Kebanyakkan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang kita hafal hari ini adalah apa yang di ajarkan kepada kita semasa kita kecil dahulu.
Sama ada semasa di tadika atau pun di kelas-kelas agama tambahan sebelah pagi atau petang.
Kita harus berterima kasih kepada guru-guru agama kita dahulu. Inilah agaknya yang di katakan ilmu yang bermanafaat. Bertuah benar guru-guru agama. Segala sesuatu yang di ajarkan kemudiannya di amalkan oleh murid, menambah buku amalan baiknya.
Ada ustad-ustad yang menganjurkan supaya para ibubapa mengajar sendiri kepada anak-anak mereka doa-doa dan juga ayat-ayat lazim yang di baca semasa sembahyang, al- Fatehah khususnya, kerana amalan sembahyang dan doa-doa ini kemudiannya akan di kira sebagai amalan baik para ibu bapa.
Saya belajar asas al-Quran dengan Tok Mah, isteri Bilal Jilah yang berhenti ke surau kami kerana berselisih pendapat (tentang agama) dengan Bah Salim. Mereka berdua ini orang agama di kampung saya. Arwah Bilal Jilah ini ibarat Syaidina Abu Bakar, lembut. Bah Salim pula ibarat Syaidina Umar, garang. Saya lupa apa isunya mereka bertelagah, tetapi kesannya kampung kami adalah antara kampung terawal yang kedengaran dua azan setiap kali masuk waktu sembahyang. Satu dari surau, satu lagi dari rumah Bilal Jilah.
Di rumah Tok Mah inilah, ketika belajar al-Quran, saya di fitnah oleh Aini, anak Wak Jenon, yang saya ini suka benar bermain tindih- menindih pehanya ketika menungguh giliran membaca al-Quran. Jangan fikir bukan-bukan. Ayat tindih-menindih di sini tidak membawa makna seperti mana kamu fikirkan. Kami duduk bersila. Sebelah menyebelah.
Budak perempuan memang begitu. Gatal nak menikah. Bayangkan, darjah tiga dah pandai buat fitnah kononnya saya syokkan dia! Darjah tiga!
Kemudian semasa di dalam darjah enam, dia mula menghantar surat cinta kepada saya! Gila. Semasa tingkatan tiga, kencing saya pun belum berapa betul, inikan pula darjah enam!
Kelain pulak jadinya rancangan Pedoman Hidup minggu ini.
Perlakuan yang di latih semasa kanak-kanak biasanya akan membentuk kita semua. Jika semasa kecil dahulu kita ini di latih untuk mentaati perintah agama, insyallah, sesudah dewasa kita akan kekal di dalam amalan yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Walau ada yang berubah menjadi lebih baik sesudah dewasa, rajin ke masjid sesudah pencen misalnya, kita takut-takut kita ini para manusia yang di tentukan tidak sampai ke umur pencen.
Oleh yang demikian, kita yang di berikan sedikit peluang oleh Tuhan untuk membentuk diri sendiri dan juga anak-anak kita hendaknya mengambil peluang tersebut.
Sebagai contoh, jika kita ini di takdirkan menjadi Menteri Pelajaran Malaya, dan kononnya nama kita ini adalah Hishamuddin Hussien, kononnya, lalu Tuhan memberi kita peluang untuk mengatakan YA, memakai tudung adalah wajip bagi para pelajar di sekolah, kita sepatutnya merebut peluang untuk berbuat demikian kerana boleh jadi amalan ini sajalah nanti yang akan menyelamatkan kita dari kelam-kabut alam akhirat.
p/s:
1. uipts, terima kasih kerana masih membaca. Saya sentiasa menunggu-nunggu kamu.
