Sunday, July 23, 2006

hingga ke

Apabila kamu selesai membasuh pakaian dan jika mesin basuh kamu tidak mempunyai alat pengering maka kamu perlu menjemur pakaian tersebut.

Dan jika hari itu adalah hari yang mendung maka pakaian yang kamu sidai itu akan kekal tidak kering. Dalam perkataan lain, pakai itu akan menjadi seperti kamu semua, lembab.

Mari saya ceritakan kembali cerita di bawah supaya kamu faham:

Saya ada kawan, namanya Abu. Abu tidak pernah menyanyi. Walau bagaimana pun, dia pernah bermain harmonika diatas pentas semasa dia di ITM dulu. Yang suka bernyanyi adalah kawan saya yang satu lagi, Lan. Abu pendiam.

Satu hari Abu menalipon saya dan bertanya saya di mana. Walaupun ketika itu masih belum ada talipon bimbit dan Abu sepatutnya wajip tahu yang saya memang ada di rumah ketika itu kerana saya yang menjawab panggilan talipon tersebut, pertanyaan begitu adalah biasa seperti jiran kamu yang setiap pagi bertanya 'pi kerja ke?'.

Dia kata dia akan datang kerumah saya. Saya kata ok.

Tidak berapa lama terdengar bunyi hon di luar rumah. Hon kereta. Abu ada kereta.Abu sudah sampai. Saya tanya kita nak kemana? Dia kata pergi minum. Kami ke restoren untuk minum. Bukan kerana rumah saya tidak ada minuman tetapi kerana kami mahu minum di restoren.

Di dalam kereta Abu yang tidak pernah bernyanyi itu bernyanyi. Lagu Keronchong Untuk Ana dari kumpulan terkenal Kembara. Kumpulan yang di anggotai oleh M.Nasir, A.Ali dan S. Sahlan. A.Ali dan S.Sahlan kemudiannya meninggalkan kumpulan Kembara. M.Nasir meneruskan kumpulan Kembara buat sementara waktu dengan anggota yang saya tidak tahu namanya. Kemudian M.Nasir pula meninggalkan kumpulan Kembara dan kumpulan Kembara di bubarkan. M.Nasir kini adalah seorang penyanyi yang sangat terkenal. Selain menyanyi, M.Nasir juga mengarah filim dan berlakon. Pengarahan filimnya ok sahaja. Lakonannya tidak akan mencederakan peluang Rosyam Nor yntuk menang apa-apa anugerah lakon.

Walau pun didalam tulisan lepas tiada langsung cerita mengenai M.Nasir, saya sengaja menulis mengenainya untuk memancing peminat beliau supaya kemari.

Sampai di kedai makan, seorang budak pelayan yang memakai baju merah dengan butang terbuka sehingga ternampak alur dadanya bertanya apa minuman yang mahu kami pesan. Abu memesan Nescafe o ais untuk kami berdua. Dia tahu itulah minuman yang akan saya pesan kerana dia selalu minum bersama saya. Perhatikan, budak pelayan ini cerdik kerana dia tidak bertanya samada saya dan Abu mahu minum atau tidak tetapi apa yang saya dan Abu mahu minum. Kemudian budak pelayan yang memakai baru merah dengan butang terbuka sehingga ternampak alur dadanya itu membuktikan lagi kecerdikkan dengan bertanya samada kami mahu makan atau tidak. Bukannya apa makanan yang mahu kami pesan. Abu mengatakan kami tidak mahu memesan apa-apa makanan.

Semasa duduk minum, Abu memberitahu saya yang dia putus tunang. Jika kami perasan, dia baru semalam bertunang. Saya terkejut dan bertanya kenapa. Abu memberitahu saya yang kakaknya (yang bertugas sebagai jururawat klinik gigi) tidak sukakan gigi bekas tunangnya itu. Sebagai adik dan anak yang baik, walaupun sedih, Abu mengikut sahaja kata kakaknya itu.

Habis cerita.

Kemudian saya memberi sedikit penerangan mengenai Abu. Abu mula mengenali agama dan amalannya lama setelah tamat belajar dan dia mengambil keputusan untuk belajar lebih lanjut mengenai agama di negara Timur Tengah. Dia berada disana untuk beberapa tahun. Mulanya di Mesir kemudianya ke Jordan (ini saya tidak tulis, jadi saya faham jika kamu tidak tahu).

