Tuesday, February 14, 2006

lelaki

"Mengapa tidak menulis mengenai kartun yang menghina Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam?" tanya seorang pembaca.

Jawapannya adalah kerana saya sangat-sangat takut.

Jika selama ini Allah menutup hati atau keinginan manusia untuk menghina Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam, tetapi hari ini tidak. Mengapa?

Saya tidak tahu, tetapi saya sangat-sangat takut ini akan menjadi sebab untuk Allah menghantar petaka yang tidak pernah kita lihat. Petaka yang akan menimpa kita, anak-anak kita, ibu-ibu kita.

Cubalah fikir dalam-dalam siapakah Nabi Sall Allahu alaihi wa Aalihi wa Sallam ini. Kemudian tanya kepada diri kamu sendiri adakah layak Baginda di hina sebegitu rupa, kemudian cuba fikirkan pula apakah bala yang kamu rasa layak di henyak ke kepala kita semua ini yang setiap hari semakin jauh dari amalan agama.

Ini kekasih Allah. Mereka hina. Tidak ada ketakutan langsung di hati kitakah?

Cukupkah sekadar berpiket kemudian balik kerumah dan tidur keletihan.
Cukupkah sekadar menutup akhbar di Borneo sana?
Kemudian kamu dengan senang hati mahu menjadi pendamai untuk mereka.
Selamanya kamu menjadi barua si kafir dan kamu gembira.

Mahu apa sebenarnya kita ini?
Mahu mampus dan ditempelak Tuhan?

27 comments:

Pegawai Khalwat said...

Na'uzubillah......

Aku ada menerima attachment karikatur yang dimaksudkan. Tapi aku tak forwardkan pada sesiapa (walaupun e-mail itu diforwardkan dgn mesej boikot produk orang)

Kerana pada aku.... kalau kita marah dan kesal karikatur itu diterbitkan oleh orang lain, kenapa pula kita sendiri yang nak menjajanya?

sinaganaga said...

Hey dude,
Kau masih selsema? Atau. Pagi ini kau masih belum mendengar Dylan? Ermmm...

Sya said...

Saya tidak pernah membuka atau melihat karikatur yg dihantar begitu juga pesan saya pd anak2.

Tak tahu kenapa.. tak sanggup nak melihat dan betapa lemahnya iman saya kerana ini saja yg saya mampu..

astaghafirullah.....

Sayuti said...

itulah sebenarnya taktik mereka dari dahulu lagi. apabila kita dapat email "jangan lawat website2 ini kerana menghina agama", lalu disertakan dengan url website2 berkenaan, dan di penghujung email dituliskan "forwardkan kepada orang lain". mengikut hukum statistik, sekurang2nya 10 peratus daripada penerima email berkenaan akan mengklik url yang diberi atas dasar ingin tahu. lalu, kita dengan berjayanya telah membantu mereka mendapatkan pelawat ke website berkenaan.

tentang isu kartun ini, tahukah kalian bahawa sejak zaman medieval lagi ia telah dilakukan? kajilah sejarah. tapi, mengapa bila zaman ini laju betul ia tersebar? bukankah dengan bantuan kita juga? seperti mana yang dikatakan pegawai khalwat di atas.

AJ: seperti mana yang pernah disebut oleh seseorang di dalam komen blog kamu baru2 ini. Islam itu unggul, dan kita tidak perlu keluar dari keunggulannya utk membawa orang lain masuk ke dalam keunggulan tersebut.

Nabi itu unggul, penghinaan orang lain tidak akan mengeluarkan dia dari keunggulannya. Bukankah kita lebih bijak jika berdiam diri dan senyap2 memboikot produk mereka? tidak perlulah mengamuk dan berpiket atau menyebar2kan lagi penghinaan tersebut.

Biarkan saja anjing menyalak selagi dia tidak kejar dan gigit kita. jika dia kejar jangan lari. jika dia gigit kita baru kita pukul balik. janganlah pula kita baling batu hatta memprovok anjing berkenaan utk mengejar dan menggigit kita pula.

maaf AJ, skali lagi blog kamu digunakan utk menyatakan pendapat peribadi orang lain. tapi, spt juga anda, saya sangat takut utk komen tentang perkara tersebut. tapi, kita bukan pengecut.

utk mereka2 yang berkenaan,
1. berapa ribu kali kalian berselawat ke atas Nabi dalam sehari sebagai bukti cinta kalian terhadapnya?
2. sudah sembahyang di masjid?
3. sudah hafal sirah Nabi?
4. kenal anak2 dan salasilah Nabi?
5. fahamkah kamu tentang tindakan2 Nabi?
6. sunnah baginda?

belajar itu dulu, baru pergi berpiket. itu adalah sokongan yang lebih jitu daripada pekikan macam orang gila melaungkan kalimah agung yang kalian sendiri tidak faham ertinya.