2. dith dan halela, (saya senyum)
Friday, March 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
55 comments:
Saya belajar mengaji seorang sahaja dengan mak saudara saya yang juga cikgu bahasa inggeris tingkatan tiga saya. Jadi saya tak berpeluang main tindih-tindih peha. Kalau saya menggatal nak main juga, maknanya saya tindih peha mak saudara saya.Dia garang! :P
AJ:
ni cerita best. aku belaja ngaji. ngn sorang pak cik. jual air soya. dan sesuatu yang kamu katekan sebagai bubur babi. tau fu fah. dipendekkan cerita. sekarang pak cik tu dlm ISA. diberitakan dia ketua JI negri sembilan. alangkah!
Setuju berkenaan isu tudung yang diutarakan AJ.
suatu mukadimah yang cukup bes diakhiri dgn pernyataan yang tepat..
saya suka kamu!
saya juga menyokong tentang itu..
byk yang memikirkan diskriminasi kat dunia, sampai terlupa diskriminasi Allah di sana kelak..
kira langkah polis tuh bagus lah ek?hmm..ok gak tuh..
AJ, kamu lambat baligh ker??
Kenapa mesti kononnya?
Alangkah baik jika dibuang kononnya....
Hari ini Jumaat dan dari entry ini, ternampak ketenangan jiwa AJ, alhamdulillah.
Permit me to detour a bit here...
Uipts, I still remember you.
What happened to your blog? Its gone!
Hope you are doing fine there.
Saudara AJ, suka saya mengingatkan diri saya sendiri dan KAMU tentang perkara ini: 'NIAT YANG SEBAGAIMANA BAIK PUN TIDAK AKAN MENGHALALKAN CARA' Mempengaruhi orang yang tak berdosa dan berkenaan agar berdiri bersama menyebelahi adalah tindakkan tidak berhemah dan berhikmah. Adakah KAMU DAPAT MENJANGKA tahap tindak balas orang yang kamu pengaruhi terhadap cerita kamu ini?
AJ...apa khabar Maria Arshad?
ada dua isu sebenarnya di sini. satu, tentang kewajipan mengenakan tudung bagi muslimah menurut agama. dua, tentang 'paksaan' mengenakan menjalankan kewajipan ini.
maka, saya rangkumkan dua2 isu ini dalam komen berikut:
saya ada pendapat saya. anda ada pendapat anda. mereka ada pendapat mereka. ulamak ada pendapat ijma'. menteri ada pendapat majoriti.
maka, kita serahkan pendapat kepada yang ahli dalam bidang masing2. takkan kita nak mekanik lakukan pembedahan ke atas pesakit jantung?
apa yang patut kita buat untuk isu ini? itu yang sepatutnya kita risaukan. bukannya apa yang Menteri Pelajaran Malaya buat.
yang pasti, keputusan terakhir adalah pada Allah Yang Esa.
p/s:
sinach, 'diskriminasi' itu ada dua maksud (?). moga2 anda maksudkan maksud yang pertama. kerana maksud yang kedua punyai unsur zalim, dan Allah telah mengharamkan zalim itu kepada sifat dan zat-Nya.
anonymous, 'mempengaruhi' itu adalah sifat kepimpinan. jika orang lain ingin berpegang kepada pendapat AJ, maka, mereka ada hak untuk itu. dan saya rasa, AJ juga sanggup berdiri mempertahankan pegangannya dan orang lain yang bersetuju dengan pendapatnya. itulah pemimpin. berani. bukan bacul.
Tuan Jones, saya ini presiden UiPTS, sayakah yang sdr maksudkan dalam nota sdr itu. Jangan khuatir, setiap hari saya baca blog sdr macam saya saya baca akhbar2 on-line lain. Esok, Sabtu, saya akan cari En. Jaafar Taib lagi. Kelmarin dulu saya titipkan pesan sdr melalui anak lelakinya.
Dalam isu tudung ini saya berada di sebelah sdr. Kalaulah dulu Khir Johari menganjurkan apa yang sdr usulkan itu, barangkali tidaklah saya dan pelajar-pelajar Melayu generasi saya berdosa membuka aurat.
