Thursday, March 09, 2006

ting

Mengapa payah benar untuk bernikah di Malaya? Hantaran sampai puluhan ribu hanya untuk menghalalkan dua manusia yang sebelum bernikah telah lama, bahkan terlalu lama bertelanjang?

Mungkin saya pernah menulis tentang perkara ini, tetapi saya amat kecewa apabila mendengar kawan-kawan di sini bercerita mengenai belanja perkahwinan (sambil minum teh petang hari dan ketawa ala para datin dan datuk walhal belajar berak di tandas duduk pun baru hanya di sini) maka saya tuliskan sekali lagi. Sebagai terapi untuk diri saya sendiri.

Saya tahu kamu akan angguk-anggukkan kepala dan melupakan apa yang akan saya tulis kerana kepada kamu apa yang saya tulis adalah satu hiburan untuk menghabiskan masa terpenjara kamu di pejabat. Atau sementara menunggu para kekasih datang meraba segala penjuru tubuh kamu.

Anak-anak kamu, yang sebelum bernikah asyik ke hulu ke hilir berpegang tangan, jika tidak memegang bahagian lain, kamu masalahkan dengan bermacam-macam hal terutamanya perihal wang ringgit.

Kamu rela mereka melakukan perbagai maksiat. Kamu setuju mereka berdosa selagi tidak cukup wang hantaran yang akan memuaskan nafsu jahat kamu.

Kamu berbelanja besar untuk kenduri dan kamu bebankan semuanya keatas mereka yang mungkin telah lama letih duduk didalam maksiat.

Yang hendak bernikah juga sama bodohnya. Perlu berhabis-habisan. Kononnya sebagai kenangan seumur hidup.

Pergi tanya Tok Rimau, berapa kali dalam setahun dia membuka album gambar kahwinnya? Atau berapa minggu sekali kah dia menonton rakaman video perarakan rombongan meminang awek yang menguratnya dulu?

Perbelanjaan bikin gambar dan video nikah hari ini sangat mahal dan menjadi antara punca pembaziran dan kamu risau tentang harga minyak. Bodoh.

Kemudia kamu sewa para pondan untuk mengecat wajah kamu supaya di benci oleh para malaikat. Hari yang sepatutnya menjadi doa kepada satu kehidupan yang berkat, berakhir menjadi suatu sumpahan. Kamu menolong para pondan menjadi lebih lupa. Dan kamu pening memikirkan mengapa rumahtangga kamu tidak bahagia. Dunggu.

Bersanding hanya untuk keluarga? Bah! jangan bikin saya ketawa. Itu semua pedaah kamu yang mahu memujuk hati supaya merasa tidak berdosa melawan Tuhan.

Yang tua dengan bodoh tuanya. Demi status rela berhutang. Rela anak berzina.

Yang muda lagi bodoh, rela berzina sekali sekala dari bebas membantai sesuka hati setiap masa.

Kemudian buka majalah. Tengok gambar artis menikah. Ambil ikhtibar.

Jika kamu semua bodoh tidak tahu, cara menikah para artis itu adalah cara menikah manusia bangang yang tidak akan kekal lama dalam satu perkahwinan. Baghal.

Kebulur sungguh kamu dengan wang ringgit. Hantaran beribu-ribu. Itu yang pi jual tafsir Al-Quran kepada syarikat kitar semula. BABa!

Hoi! Nikahkan anak, bukan jualkan anak. BODOH!

48 comments:

tuan tanah said...

Colleague saya (orang putih) terperanjat bila kami katakan yang akan datang ke majlis perkahwinan lebih kurang 1000 orang dan hantaran begini begitu. Dia sendiri mengatakan benda itu membazir dan memerlukan belanja yang banyak.

orang putih yang kafir pun bila berkahwin tidak membazir. yang mana wajib sahaja. (tapi yang bukan hollywood la...)

thoyol said...

salute dolah..
ko mmg dewa bab meluahkan perasaan.

Sayuti said...