Anonymous said...

Encik Abdullah,

Aku agak kalau demonstrasi atau piket itu diketuai oleh Nora Danish, berduyun-duyun akan turut sama menyertai. Sitempang datang bertongkat si capek datang ber'wheelchair'.

Persoalannya, mereka boleh meludah di mana-mana sahaja tempatnya. Kenapa harus meludah tepat ke muka kita? Apakah itu namanya kebebasan meludah?

Persoalan juga, setakat mana kita terasa dengan ludahan itu? Semakin tipiskah iman kita?

hanya kita yang mempunyai jawabannya.

Korakora said...

sayuti, apabila ada si fulan mencerca dan menuduh isteri kita sebagai pelacur, apakah si suami masih bergelar terhormat apabila mendiamkan diri?

alangkan itu adalah isteri. dan bagaimana pula kalau yang dicerca dan dikutuk ialah rasulullah?

che lah, entri ini membuatkan aku terfikir2, apakah yg aku lakukan ketika khalayak kuffar mengutuk nabi kita.

nampaknya aku hanya benci dalam hati. tapi aku harap kita tak menjadi mereka yg memperlekehkan usaha orang lain pula!

Ku Keng said...

Tuan Jones: Itu memang tepat dan jitu.
En. Sayuti ooi, hari tu hang kata malas nak pi masjid. Samapi mem hang tak larat nak berleter. Hari ni hang pulak marah orang tak pi masjid. Ha, ha. Tak apa minggu depan kita sama-sama pi masjid dan baloi poh piah dan sup kambing. Hang tunggu aku kat serambi belah depan. Ok. Masjid baru Pekan Setapak.

Rie said...

ingin bergenang lagi air mata aku bila kau tulis lagi tentang penghinaan ini. betul katamu. aku yakin bala tuhan akan menghenyak kepala kita. yang perlu kita fikir bukan JIKA tetapi BILA bala itu datang.

Anonymous said...

takutt...betul!

Azyze said...

Saya pun rasa emel itu tak perlulah diforwardkan.
Kata seorang kawan "Kalau orang tak tahu, macamana nak ukur sejauh mana teruknya penghinaan?"

Jawapan:
Kalau ukur pun tapi tak buat apa-apa tak guna juga.
Kalau sibuk kata nak join berpiket, tapi terpekik terlolong depan tv sahaja pun tak guna juga.
Kalau kata nak ajar bangsa lain jangan kurang ajar, tapi pergi maki hamun sumpah seranah carut mencarut dengan lantang tak guna juga..
Islam kan ajar kita untuk tidak menggunakan kekerasan selagi termampu.
Nak b*m, kalau mampu silakan. Nak piket, kalau mampu, silakan. Nak berhujah, kalau mampu, silakan.
Kalau tak mampu?
Boikot sahaja. Suara ekonomi sering menelusi telinga, kan?

Sayuti said...

bukunota: persoalannya adakah isteri kita pelacur? yang penting kita tahu nilai isteri kita. dalam konteks ini, adakah kita melayan isteri kita seperti pelacur? itu yang perlu difikirkan.

orang yang mengkutuk itu yang akan dapat penghinaannya nanti. mengapa pula kita nak tambahkan lagi penghinaan tersebut, seolah2 mengiyakan apa yang dikata.

tuan keng: itulah yang saya malas nak cakap apa2 tentang isu ini. slama ni saya simpan buat muhasabah sendiri je. sebab saya tau saya akan kena balik. masjid pekan setapak saya tak tahu kat mana. tahu yang dekat bandar baru sentul tu je.

d'arkampo: ludahan itu tidak akan kena jika kita mengelak. kalau terkena pon, ludahan itu juga kita boleh cuci dengan air ketakwaan yang akan lebih menyucikan wajah. bukannya dengan meludah kembali bersama kahak2. lalu, jadi pertandingan ludah meludah pula.

ondeonde: bukan tak buat apa2. kita perbaiki diri.

secara general: takbir Allahuakbar tu tinggi maknanya. saya sedih bila dilaungkan tidak kena pada tempatnya.

p/s: ahh.. ini blog AJ. saya pula yang lebih2. (malu)

aeyjay said...

adakah diam bererti setuju dgn tindakan si polan itu? ataukah berdemonstrasi dijalanan cukup utk membuktikan kasih sayang kita pada Rasullullah SAW? erm .. aku kat mana??

dueng said...

aduh..panas.