Menteri Pelajaran sekarang tidaklah perlu mengeluarkan memo paksaan, cukuplah dengan dia menyebutkan dalam mana-mana ucapannya bahawa kementeriannya menggalakkan murid-murid perempuan Islam yang sudah akil baligh memakai tudung.
Tetapi saya pun faham, tidaklah mudah bagi mana-mana lelaki mengeluarkan kata-kata galakan seperti itu kepada anak-anak orang lain apabila anak-anak perempuan dan isterinya sendiri tidak memberikan sokongan dari belakang.
Kita kerap menuduh lelaki yang isterinya tidak menutup aurat sebagai lelaki yang lemah agamanya, tetapi bukankah ramai wanita yang menolak gesaan suaminya supaya bertudung? Alangkan di kalangan nabi-nabi pun ada yang tidak upaya meyakinkan anak dan isterinya supaya patuh kepadanya.
Masakan kerana isu tudung, si suami harus menukar isteri, dengan perempuan yang bertudung? Ini isu rumahtangga yang kompleks, bukan semudah menukar model kereta.
Saya berkata begini disebabkan suami saya pun gagal menyuruh saya bertudung. Saya bertudung atas kesedaran saya sendiri. (Mungkin beliau sembahyang hajat, saya tidak tahu, sebab beliau ada sembahyang hajat, untuk apa, saya pun tidak bertanya.)
Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kasihanlah kepada menteri-menteri lelaki itu, jangan beduk kuat sangat....
AJ,
Sekarang rasanya hampir 100% budak perempuan ke sekolah di Pahang pakai tudung. Alhamdulillah. Tapi yang tak sedapnay hampir 30% buka tudung selepas sekolah, hampir 50% tidak faham roh menutup aurat tu sendiri, 80% pakai tudung tapi lengan pendek, baju sendat dan hampir 80% pakai tudung tapi akhlak, masyallah!!! Salah siapa?
AJ, belajar melukis dari siapa?
Isu tudung memang isu yang paling sedih bagi saya.. sebab diorang tak tau untuk apa pakai tudung ni..mungkin ini antara alasan diorang :
1) kewajipan menutup aurat
2) adat - dah sume pakai tudung ikutle..
3) undang-undang mewajidkan - polis (terbaru)
4) pakaian seragam -cam budak2 sek
5) Seronok - orang cakap cantik bila pakai tudung
6) suami paksa / suruh
yang paling sedikit yang no.1
-rinaziz-
sayuti,
pertama kali saya tabik tulisan awak..tupat dan tidak lagi merapu macam dulu-2, syabas.
Tuan Jones, tetap dengan cara penulisannye, sempoi dan sinis. Saya suka. TApi untuk terpengaruh, belum tentu.
Akak
Tuan Jones,
Saya sangkakan kamu bekas suami Noreen Noor. Ah! Maria atau Noreen, keduanya memang simbol seks yang unggul!
Aku bertuah lahir dan dibesarkan di johor sebab ada sekolah agama. walaupun serock dan sebrutal manapun aku, boleh mengaji, boleh berzanji... Alhamdulillah..
eh akak, saya nak merapu sebenarnya. aduh, gagal!
nak tanya ni. kat akhirat nanti, kalau perempuan yang tayang rambut dia pada orang yang bukan muhrim akan jadik ular kan?? sehelai rambut bersamaan dengan berapa ekor ular aa?lupa la plak.hiks
isu tudung? dah lama merdeka.. entah bila nak habis..
semut,oh yer titian siratul mustakim itu tak silap saya sehalus sehelai rambut dibelah 7(betul ker?)
kawan saya cerita ada org tuh sixth sense blh nmpk makhlus halus..dia ckp nampak setan bergayut di setiap hujung rambut dia yg terbuka..kawan saya ckp..MESTI CUTE KAN?!
uikss..pakcik alim soya pon ader sini...bila masa dia glamer kat tenet ni.book ,kalau nak tahu dia biras saya...semua dah jadi sedara nih.