"Dunggu" ke "dungu"?

demikianlah senario biasa di sini.

bila si anak debatkan seperti mana kata encik AJ (tak termasuk perkataan2 yang keras), ibu bapa kecik hati.

bila kecik hati, tak cium bau syurga.

syurga di sana lebih hebat dari syurga dunia bergelar rumah tangga.

maka kita puasa ajelah kalau tak boleh kahwen dengan secara ala kadar dan cukup syarat.

yang menariknya lagi, kalau berjaya kahwin ala kadar. maka masyarakat yang sangat prihatin mula membuat andaian masing2.

juga, kalau nikah dahulu kemudian kendurinya sangat lambat, pelbagai lagi cerita sensasi.

saya geleng kepala sajalah.

janji, saya dah selamat.

mungkin, teorinya kalau belanja mahal untuk berkahwin, sangat sayang untuk bercerai2. dah puluhan ribu dibelanjakan, takkan nak musnahkan begitu saja?

mungkin.

oh ya, sapa membazir itu, saudara syaitan.

p/s:
"ayang, nanti anak2 kita, kalau dah ada calon yang berkenaan kita nikahkan terus ye."

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Abdullahjones,

Kata omputih, "We spend alot to prepare the wedding, not the marraige." Saya sudah faham apa erti kesilapan itu.

sinaganaga said...

Apabila membuka kotak hadiah berwarna hijau dengan bunga-bunga daisy itu, Hazwa kata, “Pembuka tinnnnn???? (dengan nada "tak ada benda lain ke nak bagi?")”

Oh! Dia manusia yang kurang menghargai pemberian orang. :)

“Pembuka tin - simbolik tu... Dalam maknanya tu...” Kekasih aku.

“Tak! Tak!! Pembuka tin untuk dia membuka tin!” Aku.

Semoleknya, aku beri Hazwa gumpulan kertas tissue yang telah diguna sajalah.

Fara said...

sinaganaga,

saya pernah bagi orang hadiah lesung batu. senang kalau diorang nak gaduh2 tak payah nak baling2 pinggan dan pecah (bergaduh pun nak membazir, bodoh betul!)

dan simbolik saya, saya mahu perkahwinan mereka bertahan tidak lapok dek hujan tak lekang dek panas, macam lesung batu tuh.

yang tak simboliknya, saya takder bajet nak bagi dorang hadiah honeymoon, lalu ke pasar minggu dan membeli lesung batu.

Anonymous said...

Bedah: berapo hantaran anak kamu senah?

Senah: Hantaran RM20,202.02, kalau termasuk majlis kenduri dekat RM50,000 ler. maklumlah anak kita keluar uniberciti. Cik bedah pulak ari tu berapa?

Cik Bedah: Tak banyak, lebih kurang RM70,000-00 jerk

*tak kawin ler aku sampai ke tua

Anonymous said...

Setuju dengan Sayuti... berdebat dengan ibubapa tentang hal yang sama. Ibu bapa kecik hati. Lantas sahabat menasihati, "You would think that this would be Your Day, but in actual fact, it's your parents'. Sabar, ya."

Tapi mujur, Allah menyebelahi mak ayah. Tak ada makanan pun membazir walau sedikit! Kami pun pelik. Dan semua yang hadir puas hati dengan segala-gala.

Masalah kita ialah culture masyarakat kita yang terlalu "mengambil berat" serta "prihatin"...kepada benda-benda yang buruk, of course.

aku rasa kalau aku dapat buat kenduri di tanah tumpangan Tuan AJ sana, lebih mudah untuk bersederhana, sebab adat masyarakat di sana (termasuk masyarakat Melayu) yang tak terlalu menyibuk memerhati dan kemudian membawa mulut sana sini.

sakit hati mata memandang, sakit hati lagi bahu memikul.

ayobkelubi said...

masyarakat.

masyarakat beb!.

semuanya terlalu taksub dengar mendengar kata-kata orang.

takut kata-kata orang itu boleh membinasakan reputasi yang dibina.

apahal?.

Angah said...

bersyukur sebab punya ibu bapa yang tak kisah bab2 hantaran ni. pihak suami yang menetapkan.

bersyukur tetap bahagia dalam perkahwinan sebab hidup tak dibeban hutang perkahwinan

cuma tersinggung dengan makcik2 saudara mara yang mencebik bila hadir ke kenduri kami yang sederhana "keluar universiti pun hantaran 3 ribu je, katil camni je, kalau anak aku takdelah aku buat camni, buat malu je.."

Jannah said...

Lagu ni kalau lari nikah di Thailand atas sebab tak nak membazir harta kiranya durhaka pada ayah bonda atau being selfish?
Ramai juga di Malaya yang sudah kahwin, nikah je belum. Lagi haru.