bahangnya menyengat. tp kalau aku, aku mahu simpan karikatur tu, tolong emailkan pada aku, mdueng@yahoo.com. silakan ye.

orang kata, bagaimana mahu kenal kalau tidak pernah tgk. aku mahu tgk, teruk benarkah karikatur berkenaan? pernah kalian melawat laman web murtad? hebat mereka, boleh buat satu laman web. tiada salahnya melawat, menjenguk kenapa mereka begitu. membaiki diri kita, memberi panduan sebelum akaun kamu kena ban oleh admin site. dari situ, kita tahu...apa keperluan memberi pemahaman mengenai sesuatu perkara berbanding mengikut ibarat ayam mematuk padi.

jika benar mereka hebat, kita samakan taraf kehebatan kita. tunjukkan pada anak2, ini lah karikatur menghina Nabi kesayangan kita. kamu mesti sayang pada Nabi ini...tanpa Nabi yang mulia ini, kita mungkin lagi menyembah tokong atau patung berkepala gajah berperut boroi. terkadang, menunjukkan gambar kemalangan jalan raya kepada anak remaja mampu membuatkan mereka berfikir dua kali untuk memecut dgn laju...bayangkan otak kamu terburai diatas jalan...sambil dilanyak2 oleh tayar kenderaan lain yang sedang laju juga. tidakkah kamu mahu insaf?

sebab itu ibu bapa tidak mengajarkan anak2 adab ke masjid maka anak2 ibarat pontianak mengamuk, bisingnya, Ya Allah, mahu dilempang saja. cubalah diajarkan adab di masjid dan cara bersolat dgn betul, barulah dibawa anak2 ke masjid, barulah dia mengerti. kalau masih tidak mengerti juga, libas jer sekali punggungnya, nescaya dia akan igt sampai bila2. bising di masjid = libasan padu maut di punggung.

berbalik pada isu karikatur itu, bagaimana pula dgn pemimpin Malaya yang menghina Nabi kesayangan kita itu? bagaimana pula dgn mufti yang dipecat kerana buat rush dekat pertandingan ratu cantik? bagaimana pula dgn mufti yang diselar kerana mengeluarkan fatwa mengharamkan sure heboh?

akhir kata, kuman di seberang nampak, gajah dan godzilla depan mata diabaikan. ops...maaf kalau terlalu lancang. mohon berundur.

Sayuti said...

ah dueng. macam aku kenal penulisan tu. blog genjo?

Unknown said...

Sesiapa dari golongan kamu yang melihat perkara mungkar hendaklah ia cegah dengan tangan nya, maka jika ia tidak mampu, hendaklah dicegah dengan perkataan nya, dan jika ia tidak mampu dengan perkataan, maka hendaklah ia mencegah dengan hati nya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." Al Hadith



Selemah-lemah iman, perlu ada rasa marah dan tersinggung, bila Nabi sendiri dihina...

loppiess said...

eer..aku macam nak sokong sayuti je nii..tapi..eerr entah.

Penyataan kita atas penghinaan sedemikian rupa harus juga atas sesuatu yg bersifat keras tapi mengesankan. Tapi bagaimana?

Atas iman yg kuat adakah membakar bangunan kedutaan cara ( atau langkah ) betul?

sejumlah kita kelihatan emosional, ini atas sentimen jalanan yg tidak profesional.

memboikot barangan satu langkah wajar. tetapi bagaimana sedangkan Kuwait membenci iraq dan syiah bermusuh dgn ahli sunnah wal jamaah?

kesatuan yg bagaimana wujud antara kita?, 'kita' yang sujud menghadap satu arah kiblat.

ia masih sukar, bukan?

Sayuti said...

jiwa rasa: bila anda menyebut ayat berkenaan, saya sering terfikir... kenapa belum sampai tangan saya ke muka pasangan belum nikah yang beromen di taman bunga dan kompleks membeli belah di bawah tempat saya bekerja? cuma, tangan saya sampai ke keyboard saja. rasa marah dan tersinggung itu ada, tapi sabar itu lebih penting. bukan apa, teringin masuk dalam golongan yang sedikit.

loppies: sukar. sangat sukar. sesama rumpun sendiri pon masih bertelagah.

salsabila: ayat yang secara general betul.

aj: anda kacak.

Jannah said...

Karikatur menghina nabi,
Menghina syurga yang dijanjikan Allah swt,
Patut dilihat karikatur itu dan ambil pengajaran,
Tengoklah anak-anakku mereka yang sudah buang tuhan kerna merasakan mereka bisa berdiri sendiri.