makdijah.
isu hangat yang disusuli dengan comments yang bijak dan membuka medula oblongata saya. saya lebih gemar wanita bertudung. tapi alasan saya lain. bukan kerana lebih cantik atau nampak lebih beriman. saya lelaki keji. saya sentiasa terpikir
"bagaimana rupa si Siti ni jika tidak bertudung. pasti comel!"
atas kerana itulah juga saya suka meng-ushar wanita bertudung. saya di kolej Lim Kok Wing sekarang. di sekitar kolej terlalu ramai wanita kurang berpakaian sehingga saya tidak perlu membayangkan bagaimana rupa mereka jika tidak berpakaian. siap boleh saya lihat jenama pakaian dalam mereka lagi!! terus terang saya katakan.. saya dah malas nak tengok mereka ini. sudah tidak THRILL ( kebanyakannya melayu encik AJ.kasihan mak bapak depa). sekali sekala ( jarang sekali) nampak muslimah bertudung di kolej sejuk kornea dan salur optik saya.. kan bagus kan?
p/s: saya mengaji dulu dengan Mak Tuo. kalau salah tajwid tangan saya di rotan. kalau budak djaman sekarang dirotan pasti ibu mengamuk di TV3 dan THESTAR. apa nak jadi bangsa Bolehland 2020 nanti?
p/p/s: smart kamu sekarang sayuti!! hensem. penangan isteri kah selepas puas memujuk tempoh hari??
jones,
saya belajar ngaji tak sempat tindih2 peha. kena concentrate sbb kalu salah tajwid, peha gebu saya bakal jadik penangan rehal bilal yg ngajar saya. sungguhpun saya perempuan, tp bilal itu mmg serius tak kira laki pompuan sumer kena bantai rehal.
ohya, zaman itamputih dulu tak asing2 ke lelaki n pompuan duduk masa kelas agama? heh.
medula oblongata ... Obefiend peminat Adam Sandler ...
:)
mak saya dan embah saya yang ajar saya ngaji dan tutup aurat :)
peti,
yang tuh aku tau.tapi balasan untuk org popuan yang dedahkan rambut dorang tuh.kalo tak sila selai rambut akan keluar 7 ekor ular kan?isk..mana plak si hamka ustat online nih.
obe,
memang macam tuh la pompuan jaman skang nih kan.menyebabkan kebanyakkan kaum lelaki yang sukakan thrill itu mengubah haluan seks mereka.hehe.
Aurat? Apa itu? Tubuh badan, suara, pandangan mata, percakapan-termasuk gurauan, perlakuan,barang kemas juga aurat. Bukan saja aurat sendiri yang kena jaga, melihat aurat orang lain pun dilarang(mungkin pakai tudung dan pendiam tapi tengok PORN- tak dosa ke tu?. Jangan cepat memberi tafsiran bahawa yang tidak bertudung itu tak mematuhi ajaran agama, dosa dan pahala itu perhitungan Yang Maha Kuasa- Siapa yang masuk Syurga dan Neraka pun belum tentu, kadang ada yang nampak alim tapi alim kucing-pandai sorok kuku. Mulut membisu tapi dalam diam jahatnya-membisu seribu bahasa kata orang.
Melindungi tubuh badan hingga ke bawah dada(tidak menampakan bentuk buah dada walaupun berbaju), KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN. Suara-berkata jangan merengek-rengek, mendesah-desah. Pandangan mata-jangan melirik dan memandang tepat ke arah kemaluan atau area sahwat, bergurau ada batas antara mahram dan antara lelaki dan wanita. Bahkan suami isteri juga dilarang bergurau yang bukan-bukan, ambil contoh menyamakan bentuk bontot isteri dengan ibunya. Perlakuan yang melambangkan pergerakan seksual, dan barang kemas.