Anonymous said...

'Standard Market' sekarang untuk gadis-gadis genit kerja kerani adalah 5 ke 6 ribu.

Si lelaki datang ajak dating bermotosikal.

Lantas berkahwin dan beranak.

Dan masih berdating dengan motorsikal bersama bayi yang dikendong.

Padahal, Hantaran dulu dah boleh beli Kancil second-hand.

BooK said...

panjang betul komen kamu
aku tak larat nak komen pnjang
tp aku nak gak name aku di sini

hmm
aku rase ibu ayah aku tak cerewet
mak dan ayah pun tak cerewet

Obefiend Weiland said...

saya tidak mahu berkahwin asar dasar inilh.. saya pernah berkata pada ibu saya.

mamma.. i want a small private wedding with just 8 of my closest budyy
"u cant do that.. WHAT WOULD PEOPLE SAY"
"see mom.. thats my point. people come and eat my food without even meeting me pun kalau wat kendara kendari"
"no we cant... nanti mak sedara all small hearted!"

to me la.. my marriage is all bout me and my private moments. not a time to be displayed like a model! sometimes i wish i was born an englishman. so i may marry at the barristers office with no fuss..

sedangkan yusry dan erra pun gegar.. ape pula saya kalau kawin!

MALAS KONFORMI!

Anonymous said...

aku kawin 1999. hantaran rm3000. sepersalinan.

kawan aku tanya,"kawin janda?"

hampeh punya kawan.

masa meminang bakal pak mertua cakap "saya tak jual anak, orang.. orang punya pasallah, saya suka menantu takkan nak susahkan menantu."

tuah aku beb. lepas kawin ada tanah atas nama bini lagi. 10-20 ekar beb.

-basri

Anonymous said...

incik dollah, i second on you...orang sekarang jual anak, bukan nikahkan anak...

Unknown said...

dolah,

nak tanya bagi pihak mat jan ni... berapa hantarannya? dia kata dia setuju sangat dengan kamu.. ;)

Pegawai Khalwat said...

Mahal-mahal pun orang buat jugak Mr. AJ. Berleter tak guna. Tuntutan tu......

Sayuti said...

oh ya.

kenduri 'menyambut menantu' di pihak saya akan diadakan pada 25/3/2006 ini. kalau encik AJ balik ke Mesia, jemputlah.

detail ada tulis dalam satu komen kat mana tah. nanti dekat2 nak kenduri tu adalah kot saya post kat blog.

(iklan ini tidak berbayar)

p/s: redbeanbun. :)

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Ari tuh me direct tanya Abah "Penting kah duet untuk berkawen nanti?"

Dea sengeh.

Sekian

Anonymous said...

bukan semua orang tak kawin disebabkan mak bapaknya nak jual dia...

Anonymous said...

aku nikah hanya bawa badan dan duit maskahwin dan rantai batal air sembahyang, yg lain aku x tanggung...masa hari bersanding tgk 7 buah khemah dan 1000 org jemputan....aku sampai aku amik bini aku dan terus balik, semua tetamu terpinga termasuk mertua aku...aku dah pesan jgn membazir nanti rugi...kira setahun jugalah melayan org tua tu punya ragam merajuk dan kecil hati...peduli apa aku aku x bersalah dan janji dah dibuat, bersanding dgn tiada jemputan dan khemah, hanya saudara saudara dan doa selamat sahaja, sapa suh langgar janji, sampai skang mertua aku dah learn her lesson when dealing with me..apa aku cakap aku kota, jgn main main dgn tembakau.

Anonymous said...

Abah kawan saya cakap pada kawan saya....

"Memang la tak jual anak. Tapi pikir la, masa abah pi hantar universiti, kakak call Abah nak duit beli buku? Nak itu? Nak ini? Berbaloikah abah nak lepaskan anak abah dengan hantaran senaskah al-Quran sahaja??Memang duit tak boleh beli kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya abah nak tengok dia tunjukkan bukti kepada abah yang dia mampu menyara kakak"

Owh..dia juga ada cakap... "Anak abah kawin, abah buat lebih besar dari ni!(merujuk kepada majlis perkahwinan sepupu kawan saya)"

Sekian..

