Wednesday, July 05, 2006

itu

Memang menjadi cita-cita semua Melayu yang tinggal sementara disini untuk memiliki perabut ala rumah Dracula. Mereka mengimpikan kerusi berlapik kulit yang berbutang-butang.

Biarpun nanti semasa berbaring tanpa baju (lelaki) di tengahari yang panas terik di Malaya, kulit badan akan melekat dilapik sofa, mereka akan tetap bercita-cita untuk membawa balik apa juga perabut yang tidak mesra cuaca Malaya itu.

Jangan terkejut jika saya katakan ada Melayu yang mengambil perabut yang dibuang oleh mat salleh. Ingat, ini bukan manusia papa Malaya. Ini manusia cerdik yang ditaja oleh kerajaan untuk datang dan belajar disini.(Dan kamu berbangga apabila terpandang mereka membaca novel cinta remaja)

Begitu juga dengan almari hiasan sudut yang harganya seribu kali lebih mahal dari barangan yang akan menjadi isinya. Nanti di Malaya, almari tersebut akan di isi dengan barangan buatan China yang di beli di Pasaraya Maidin.

Mereka juga gila membeli set pinggan mangkuk yang terlalu mahal tanpa mempedulikan makanan kegemaran mereka adalah nasi dan budu cap woh ttereh. Beli tetap beli.

"Aloh, piring bbunge seterawberi nih bulih isi budu.Hok nih, (mangkok gravy) bulih wat isi budu tamboh. Abih hok dale piring, kita cuoh hok dale mangkuk".

Mereka tidak pernah memikirkan kesesuaian.

Lama dahulu, entah Melayu mana yang ke luar negara dan terpidana melihat permaidani di tandas lalu apabila sedikit mampu mula melakukan perkara yang sama.Mereka lupa yang manusia yang tidak beragama tidak membasuh berak, jadi mereka tidak perlu berbasah-basah didalam tandas maka sesuailah jika mahu berpermaidani didalam tandas. Kamu yang perlukan air untuk membasuh lubang najis menjadi manusia bodoh apabila melakukan perkara yang sama.

Begitu juga jika kamu yang bila pulang nanti hanya bergaji sekitar RM3000 sudah tentu tidak akan mampu untuk melengkap seluruh rumah kamu dengan penyaman udara. Maka set sofa dari kulit yang berbutang kilat ditepi adalah tidak sesuai. Panas.

Set pinggan mangkuk yang terlalu mahal itu juga tidak sesuai, pertama kerana kamu hanya akan menggunakannya apabila ada tetamu datang kerumah dan kamu adalah manusia yang paling kedekut untuk menjemput (tanpa sebab) jiran atau siapa sahaja datang makan kerumah kamu.

Kedua, tergamakkah kamu menggunakan pinggan mangkuk yang terlalu mahal itu untuk menjamu tetamu yang datang kekenduri arwah emak atau bapak kamu?

Ketiga, budu, cencalok dan tempoyak, jika dihidangkan didalam tempurung sekalipun akan tetap tidak hilang rasanya.





Bbaso darak.

30 comments:

Leyla Shuri said...

Wedgewood itu piring pink strawberri, Royal Doulton, Royal Albert...saja nak tambah sebab AJ tak letak nama brand.
YES!
The first person!

Puan Ainon Mohd. said...

Nilai pahala sedekah makanan yang dihidangkan itu akan meningkat lebih tinggikah, Tuan Jones, selaras dengan harga pinggannya yang lebih mahal?

Anonymous said...

persatuan pengguna Islam ada menyenaraikan pinggan2 mahal tu ada unsur tulang bab*. seperkara lagi manusia ni kenapa la asyik bangga. sikit2 bangga.

Anonymous said...

Jones, Brand Noritake.

Tidak beragama- tidak mempercayai kewujudan pencipta.

Menganuti selain Islam-golongan yang gagal mengenal pasti akidah yang sebenar.Percaya adanya tuhan tapi gagal mengenal pasti Yang ESA. Con: Agama Buddha, tapi merayakan Kristmas dan mengambil ajaran Confusius atau toism atau shinto, bercelaru tak keruan.

kingbinjai said...

ahh melayu kan mudah lupa

Anonymous said...

budu cap woh ttereh, bbaso darak.. haha

-HH-

Anonymous said...