Perlu dijelaskan dalam menutupi aurat tanggungjawab utama ialah ibubapa dan diri sendiri, jangan menyalahkan orang lain atau pemimpin. Ewah membuat anak kencang bukan main, dah terpancut keluar nak suruh orang mendidik. Berani buat tak berani tanggung.
-Pahbedah
eff, bukan penangan isteri lah. saya memang sentiasa segak. haha.
"pahbedah" - nama lain utk kak anas yang ada saya sebut dalam entry bertajuk 'Timangan'.
dalam isu aurat ini, yang paling penting ialah peranan masing2. lelaki suka menyuruh wanita pakai tudung, tetapi lelaki yang menyuruh ini tidak mahu menjaga pandangan sendiri. bukankah dalam ayat tentang batas2 aurat wanita ada juga menyebut tentang kewajipan lelaki menjaga mata?
sebenarnya yang lelaki harus melindungi wanita. dan wanita perlu melindungi diri sendiri. maka, soal peruntukan undang2 tidak timbul jika sama2 mengamalkan.
tapi, ramai sangat nak jadi wira hak kesaksamaan wanita, itu yang susah tu.
*sigh*
pahbedah,
owh,macam tuh ker?jangan pk yang besar-besar kalau yang ringan macam tudung tuh pon tak boleh nak laksana.kan?
saya tak nampak sebarang ketidakbenaran dlm entri ini. semuanya benar. tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
saya sangat ingin menjadi salah seorang penyokong kebenaran.
orang yang sembahyang, belum tentu masuk syurga. tapi orang yang tak sembahyang, barangpasti masuk neraka.
orang yang menutup aurat, belum tentu masuk syurga. ok.. sambung sendiri ayat seterusnya berdasarkan contoh di atas. sekiranya mahu. :)
Ada blog buruk, tidak bermakna boleh menghina keji, mengaibkan, menyindir perli orang sewenang-wenangnya. Bertempiklah barangsiapa nak mengutuk orang, dosa tu tak masuk buku kira-kira orang lain. Ko nak kata diri ko sorang yang betul pun gasak engkolah, ko nak menghina orang pun ikut sukalah, kalau nasib ko tak baik esok lusa kena pada orang yang garang, tau hukum, ada duit nak pakai peguam, dan serba ada kenalah ko bak buku dengan ruas, kalau kena saman-naik mahkamah pun bukannya melibatkan kami kan! kan! Buatlah apa suka ikut nafsu nafsi ko. kami peduli apa. Ada masa kami baca tulisan merapu ko ni, kalau tidak baca blog lain. tak jas langsung!
-Lyz-
Dulu, ada seorang budak laki-laki yang suka letak cacing tanah atas selipar saya semasa saya mengaji di surau. Mungkin dia ingat semua budak perempuan geli/takut dengan cacing.
Lyz,
diperli, disindir, dihina adalah perkara yang menguatkan kita sebenarnya. macam ubat yang pahit. kita boleh luahkan, muntahkan, tolak, tumpahkan. kalau kita makan, dan menelan kepahitan, diizin Tuhan, sihat tubuh badan.
p/s: kubur memang masing2, tapi yang memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, mengkebumikan...?
tiada paksaan dalam beragama bukan tiada paksaan dlm melaksanakan hukum agama. andaikan kita menyertai satu MLM, mmg tiada paksaan utk menyertainya tp bila dah jadi ahli, apakah kita dapat ganjaran kalau tidak melaksanakan apa yg disuruh? mungkin tidak...
sejak bila blog AJ jadi HOT.FM
LEBIH HANGAT DARI BIASA..
sayuti: awak tipu.awak dulu selekeh. saya kenal awak. jgn nipus!
/me suka lagi baca komen dari mengomen!
Aduh.
Terasa.
Aku mengaku aku tak pakai tudung.
Yang lawak nyer masa kat Maktab Penang pakai sebab part of culture merangkap regulasi.
Tapi jangan risau la semua, di IPTA rasa2nya hampir 90% student Islam pakai tudung. Boleh la kira dengan jari siapa tak pakai tudung.