DewA LavaU said...

benar pendapat anda saudara AJ. saya setuju benar.lebih baik saya habiskan wang saya ke arah modifikasi kereta saya(soon to be). at least kereta yg laju dan pantas tidak melukai hati saya dari wanita yg tak pasti lagi menjadi suri hidup ini.ewahhh~

Naim said...

zaman sekrang kahwin pun boleh dibuat bisness. Orang fikir mahu cari untung daripada bayaran hantaran tu...sebab tu kena cas mahal-mahal......alahai............lambat lagi lah dapat kawin nampaknya...:'( :'( :'(

PS: saya belum berani bercinta. :)

Anonymous said...

Bagus la jual anak. Kita akan dapati lebih banyak pelacur dan andartu untuk dilanggan.

Zina akan bertambah. Seronok la kan mak ayah kalau anak diorang dapat tanggung mereka dengan duit hasil jual tubuh.

Anonymous said...

huhu..penatnya buat rally baca semua entri cik dolah ni dri mula sampai habis..sakit perut gelak. seminggu jugak nak habiskan..

hihi...saya lama tak berborak dengan uipts. tolong kirimkan salam saya padanya, boleh?

cdgn saya untuk abg dolah, nanti dah genap 17 jun 2006, bolehlah buat edisi e-book. kira mcm koleksi putus wayar (digerit tikus) maki carut, juga muhasabah amalan blog kita..hehe..

majulah abdullah jones untuk saya baca blognya!

Anonymous said...

moga kau mampu buat seperti apa yg diteorikan bila masa kau tiba nanti.

Anonymous said...

well... kalau Hajar setuju dengan hantaran 80 paun, hujung bulan ni Mat Jan datang nikah.

kah kah kah

-basri

Anonymous said...

dan merujuk kepada komen di atas, saya keliru.. ada yang setuju, ada juga yang tidak..
suatu ketika dahulu saya betul2 menyokong apa yang dicadangkan oleh saudara Aj.. tapi segala-galanya agak berubah setealah saya mengharungi hidup..

abang ipar saya berkeras mahu membuat habtaran berupa senaskah alQuran. ibu saya tersinggung.. bukan dia meminta sepuluh ribu serba satu.. tetapi paling tidak terasa apa yang laburkan sedikit ketika membesarkan kakak saya, sebelum dilepaskan kepada org lain.. kakak saya hanya pasrah mendapat suami yang terlalu tegas tidak bertempat.. kami sekeluarga terasa..

mereka selamat berkahwin.. hanya utk 2 minggu.. kerana dia lelaki bangsatt!! kakak aku diperlaku mcm hamba.. xsedar diri.. nama je ustat

mba2u said...

Mak bapak tak jual anak pun Tok Kadi yang jual mahal pulak.

hmmmm ini kali ke-3 majlis nikah dibatalkan sebab surat nikah mak bapak kamu dikhuatiri tidak sah kerana mereka berkahwin di Thailand.

Apa kena mengena yg nak berkahwin dgn surat nikah mak bapak dia?. Akhirnya rasanya pasangan tersebut juga patut berkahwin di Thailand juga. Maka melepaslah tok kadi tersebut dengan habuan RM15 upah nikah.

hahahaha

Anonymous said...

"bodoh takleh ajar, pandai takleh tumpang"

hmm..
aku akan kawin bulan 6 nanti.
tanpa kenduri. takpa fotografi. tanpa pondan. tanpa sanding. tanpa baju liplap terengganu.
cuma, tok kadi jer ada.<-wajib
hahaha

Anonymous said...

"bodoh takleh ajar, pandai takleh tumpang"

hmm..
aku akan kawin bulan 6 nanti.
tanpa kenduri. takpa fotografi. tanpa pondan. tanpa sanding. tanpa baju liplap terengganu.
cuma, tok kadi jer ada.<-wajib
hahaha


RON97
http://ron97.mygj.net

Anonymous said...

utk elak maksiat, saya kawin dulu kat Narathiwat, mas kawin RM200, tol takde, duit myk jer keluar, tapi tak tahan sorok2, 6 bln lps tu kami nikah plk kat kg, syarat mak bapa mesti hantaran RM 10K (depa ingat suami takkan mampu), kami share bagi semua duit kat parents. Antara adat dan agama dlm hal kawin, susah nak ckp!

Anonymous said...

AJ, tunggu je lah nati bila anak u sendiri yg nak kawen...