Semasa berada di Jordan, Perang Teluk yang Pertama meletus dan kerajaan Malaya menawarkan tiket percuma kepada para pelajar yang mahu kembali. Abu menerima pelawaan tersebut.

Kemudian lagi, saya menceritakan sedikit mengenai Lan. Dia masih menyanyi di sebuah restoren Melayu yang menyediakan masakan Inggeris. Restoren ini di bina dengan ciri-ciri senibina rumah Melayu lama iaitu dengan atap nipah sebagai atap dan kayu-kayan sebagai dinding dan lantai dan tiangnya. Saya memberitahu kamu saya tidak ingat nama restoren berkenaan. Ini maklumat baru, saya baru teringat yang di hadapan restoren tersebut ada tempat mencucui kereta waktu malam.

Salmiah Hassan suka makan di situ. Sekarang, bukan zaman dulu.

Bekas tunang Abu bernikah dengan salah seorang rakan kami yang tidak saya sebutkan namanya. Mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya sehari sebelum pilihanraya selepas Anwar di buang. Pilihanraya dimana PAS menang Kelantan dan Terengganu. Turut meninggal didalam kemalangan tersebut ialah 3 anak mereka. Dan sekali lagi saya meminta kamu membaca af-Fatehah untuk mereka.

Ya, budak pelayan berbaju merah dengan butang terbuka sehingga ternampak alur dada itu lelaki.

Dan ya juga, tekaan kamu semua betul, saya berumur 25 tahun. Macam tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun mendatang.



p/s: Peminat Laura (Little House on the Prairie) dan memiliki kacamata yang sama dengan John Boy (The Waltons) sepatutnya tertulis di bawah nama saya di atas sana. Tetapi tidak mungkin kerana blogspot menghadapi masalah.

24 comments:

mba2u said...

Dan.... akulah orang pertama itu yg berjaya menconteng di laman komen AJ ini. Tak ada apa nak komen (belum baca - lepas ni baru nak baca).

AJ: Kamu banyak buat kesalahan ejaan BM dalam bab "di" dan "ke", iaitu mengenai hukum rapat dan jauh. Petuanya senang saja, JIka perkataan itu adalah perbuatan (verb) ia hendaklah dirapatkan, misalnya dimakan, ditipu, ditulis dll. Selain dari itu semuanya dipisahkan (bukan di pisahkan). Ch. di atas, di sana, di suatu dll.

he he he saja nak tunjuk pandai ;-)
Orang No.1 lah katakan!

Anonymous said...

Okeh, okeh aku faham.

Abu nak perkenalkan tunang barunya yang nampak alur dada. Lan membasuh keretanya di tempat cuci kereta Salmiah Hasan. Kakak Abu tak suka gigi Lan. Bekas tunang Abu meninggal sebelum dapat merayakan hari jadi kamu yang ke 25. Kamu juga dikenali sebagai John Boy? Hah, ini sudah mengarut.

Anonymous said...

"Ya, budak pelayan berbaju merah dengan butang terbuka sehingga ternampak alur dada itu lelaki."

Jones, saya tau umur ko 25 tahun. Tapi yang saya musykil sekarang, jantina ko apa? Lelaki ke pompuan? Atau barangkali, saya tak perlu persoalkan jantina - tapi seksualiti? Opppss!

Tahap obsesi ko pada alur dada lelaki berbaju merah itu (seperti yang tergambar dalam catatan ini) sungguh mencurigakan naluri intelekku!

Ha ha ha ha! (Jangan marah.. ampun!). Tapi ya.. saya ingat Laura dari LHOTP. Nostalgik.. nostalgik!

zakzak said...

rasanya lagi suka version sebelum ni yang memerlukan skill penulisan yang mantap.

:)

Anonymous said...

MBA

Kalau perkataan 'pulau' 'di'dan 'ke'nya jauhkah atau rapatkah?

mba2u said...

Anonnymous (anak siapa ni?)

AJ dipulau keluarga
AJ tinggal di pulau
AJ ke pulau mencari air kelapa

Ku Keng said...

Kenapa pula AJ mau dipulau sewaktu beliau ke pulau?

Airmas sz said...

Laura ya... saya masih ingat ,gigi laura tu kedepan sikit, ahahahaha sikit ajer ...bukan gigi bawah , gigi atas , tak la sampai taraf Mr. Os, sikit jer ..

tuan tanah said...