Awareness tu ada. Cuma takmo pakai jek.
Nak guna ayat kubur lain2 pun rasa kurang ajar jek.
Apa kata guna ayat, "Tanggung sendiri la dosa tu, dah baligh kan?"
Hisham mmg begitu. Dia reti angkat keris sahaja ha ha ha.
eff, tu waktu lepak2 tengah malam di mamak lepas wat fyp yang memeningkan kepala. memanglah selekeh. lagipon, yang ada hanya kau dengan mahluk2 jantan tua yang sama2 selekeh jugak. haha.
atok, betul. ramai yang mentafsirkan ayat itu sebagai tiada paksaan dalam agama, padahal tiada paksaan dalam beragama.
tapi, itulah, bila mengajak ke arah kebaikan harus berhikmah.
dulu, saya pernah menggunakan ayat ini:
"perempuan ini ibarat buah yang ranum (di pokok), harus dibungkus, sembunyikan dari penglihatan orang (dan untuk menggalakkan tumbesaran). bukan apa, takut ditebuk tupai (lelaki lah tupai itu)"
tapi, saya mendapat surat layang dari seorang gadis yang amat marah dengan ayat tersebut. tiada pulak lelaki yang marah bila di samakan dengan tupai.
*sigh*
p/s: inilah topik paling hangat ketika di forum grapevine dulu. kan eff?
Kadang saya sendiri pun tak tau mana yang lebih baik.. pakai tudung tak solat atau solat tapi tak pakai tudung
Memang pakai tudung tak semestinya masuk syurga dan bertudung tak semestinya orang tu baik..tapi sebenarnya di situlah 'IMAN'..kamu akan rasa seronok melakukannya, indah dan mahsyuk
-rinaziz-
fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.
Dan budak darjah tiga itu berlaku dahsyat.
darjah tiga. difitnah.
darjah enam. digoda.
zaman kanak2 yg sukar.
-tef-
isu ni makin besar.
Aku nak ckap, biar pakai tudung tu keluar dari hati yang merasa bahawa itu kewajipan yang Allah suruh dan kita sebagai hamba mesti mematuhinya...
kalau pakai dengan sebab selainnya, tak guna. tengok ramai ja calon2 af4 yg pakai tudung tapi tak malu menari tonggek2 tunjuk buntut depan orang ramai... itu akibatnya
pada bapa2 pada anak perempuan yang masih di dalam tanggungan dia, elok la dia ajar anak dia menutup aurat. ajar maksudnya tunjuk ajar, bagitau sebab apa, bukan suruh pakai semata2...
waahh....tetiap ari bace blog pak lah..tp entry kali nih yg plg panas..mayb sbb ramai sgt yg terase..
-tak mkn cili-
pembaca blog engkau ada jugak yang jenis cepat menggelupur rupanya...
ntahlah pak jones.
baru tengok luar pun dah kokak banyak, nak kecoh tentang amalan dalaman. Ntah aper2 arr yang mempertikaikan dalaman dan soal bertudung.
Dah tau takmo bertudung, diam. Jangan ditunjukkan kejahilan pula.
Cepat benar menggelupur...
ya.ya.aku setuju.haha.tudung tuh..haha
Mengapa tidak ibu kamu saja yang mengajarkan membaca kalam Allah s.w.t. itu Tuan Jones?
Hikhikhik..panas sampai 6 ari topik nih..
Memang bunyik cam kurang ajar bila kata kubur memasing..
tapi ustad penah kata "kalau org ckp camtu, ckp balik kat dia..memang la kubur memasing tapi kita mana tau kubur kita katne..buatnya kubur kita bersebelahan, seksa saya sampai kiamat tetiap hari dengar awak terjerit melolong kene sebat dgn Mungkar & Nakir, tak dpt nak lena saya..."
relevan jgk...walaupun kita tak tau betul ke org dlm kubur boleh dengar jiran sebelah terpekik melolong kene seksa..
ckp sendiri buat seniri tanggung sbb dah baligh lebih elok..tp, org kita bila cakap lembut2 buat tak heran, bila ckp pedas, mulalah melenting sedangkan hal yg dikatakan itu benar2 belaka..