Obefiend Weiland said...

hai miss J..nice tasty pics.probably eating ur MCD.. hhehehe

yang saya pelik adalah..

akhbar borneo 45 tahun.. ditutup sampai bila-bila

akhbar tiong hwa pula hanya digantung 2 minggu

bak kata orang putih " what gives?",.. alang alang ban biarlah pukul sama rata. barulah adil..tapi saya harus perbetulkan tulisan encik jones. nabi sebelum ni pun pernah dihina. bukan ini pertama kali. ingat kah lagi kepada Salman Rushdie dan seorang lagi penulis wanita muslim India (dah muratda dah ) yg menghina nabi 5 tahun dahulu. tak lupa juga zaman turki uthmaniah dulu. ada pertunjukan teater di West End menghina nabi. cuma sekarang kita lebih global dan satu dunia tahu. dulu very the very localised. kita pun tatau!

ayah Pin pun hina nabi gak.. pasal dia menyeleweng akidah. kenapatak boikot dia. mana tah orang tua tuh? helo Rakan Cop.. mana pegi ayah Pin?

dueng said...

teratak: menarik bukan, mereka semua muslim dan mereka tahu neraka itu pasti tp mereka buat juga. kenapa ye? kebal dgn api neraka barangkali.

sayuti: iya encik sayuti, titipan blog encik genjo. promosi barangkali. idea nya menarik utk diketengahkan. variasi dalam perbincangan.

"Jika aku di tempat mereka, mereka suruh murtad, murtad dululah, lepas tu masuk Islam balik. Bukan sebab kita tak percaya Tuhan, tapi sebab survival. Anak bini kena jaga jugak oi!"

bagaimana mahu membezakan antara betul2 murtad dan murtad acah2?

pada zaman nabi sendiri, sahabat nabi (lupa nama nya) sendiri murtad (acah2) utk membebaskan diri dari kekejaman kafir kuraisy. sebaliknya, ibu bapa nya dibenarkan dibunuh oleh kafir kuraisy. hrm...keliru2..

terangkan jalan saya, saya cuma ingin mengetahui sebab musabab yang mungkin dibolehkan murtad (acah2) dgn tujuan menjaga kebajikkan diri ni. sejauh mana dibenarkan...dan kalau mungkin, adakah itu yang pertama dan terakhir murtad (acah2) dibenarkan?

enlighten me please...thanks.

dueng said...

encik effi:

encik ayah pin tidak tertakluk kepada undang2 SYARIAH kerana dia sudah murtad. makanya, tiada hukum yang boleh menghukumnya kerana Malaya membenarkan mana2 rakyat yang berumur 18 tahun keatas memilih agama masing2. tp..itu undang2 persekutuan, undang2 syariah tidak tertakluk kepada mereka yang telah murtad, dgn kata lain, mana2 mereka yang murtad (selepas apply penukaran agama dan kad pengenalan baru dgn sebab bertukar agama), maka undang2 Syariah tidak lagi tertakluk keatasnya.

ah...malaya, so called Negara Islam. opsss..

Sayuti said...

(perbincangan sudah melalut)

Korakora said...

mmg keluar dari topik.

ada sebut pasal isu mengucapkan kekufuran kerana terpaksa, kan?

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

rujuk ayat 106 surah an-nahl.

mmg orang yg terpaksa mengaku kufur dibolehkan berbuat begitu sekiranya diancam nyawa dengan syarat hatinya tetap beriman.

tapi sekiranya dia tetap utk mempertahankan imannya walaupun dibunuh, maka dia menggambil azimah dan sekiranya mati, dia syahid mempertahankan akidah.

dan kita tak boleh mencerca mereka yg mengaku "olok2" kerana diancam nyawa krn mereka mengambil rukhsah.

Roti Kacang Merah said...

Suka saya utk quote dari Blog MokcikNab...

" I just wonder, are all those angry people we see on the news, genuinely fighting for Islam, or were they paid to march and shout and burn just for the cameras? Do all the white people vehemently claiming their stake to freedom of speech really believe it exists, or where they, too, paid to provoke? Who knows, anymore? This chaos, this widening schism between Muslims and the rest of the world clearly benefits someone; and I honestly doubt it has anything to do with religion or faith or the Universal Declaration of Human Rights."

Kita gaduh gaduh gaduh gaduh.... dan dari kejauhan, 'mereka' suka suka suka suka...

Anonymous said...

Thank you!
[url=http://cmwfagvh.com/uxys/guxr.html]My homepage[/url] | [url=http://iwfxvfbo.com/rqqa/ahfv.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Well done!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Nice site!
http://cmwfagvh.com/uxys/guxr.html | http://orbtntfy.com/gcus/xgsk.html