Basse jenih darrak!

Anonymous said...

bak kekata ini "ikut nafsu lesu, ikut hati mati" kan Obe Jones kan...;)

Alpha said...

Biasa la manusia (terutama Melayu) sanggup berabis semata-mata nak menunjuk walaupun tak sesueiii...sama le macam kutu-kutu yang berjeket kulit berjalan ditengah KL atau naik Bas RapidKL...tak berlengas ke ketiak hangpa?

Roti Kacang Merah said...

ibarat mereka-mereka yang membeli separate system di sana untuk dibawa balik ke tanah air, juga.

tengok-tengok di belakang, "Manufactured in Malaysia" atau "Manufactured in Singapore".

tak terbengong, tu.

Anonymous said...

baso darak:) darak tok ttepat , make budu cap ttere hik-hik-hik itulah nak nnujuk baghu balik dari negeghi ore putih, penuh so kontena isi bare hok tok ppakai pekdoh

sinaganaga said...

Old Spice,
Sekarang, baru aku tahu jawapannya, mengapa aku tinggalkan segala-galanya di sana.
:)

SM said...

Kekgi buleh royak ker cucu cicit...piring ni tok beli kat negeri orang puteh nu. Awang pung kena la belajor molek. Seksok buleh gi negeri orang puteh macang tok.

Literature Sushi said...

yaaa..! sangat tepat dan pedas.. tapi kami sekeluarga di sini tak begitu... :)

tuan tanah said...

saya tidak pernah terfikir hendak membeli perabot atau pinggan mangkuk.

saya lebih suka membeli peralatan elektrik dan elektronik :)

Obefiend Weiland said...

saya hanya bawa pulang koleksi komik, CD ,novel dan DVD saya. masuk kapal satu kotak aja. tak pernah beli pinggan mangkuk dan kerusi kulit. kerusi kulit tidak best walau dinegara UK sekalipun. terlalu ketingalan djaman.

sekaranf sudah ada kepala paip yang boleh spray bontot selepas mentahi.maka kalau ada carpet pun masih mampu spray dan beristinjak. tak semestinya letak karpet tak boleh basuh lubang tahi pakcik jones. hehehe.. saya hanya menyatakan fakta.rumah saya masih pakai jubin putih kecik-kecik. takda karpet.

last but not least. sedap kah budu. saya tidak pernah menrasa budu.

supersomething said...

haha

saya sentiasa terhibur bila membaca hasil tulisan kamu. kali ini terpanggil pula nak menaip sesuatu di ruang pengomen-pengomen ni. komen saya: clever observation... :)
dan penggunaan bahasa kamu yang bersifat "kau pedulik hapa aku nak tulis apa, bukan aku curik makan nasik kau", membuatkannya lebih menarik.

haha sekali lagi.

dugongsenyum said...

beli kereta 2nd hand stereng kanan bawak balik malaya, baru gempak. HAHAHAHA

Anonymous said...

UK sama macam Malaysia la, stereng memang belah kanan.

blackpurple @ jowopinter said...

Nasib baik keranda tak membelinya di sana juga....

Anonymous said...

AP?

ontahsapo said...

aku terasa lagi...

Korakora said...

jones, aku suka yg akhir: bbaso darak.

jawab aku: napok hiller sikit

Anonymous said...

Somene told me something before,

"Nak jumpa banyak melayu? Pergi carboot"

-ur email friend-

Anonymous said...

mereka yang berduit mempunyai kuasa membeli.

tamat.

Anonymous said...

Dulu masa di UK, saya ada berangan nak angkut orang balik. Kalau tak dua-tiga, seorang pun cukup la.

Sayangnya, impian terpaksa dikuburkan. Sebabnya? Bak kata Jones, "tak mesra cuaca". Takut dibawa pulang ke Malaysia, tak boleh 'pakai' pula. Asyik berlengas dan tengik kerana panas!

abdullahjones said...

oh! say ya jugay sayma. bahasha Me lay yu say ya jugay thidark bey rape baek.

loppiess said...

hahaha..jones buat lawak.
(gelak tanda sokong)

Anonymous said...

hebat demo

abe

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

assalamualaikum....