Mat Jan said...

jiwarasa, basri: :)

Anonymous said...

puas berpeluh
tomyamnya habis dihirup
terlupa baca bismillah

hit terbanyak - tahniah
ucapan dari syaitan

haikai no renga
anas

Unknown said...

basri,
kalau mat jan jadi dgn hajar pun, kita tak dijemput kot. sebab dolah tak buat kenduri. lepas nikah je terus balik. he he

Sya said...

Aj .. persoalan yg pernah saya masukkan ke dalam blog saya. Hantaran yg mahal atau murah bukan penentu panjang dan pendeknya jodoh sesuatu perkahwinan.... jangan terlalu men"generalisasi"kan sesuatu hanya berpandukan kepada sampel yg kecil

Pegawai Khalwat said...

Ron,

Rukun Nikah ada lima

i. Bakal Suami
ii. Bakal Isteri
iii. Wali
iv. Saksi
v. Akad (ijab & Kabul)

Ada Tok Kadi ja tak cukup sebab selagi wali tak serah tugas kat Tok Kadi, tak laku jugak.

Kalau tok kadi sorang ada pun tak guna jugak.

Ingat, tak boleh nikah on-line tau.

f00 said...

mungkin ibu bapa (dan mertua) tamak. setuju. mungkin hendak berbangga bangga. setuju juga. mungkin hendak mencanang betapa hebat menantunya. setuju.

mungkin. apa lagi ya?

seorang doktor pernah menasihati saya. jangan mengeluh bila anakmu berperilaku kurang manusia. atau banyak masalah hidup. lihat apa yang kamu telan selama ini. hak kamu kah?

hak mak bapak kah?

aeyjay said...

ada yg ikut syariat

tapi lebih ramai yg pentingkan adat (yg terang² melanggar syariat)

siapa nak jawab??!!

Anonymous said...

Jiwarasa, takpe kalau AJ tak kenduri, yang penting MJ kenduri kah kah kah

Pegawai khalwat, ada lagi rukun tambahan;

6. sijil kursus nikah
7. tandatangan bini pertama (kalau kawin kedua)

hantaran tu mungkin dah jadi rukun ke lapan kot. wallahu`alam...

kunci hilang said...

AJ sukakan 'dunggu'.
Boleh jadi menyebutnya lebih sedap, bunyinya lebih keras. Berbanding 'dungu'.

dinoor said...

lega, aku dah lepas. Maskahwin bapak mertua tentukan. hantaran aku tentukan. Alhamdulillah, dah dua anak.

Betul apa yang dikata, tapi nak membuatnya yang sukar. Kita hidup bermasyarakat. Apa yang sayuti kata di awal2 comment tu betul. Kena doa byk2 supaya dipermudahkan...

Sir Mute Key Chicks said...

kawen? hantaran? dunggu? bodoh?

hikhikhik. tu la penyebab ramai lelaki lebih rela menjadi ghay atau pondan. tak kurang juga yang hanya melakukan para wanita dunggu itu seperti touch 'n' go.

dengan kata-kata, salahkan parent you sebab letak harga mahal sangat.

Anonymous said...

begitu juge yg terjadi dgn sy..same2 belajar di luar negara&masih belajar..cuti summer,balik m'sia,beritahu parents.."kami nk kawen.."parents kurang bersetuju..alasan..masih muda..xde duit..kalo kawen,kene buat kenduri kendara jemput sedara mare semua..xbleh kenduri kecik2 je..nnt ape org kate..alasan kami.."kami nk kawen sbb nk elak maksiat.."parents jawab.."xpe..kamu b2 belajar agama..mesti bleh elak.."kami menjawab.."manusia belajar agama pon bleh lupe bile bersama lelaki&perempuan..kami di oversea..bukan m'sia..hidup di sini bergantung antara 1 sama lain..lagipon xde parents kawal..kami nk elak sblm bende buruk t'jadi.."tp jawapn terakhir ni hanya dlm hati..kerana air mata ibuku&ibunya dh bergenang..akhirnya..kami hanya bertunang..&di sebalik senyuman di majlis pertunangan..hati menangis sendirian..susahnyer nk halalkan 1 perhubungan lelaki & perempuan..
-student-

Anonymous said...

Anyone yg boleh tolong tentang nikah di Narathiwat.