Kawan saya, si Spencer pernah cuba membunuh diri. Dia ke sungai yang dalam dan cuba melemaskan diri. Di cubanya berkali-kali dan setiap kali juga terbayang 4 orang anaknya. Satu dari kesilapan masa remaja, satu dari suami terdahulu isterinya dan dua dari benihnya sendiri.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membatalkan niat tidak baiknya itu dan pulang kerumah. Isterinya tidak tahu akan peristiwa ini. Dia menceritakan kepada saya setelah setahun ianya berlaku.
Saya bertanya mengapa dia berfikiran sesingkat itu. 'Tekanan' katanya. Dia mula menceritakan satu persatu masalah yang di hadapinya. Masalah paling besar yang hampir tidak tertanggung olehnya adalah isterinya yang amat cergas mengawasi setiap pergerakkannya.
Isterinya langsung tidak percaya akan kesetiaannya. Sehingga hari ini, setiap hari, tidak kurang dari 20 panggilan dan pesanan ringkas yang datang dari isterinya perlu di layan oleh Spencer selama 9 jam berkerja. Semua orang tahu akan perkara yang sering menjadi bahan ketawa di tempak kerja kami ini.
Tidak jarang dia terpaksa pulang segera kerana mendapat pesanan ringkas yang mengatakan si isteri mahu meninggalkanya. Bergegaslah dia pulang dan menjadikan dia seorang pekerja yang tidak boleh di pertanggungjawapkan.
Maka jadilah si Spencer ini seorang pekerja yang tidak stabil .Adakalanya dia seorang yang amat ceria, di hari yang lain dia adalah seorang pekerja yang tidak boleh di buat sahabat.
Hari ini dia tidak mendapat kenaikkan gaji kerana menumbuk seorang rakan sekerja 2 bulan lalu. (Tetapi tadi dia masih ceria mungkin kerana kenaikkan gaji tidak penting baginya, cuma saya risau tentang esok setelah isterinya mendapat tahu tentang berita ini).
Spencer Leach adalah seorang suami yang bodoh.
Kehidupan suami-isteri adalah satu perkongsian yang memang tidak akan aman. Yang meredakan semua keadaan adalah tolaransi.
Untuk hidup aman bersama saya adalah amat mudah. Tidak perlu sembah atau sujud cuma perlu sangat menghormati saya. Tidak perlu masakan enak-enak, cukup sekadar mengenyangkan. Baju seluar saya tidak perlu di seterika, cukup sekadar ada apabila saya memerlukannya. Semua wajip sempurna di rumah saya. Saya amat sederhana orangnya.
Jangan sesekali menggangu kerja saya. (Apabila saya katakan kerja, saya maksudkan apabila saya tidak bercakap dengan kamu).
Tidak setuju dengan saya? Silakan, nun pintu di depan sana.
Jika tidak, bukan saya yang membunuh diri, tapi kamu.
Itu tolaransi ala-saya. MCP? Ya, sayalah rajanya.
Kamu?
Kamu adalah lelaki manja yang ber-ayang malam dan ber-ayang siang. Jika di benarkan membina tokong, kamulah lelaki pertama yang membinanya buat isteri. Kamu hiasi tokong berkenaan dengan limau mandrin dan kamu sembah siang dan kamu sembah malam.
Kamu mengaku lelaki tetapi sebenarnya kamulah jantan yang mengelat.
Thursday, March 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
So AJ, dah habis berdakwah dgn si Spencer Leach ni?
Kawe maleh nok komen pasal awok dgn bini awok tu, hehe
>>Jika di benarkan membina tokong, kamulah lelaki pertama yang membinanya buat isteri.
Ha ha. Cinta itu bukankah seperti berhala yang disembah-sembah... :)
spencer ni pegi sekolah mana dulu?
sadis sungguh kisah Spencer tersebut.
tapi, bukankah ber-ayang dan bermanja itu sunnah Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam? baginda itu contoh terbaik seorang suami kepada isteri.
berkenaan membina tokong itu, saya rasa itu satu imaginasi yang terlampau bagi seorang yang mengaku Islam. Meskipon ayat berkenaan adalah sindiran dari anda. cuma, pada pembaca lelaki yang sudah beristeri atau kepada Spencer semata2?
adik saya juga seorang yg bodoh tapi tak sebodoh spencer...
bodoh itu abstrak
tak ada manusia yg sempurna kecuali Rasulullah Sallallahhu A'laihi Wasallam, tapi.. tak salah kita berusaha ke arah kesempurnaan, kan :)
-selendangbiru-
Masalah bermula selepas berumahtangga, sebelumnya yang bukan menjadi rutin pun cuba dipraktikkan, belum dapatlah katakan-sembahyang 5 waktu(untuk yang memang lat-lat sembahyangnya), menggosok gigi pagi petang malam, dan kelakuan yang elok-elok belaka adanya(macam bulan ramadhan juga) selepas ianya berlalu maka terserlahlah tabiat sebenar tuan tubuh.
Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan dalam memilih calon isteri. Saranan baginda Rasullullah s.a.w.-(saya berselawat penuh semasa menulis perkataan ini-ini sepatutnya tidak diberitahu kepada AJ atau sesiapa-namun sebab aj meminta menulis penuh, saya tak setuju) -memilih calon isteri/suami tidak dipatuhi.Yang membaca atau mendengar nama baginda disebut tentu tahu anjuran agama bahawa kita perlu berselawat apabila nama baginda disebut/baca.
Apakah isteri/suami anda itu menunaikan amalan agamanya?
Adakah calon anda kerana rupanya?
Adakah calon anda kerana hartanya
Adakah kerana keturunannya- Keturunan amat penting.
1. Keturunan orang baik-baikkah?
2. Keturunan ada penyakit gila? Anak luar nikah: mungkin dia anak ke 7 namun semasa ibubapanya kene tangkap basah dulu, kepala bayi dah nak menjengoi keluar, maka anak yang selepas perkahwinan itu apa tarafnya?
Dan berbagai lag yang perlu diselidiki darihal keturunan. Sedangkan memilih sahabat perlu diunjurkan berwaspada inikan pula orang yang bakal menjadi penyalur darah daging. Malangnya itu tidak itu tidak terjadi..Asalkan sedap mata memandang(cun) gila ke, keturunan tak tentu hala ke, bawak balik kau menantu aku, dulu mak bapak yang cari jodoh tanya pada anak stuju,kalau diam tanda stuju, kini anak bawak balik calon dan tunjuk pada mak bapak. Mak bapak diam saja tanda setuju...Itulah perubahannya.
-Labu
Bodoh sebagai suatu perbandingan atau absurditi?
Tahniah Mr. AJ kerana menjadi lelaki.
Tapi bukankah kita dituntut menjaga hati umat yang lain, hatta isteri kita sekalipun.
Aku mahu tidurkan anak.
Puan Dr.:Spens to lelaki!! Mungkin AJ dalam kesejukan kerana salji yang sedang menurun. Jangan-jangan ini tanda awal hypothermia. AJ. AJ. Minum koko panas banyak-banyak.
Mungkinkah, lelaki itu abstrak?
Mungkin juga.
saya tidak akan membina tokong. tapi mungkin saya bina universiti untuk isteri saya? mengapa? saya cukup suka perempuan yang lebih bijak dari saya. ex girlfriends saya kesemuanya ber IQ lebih 140..saya hanya 123.. jadi saya bina UNI untuk mereka so that saya tunjukkan saya nak orang jadi pandai macam dia. ape la aku merapek... maybe its true. men are dumb beings for loving a woman. men would destroy mountains and nations just to proof his love. manay men were destroyed in the name of love. namely Julius CEaser and Mark Anthony. so? lelaki mmg buduh! termasuk la hamba!
fitnah paling besar bagi lelaki adalah wanita..pesan Rasulullah (selawat atas baginda...).
Baginda paling suka wanita, solat dan wangi-wangian.
moralnya lelaki jangan lalai dengan isteri dan kalah dengan isteri....anda mesti teruskan tugas pembawa risalah seperti Rasulullah Sallallahu Alaihi wasalam...
:-)
hidup manusia di akhir zaman memang begitu. Bala akan terjadi selepas berlaku 15 perkara, di antaranya isteri lebih di hormati dari ibu, anak menjauhi ayah, orang di jadikan ketua kerana takut kepada kejahatannya, amanah menjadi sumber mencari rezeki, artis di sanjung-sanjung, muzik di mainkan di sana-sini dan banyak lagi. kalau rajin bukak la hadith-hadith akhir zaman.
Taj Mahal bangunan simbol kebodohan lelaki?
-basri
Assalamualaikum
Eseymen... in a relationship saya think some of the most important things are Respect, Communication and honesty.
Without those, agaknya tak besh la hubungan tuh, ye dak?
:)
In a relationship what's important is chemistry between the husband and the wife. After years of marriage, if the chemistry is gone, or due to lack of wanting to keep the fire of marriage alive, then by all means, get a divorce already.
And AJ, anytime bebeh..
wahai encik AJ,
kalau kamu tahu siapa yg akan membawa kamu melintas titian senipis rambut itu esok, pasti kamu takkan merperkatakan begitu ttg wanita..
semoga kita sentiasa dlm hidayahNYA
Post a Comment