Friday, July 07, 2006

groovy

" Gu were tak biase la beb,teran-teran tak boleh. Masealoh betul la beb." Kata Amri kepada Joe. Ini minggu pertama dia berkerja di Restoran Bunga Melor yang terkenal dikalangan orang Melayu di kota London ini.

Amri berasal dari kampung Tok Imam Lapar, Ulu Terengganu.

Minggu lepas setibanya ke kota London ini, terus saja Joe membawanya membeli pewarna rambut. Seperti Joe, Amri juga wajib mewarnakan rambutnya setelah berada di kota metropolis ini. Atau mungkin juga ini syarat wajip pekerja-pekerja Restoran Bunga Melor kerana saya dapati hampir semuanya tidak berambut hitam.

Joe berasal dari Kampung Nasi Dingin, juga di Ulu Terengganu.

Walaupun kampung mereka berjiran, mereka saling tidak mengenali sehinggalah bertemu di kota ini.

" Bukan gu were beb, gu wa." Kata Joe separuh berbisik kepada Amri.

"Elemekkk, apa la lu Am, gu wa pun macam lu masa mule-mule datang dulu. Tak boleh jugak. Lama-lama biase la beb " Kata Joe.

" Tapi kang, gu wa dah seminggu doh nih, nnyakit nih kalu gu were, eh! gu wa tahan ni." Kata Amri bimbang.

" Elemekkk, lu jangan bimbeng la beb, gu wa gerenti la beb, gerenti! " Kata Joe, cuba meyakinkan Amri.

"Sungguh ke nih?" Tanya Amri, bimbang.

" Elemekkkk, gu wa gerenti beb, ini Joe beb, gerenti!" tambah Joe lagi. Sedikit angin kerana Amri tidak mempercayai kata-katanya. Dia wajip tahu kerana dia telah lama di sini. Sudah 3 bulan.

Amri sedikit lega mendengar jaminan dari Joe. Sudah seminggu dia tidak boleh berak kerana tidak biasa dengan tandas duduk.Puas di teran-teran tak keluar. Dia berharap apa yang di katakan oleh Joe itu benar. Dia malu benar kerana selalu terkentut semasa melayan pelanggan. Dan dia terlebih malu dengan rakan setugas perempuan. Yang juga berambut warna. Terutama Sherry. Gadis yang berasal dari Gambang, Pahang.

Sekian.

Sekarang gu were nak pi minum teh tarik di Restoran Bunga Melur. Elemekkk, teh tarik dia mashukkkkk le beb!


p/s: Orang pertama yang menulis komen di blog ini adalah Amir Mukriz. pemuda bermata kuyu yang sudah bertunang. Dan untuk tunang Amir, Amir memberitahu saya, " saya nak kawin dua Pak AJ, memang cita-cita saya dari kecik."

28 comments:

Airmas sz said...

dah lebih duapuluh tahun aku tak cakap guwe-guwe ... hahaha .. nostalgia rock nih ... rock uuu

Anonymous said...

awak masa mula2 sampai london dulu "jakun" macam tu jugak?

anne

zizie ali said...

kalau tak salah, kg Imam Lapar dan kg Nasi Dingin tak jauh dari 'Paris' (kg Teris, juga di hulu terengganu).
anne anony..lu potong stim!

Literature Sushi said...

Gu Wa Ca Ya La sa Ma Lu..

Ku Keng said...

cikmek-cikawang tu wak malu orang gganung je. dahlah dok inglang, nak paka jambang pong dok reti. suroh balik kkaponglah.

Anonymous said...

Elemekkkk, Obe Jones entri kali ni ADA UP lah!....sampai ketawa guling2

Saya ada kenalan sampai sekarang tidak boleh buang air besar di jamban duduk,kesian eh!

Rie said...

hohohoho

SM said...

Dulu. Kalau tak ada jamban cangkung, saya panjat dan cangkung atas jamban duduk. Saya kata, dulu.

Anonymous said...

Mungkin secara kebetulan, pembantu restoran yang perempuan(especialy pompuan siam) slalu rembat laki orang(customer) kalau tak dia tibai tuan punya restoran buat laki! Tak Caya? Buat jinak dan ramah sikit...manja kucing dia..O.oo

Anonymous said...

saya tidak bercita-cita untuk mengahwini ramai perempuan. memang saya rugi..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Abu Irfan said...

Ha ha.

tuan tanah said...

saya tidak pernah makan di Restoran Bunga 'Melur' walaupun beberapa kali di London.
makanan di Malaysia Hall rasanya sedap juga.

Anonymous said...

Pembetulan Sir Jones,

Amri asalnya dari Kampung Mengawan, Ulu Terengganu. Usia 7 tahun dia berpindah ke Kg Tok Imam Lapar sebab bapanya berpindah.

Joe, nama sebenarnya Zulkpli Awang bersaudara dengan Che Ku Mamat yang berasal dari Kg. Nyiur Kembar. Juga sekarang berada di kota London.

he he

Anonymous said...

Kampung Mengkawan, bukannya Kampung Mengawan, lain macam bunyiknya d'arkampo. Kg. Nyiur Kembar tu di Bukit Payong.

Anonymous said...

Orang Pahang walau ilmu penuh di dada tak belagak, tahu bawak diri, mana bumi di pijak di situ langit dijunjung,

Anoni,
Menurut sherry dia garang dengan pompuan sebab pompuan tu yang ajak sherri beronani. Erm...dah terang lagi bersuluh nampaknya..O kalau gitu kaulah orangnya!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Restoran tuh OK je, tp punya la mahal. aduh nyampah.

Anonymous said...

Aik! komen anony dipadamkan, tak kesahlah.

Cuma...

Untuk sebulan dua bila ada pekerja baru dari ulu-ulu tak payahlah jones kencang makan kat situ, eiii geli...makan WAP TAIK!

blackpurple @ jowopinter said...

Betullah tu. Kalau dah terbiasa, mencangkung lebih puas dari duduk.

Pegawai Khalwat said...

Ek eleehh......

Lebih-lebih lak lu ni....

sinaganaga said...

Ha ha.

ayobkelubi said...

ha ha dan ha lagik!

ikanblues said...

Panjat ajer la mangkuk jamban tu.

Bukan ada orang tengok pung.

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! http://www.property-taxes-0.info/how-to-treat-addiction-to-valium.html Dresses for the club scene roulette system gambling system roulette gambling 2001 volvo c70 convertible Cause+of+impotence Black+jack+casino Metlife phone number Stackable hard drives Radar neurontin B soma b b xenical b Blocker free messenger pop up Paris hilton in the simple life Zocor medical profile Cheap long distance phone calls uk Hp color laserjet 2550l ink cartridges impotence assosiation Free leads for refinance impotence herbal remedies Outstanding printers

Anonymous said...

best regards, nice info venlafaxine+xr sleep seroquel drugs.com from information seroquel seroquel Shabba ranks dance Bodybuilding connection acupuncture for high blood pressure Seroquel side effects quetiapine fumarate big cocks Addiction drug oxycontin recovering seroquel for adhd Seroquel and treatment Seroquel 2band 2bside 2beffect Medical malpractice expert witness eczema aquagenique

Anonymous said...

This is very interesting site... » » »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! San hose web page design silverware basket for dishwasher

Anonymous said...

This is very interesting site... pay per click program