AJ, tunggu kedatangan saya ke sana utk sambung blaja, insyaAllah.
saya baru masuk blog ni..tapi entri ni saya nak tertarik komen gak..
ramai cakap dlm agama tak de paksaan. itu maknanya Islam tak paksa org bkn beragama isalm emmeluk islam. tapi, bila dah bergelar muslim/mah tu, kena terikat ngan segala peraturannya. Dlm kaedah fiqh tu ada hukum wajib, sunat, harus, haram.jd, bila sebut wajib, maka ia adalah paksaan sbb tak buat berdosa. mcm solat 5 waktu wajib, jd tak buat berdosa. bgitu jg ngan tutup aurat bagi wanita, itu perintah ALlah dlm Quran, dah wajib. jd, tak buat berdosa.
ramai org kata yg penting hati baik. tapi, adakah betul hati kita betul2 baik sedangkan perintah ALlah pun kita tak buat, n dlm hal ni bab bertudung.
kalau baca isra' mikraj' Nabi kita, yg dia tgk ramai perempuan masuk neraka tu, antaranya sbb tak tutup aurat..siap Nabi detailkan jenis tak tutup aurat tu ngan jenis azabnya.
camnerkan nak tahan azab kubur kita ni? sedangkan kena api lilin pun dah menjerit. duduk dlm gelap lampu black out dah panik, inikan pulak nak duduk dlm kubur gelap dan sempit yg blh patah segala tulang tubuh kita.mmg betul azab kubur tu blh didengar oleh semua makhluk ALlah, even binatang, kecuali manusia yg hidup jer.
saya suka jawab, kalua org pertikai pasal tudung ni tapi hati jahat, tapi org tu tak bertudung dan hati baik. pada saya, dua2 ada kelemahannya, bertudung tapi hati jahat, kena baiki hati dia n amalan2 lainnya. at least, bertudung tu dah selamatkan dia drp check point kat akhirat nanti..tinggal nak cover benda2 lain lagi. dan yg tak ebrtudung tu tapi baik hati, dia mesti bertudung gak..sbb kat akhirat akn ditanya nanti, tanggungjawab dia ada di situ.
kepada yg belum bertudung, hari2 minta ngan Allah bukakkan pintu hati nak bertudung n tutup aurat ngan sempurna, tak mo lah tutup rambut, tapi lengan nampak, betis nampak (pakai tudung tapi skirt jeans labuh belah sampai nampak peha)..itu tak cover tutup aurat sbnrnya.
dan pada yg bertudung litup tu, jgn memandang hina pd mereka yg tak bertudung, sebaliknya berdoa agar mereka itu tergerak nak ebrtudung. kita dah pahala dan mereka dapat hidayah.
hmm..dunia ini adalah penjara bagi mukmin tetapi syurga bagi kafirun.
(T_T) <--- ini adalah emotikon orang menangis keinsafan
haha...jones,kamu katakan sesuatu yang sudah lama aku kepingin untuk berkata2....wpun agak xbhekmat tp sape mkn cila dia le rs pedas..biarlan,sape suruh mkn cili..dari kecik,srh blajaq tp tak reti2..hahaha
begitu juga syikin..bijak2...wpun dlm 2aspek yg bbeza..
best regards, nice info Long sleeve dress shirt with guitars mens Stevie nicks klonopin finally free hair removal does it work Popular sports in lithuania Vintage bdsm drawings Lexus is300 part Voice over ip home plan alabama 2002 toyota tundra Paintball weapons Guys boating Vacuums and cleaners electrolux vacuum hose Scholarship small business Adey flower virgins using vibrators
Post a Comment