Al Fatihah untuk bekas tunang Abu dan suaminya dan anak-anak mereka. Maaf, saya terlupa membacakannya ketika membaca entri kamu sebelum ini.

Oh, Jones, usia kamu juga konsisten ya?

Anonymous said...

Macam naik roller coaster baca cerita ini...mabuk!

Marah ke?...sampai ulang lagi cerita ni.

Gigi tak cantik, boleh jumpa orthodontist. Muka tak cantik tak boleh buat apa2, nak plastic surgery tak boleh kan.

Little House on the Prairie and The Waltons, sah AJ dalam usia 40an atau 50an.

p.s. stop addressing you Obe cos i've the feeling that you dislike it, right?

mba2u said...

ku keng

AJ dipulau kerana dia suka ke pulau walaupun dia tidak bermastautin di pulau

sinaganaga said...

Jones,
Siapa nama kakak si Laura yang buta tuh? Liz? Lizzy? Lizzerbeth?

Michael London kau tak suka? Ha ha.

adibah abdullah said...

assalamualaikum.

artikel ini kurg menarik, barangkali krn saye terlalu mude remaje, lebih remaje dr AJ, sehingge tidak dpt merasai nostalgia dan nilai estetika yg cube ditampilkan.

saye bimbang. tgh on medication, n 'penyakit' yg melanda semakin baik sejak mengamalkan ubat-ubatan itu. tetapi petang besok saya akan pergi program Biro Tatanegara selame hampir seminggu, di mana ritual perawatan mungkin tidak dapat diamalkan atau sukar diamalkan dengan selesa. selalunya begitulah, baru penyakit hendak sembuh, kena pergi program itu ini, terkejar-kejar dalam peluh dan panas, tidur tidak menentu, penyakit pun datang balik. dengan variasi yang lebih canggih.

kenape saye bercerita begini? saje...meowww...

Jannah said...

Marah ke bang? Nak buat lagu mana lagi, kami orang Malaya cuma paham bahasa kasar disaluti dengan kiasan manis.

What to do. Keep on writing tho. Being in static 25 ain't so bad, aku pun masih 21. haha

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

"Ya, budak pelayan berbaju merah dengan butang terbuka sehingga ternampak alur dada itu lelaki."

hehehe... Dato Jones if tuleh like this all the time, gerentee stim la gays diluar sitew. hehehehe...

Jgn maghah

Pegawai Khalwat said...

LEMBAP!

Seronok juga jadi orang lembap ni sebab ada orang ambil peduli. Kalau pandai orang buat tak tahu je pasal boleh buat kerja sendiri.

Anonymous said...

entah.

Anonymous said...

Entah apalah yang kaumeraban ni.....................

Sayuti said...

encik abdullahjones kecewa sebab fokus pembaca lari kepada naluri seksualiti beliau akibat 'pelayan yang pakai baju merah nampak alur dada'. bukan kepada kisah Abu yang diceritakan dalam bentuk dialog dalam entri terdahulu. maka, dia menulis semua cerita tersebut dalam bentuk rencana.

seolah2 encik abdullahjones ingin menunjukkan senario dunia masa kini. dek kerana satu benda yang luar biasa, fokus akan hilang.

saya merapu.

Literature Sushi said...

Mungkin AJ cuma bernostalgia II...

zizie ali said...

aku amat kesal kerana kau sebut nama m.nasir dalam entri kau kali ini. aku bimbang selepas ini kau akan sebut nama mawi pula.
sekian.terima kasih.

Pegawai Khalwat said...

Ya... betul bak kata Sayuti.

Mr. AJ nak tunjukkan kisah Ct dan Super K serta Dunia Wi dan tunangnya, errr... bekas tunangnya telah mencuri perhatian masyarakat berbanding kisah Lebanon di bom Israel lahanat.

Syabas Sayut!

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

ISRAEL DAH MELAMPAU!!!!!!

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Accutane and severe headache Low cost payday loans Transsexuals fucking hardcore digital recording surveillance video Wheelchair racing clubs C2a0ad adware se Video surveillance products for your security Hung luc late night poker ace United states marketing company guest book email Celexa antid hair+loss+help Home surveillance dvr Boogie nights big penis surveillance cameras dressing rooms Sensor surveillance camera