanyi. Walau dia gilakan musik, dia tidak pernah menyanyi. Bercakap pun dia tidak berapa rajin ini pula menyanyi. Yang rajin menyanyi si Lan. Sampai hari ini masih bernyanyi. Pakai kopiah, tapi terus menyanyi. Lan perasan Sting. (hahaha) Dia Geng Hell's Engine.
kring! kring!
Abu : Ada mana?
Jones : Rumah.
Abu : Aku datang.
Jones : Ok.
hon! hon!
Jones : Nak pi mana?
Abu : Minum.
Dalam kereta.
Abu : (Bernyanyi) "benarkahhhhh. tiada bagikuuuu. ruang di hatimu. untukku bertapak. (hingga habis lagu)
Jones : (Diam dan terfikir, "buang tebiat ke?")
Di kedai makan.
Budak pelayan yang pakai baju merah nampak alur dada : Minum?
Abu : Nescafe o beng dua.
Budak pelayan yang pakai baju merah nampak alur dada : Makan?
Abu : Dak.
Abu : Aku putus tunang.
Jones : Aikk? Baru semalam tunang hari ni dah putus?
Abu : A ah.
Jones : Kenapa?
Abu : Kakak aku tak suka, dia kata gigi budak tu tak lawa.
Jones : Laaaaa..
Penerangan:
Setelah tamat ITM, Abu terjumpa Tuhan. Dia lalu mengembara ke Timur Tengah untuk beberapa tahun sebelum pulang ke Malaya sehari sebelum meletusnya Perang Teluk yang pertama.
Jones : Apsal balik?
Abu : Kerajaan bagi tiket.
Bekas tunang Abu bernikah dengan salah seorang rakan kami. Mereka, bekas tunang Abu dan suaminya, berserta tiga anak telah terbunuh dalam satu kemalangan jalanraya sehari sebelum pilihanraya selepas Anwar di buang. Al-Fatehah untu mereka.
Abu kini mempunyai lima atau enam anak, saya terlupa dan salah seorang anaknya bernama Sarah.
Kakak Abu Misi klinik gigi, jadi dia tahu.
Setiap Khamis malam Jumaat, Lan akan naik pentas di sebuah rumah makan Melayu yang menyediakan masakan Inggeris. Saya lupa nama tempatnya tetapi antara pelanggan tetap rumah makan itu ialah penyanyi Salmiah Hassan. Yang saya ingat rumah makan tersebut di buat ala rumah Melayu, dengan atap nipah dan kayu-kayan. Lan percaya Salmiah Hassan datang hanya untuk mendengar dia bernyanyi. (hahaha) Lan masih bernyanyi di situ hingga hari ini. Dia juga pernah cuba menulis buku tentang kisah hidup kami. Saya rasa buku itu tidak di terbitkan atau mungkin tidak siap di tulisnya.. Dia masih memakai kopiah. Sambil menyanyi.
Budak pelayan yang pakai baju merah nampak alur dada itu lelaki.
Thursday, July 20, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
Abu dah lima atau enam anak. Anda pula berapa?
>>
Budak pelayan yang pakai baju merah nampak alur dada itu lelaki.
HA HA. Lawak sungguh muNG, enche Jones!
ayat terakhir membunuh fantasi kami yang bukan-bukan akak akak akak akak akak...
You are mocking someone, rite?
So, what is the moral of the story..again? :))
Hummm....
Aku tak tahu nak cerna yang mana satu.
Ini kisah benar.
Kalau buat kira-kira Pak Jones in his early 40's.
Oh gitu.
Biarkan budak pelayan lelaki nampak alur dada itu, moral of the story is singing keeps the blues away.
Sekian.
lelaki...? cesss...
Mungkin AJ cuma bernostalgia...
lihat jones ...lihatlah ... aku hampir tak percaya ...bila kau kata lelaki ... tandus ilham aku..
teringat kat entri saya
http://delimasakti.blogspot.com/2005/05/drama-sebabak-bukti-kewanitaanmu.html
haha. tapi sampai sekarang tak tau lelaki (sejati) atau perempuan(tulen).
Wah , wah , sikit demi sikit dah boleh agak siapa AJ ini. Unmurnya dah lebih 48 tahun. Salmiah hassan - cerita Rin Tin Tin , ITM ,bla bla bla menggambarkan AJ bukannya masih muda tapi sudah hampir senja , hehehe
entah apa-apa tulisan ini. bereksperimen lagi agaknya..
assalamu'alaikum
Memang mula2 baca ingat budak pelayan tu perempuan.. maka terbuktilah lagi sekali bahawa manusia suka melompat kepada kesimpulan tanpa mengambil kira semua faktor. Berpandukan persepsi awal dan merujuk kepada pengalaman yang selalu-selalu ditemui.
Ada orang ingat AJ muda ke? Saye mula2 baca lagi dah terasa macam bace kritikan sosial orang yang sebaya fasilitator BTN saye empat tahun lepas. Pak Adam, bukan Abang Adam.
dah lama tak menjenguk blog jones ni.
okay, itu saja komen saya pada hari ini. :)
Cuma orang yg tak normal sahaja tidak menganggap pelayan nampak alur dada itu perempuan... sebab pelayan lelaki gemuk takkan tunjukkan alurnya kepada umum.
Jannah,
Jones = lewat 47. Sama baya dengan Datuk K. Berbini muda gak kan? Ha ha.
Lan rambai ,
orang lelaki normal akan nampak pelayan alur dada tu perempuan ,
orang lelaki tak normal akan nampak pelayan alur dada tu lelaki, ini kuasa magnet semulajadi, kalau lelaki suka lelaki ini tidak normal , lainlah kalau gay itu normal hahahaha ....saya lebih suka kalau pelayan alur dada itu perempuan ... sebab saya normal ... lelaki yang suka perempuan. ...kalau saya nampak pelayan alur dada itu lelaki ini sudah tidak normal ...saya tak berminat dengan alur dada seorang lelaki ... buang karan jer
pelik sungguh cerita ini.
dulu, tepok dada tanya selera.
waktu tu, agaknya tengok dada hilang selera!
hahaha, aj.
hahahahha..ingatkan nampak alur dada tu perempuan..kekeke
menyanyi berkopiah? mungkin sesungkup kepala aje tu.
Sinaganaga,
Datuk K misai lebat, lantas bisa dapat orang muda.
AJ tak bermisai, jadi bisa dapat yang lebih muda :)
ah!! potong stim! ahahhaha
What a great site
Culinary schools in new hampshire Smart popup blocker crack pop up blocker University of south florida womens basketball Adware ezula block pop up ad sales+management+training Nissan parts umax ppc
Keep up the good work http://www.covertisuzu.info/levitra_vardenafil_hcl.html tiny with big anal Ukraine continential airlines cheap london theater ticket Reason for neck acne Dealer florida hummer
Best regards from NY! Womens soccer calendar http://www.bontril-5.info Reviews on best drugstore face moisturizers Pamela anderson lee xxx paxil mp3 player Sperling p 150 projectors stop smoking http://www.paintingappliances.info
Post a Comment