Saturday, February 11, 2006

malang

"hang racing basikal ka? hang kenai aku? aku (lupa nama). depa pangei aku Raja Bukit" kata seorang lelaki Melayu separuh umur yang duduk di bangku sebuah rumah mabuk di lorong belakang, kepada saya.

Saya dan Wan Tik, sepupu paling rapat dengan saya mengambil keputusan ke Pulau Pinang untuk melihat-lihat Pesta Pulau Pinang yang ketika itu sangat terkenal. Tanpa di ketahui oleh Wan Tik, saya sebenarnya mempunyai motif lain. Saya sebenarnya ingin mencari Masnora. Bapanya mendapat tawaran mengajar di USM (jika saya tidak silap) setelah kontrak mengajar di Sekolah Sains ... tamat. Kerinduan saya kepada Masnora membutakan logik akal. Mana mungkin saya boleh bertemu dengan dia tanpa alamat dan temujanji. Seperti mencari jarum dalam timbunan jerami.

Raja Bukit tadi sedang duduk dengan beberapa lelaki tua Melayu sambil minum arak. Saya tersesat masuk ke rumah mabuk itu ketika mencari rumah tumpangan. Dan ya, saya pernah berbasikal racing. Hadiah lulus peperiksaan semasa di tingkatan tiga. Saya berhenti berbasikal racing setelah termuntah semasa mengikuti rombongan kawan-kawan yang lebih ahli didalam sukan dari saya. Tanpa sebarang latihan saya dengan beraninya menerima pelawaan mereka untuk berbasikal sejauh 30 batu. Muntah hijau.

Saya bukan sahaja berhenti berbasikal racing tetapi saya juga terus berhenti bersukan secara keseluruhannya setelah saya mengambil keputusan untuk merokok dengan serius. Merokok lebih bagus dari berbasikal racing kerana selama merokok ini, saya tidak pernah muntah hijau.

Perhatian: Saya hanya mula merokok setelah tamat belajar. Saya tidak tergolong dalam golongan manusia yang menghidu bau taik sambil menyedut asap rokok. Jika ada antara kamu yang bodoh tidak tahu, merokok sambil berak adalah di larang.

Dibalik kanan bilik tumpangan kami di huni oleh kumpulan 4 orang lelaki Melayu. Dalam lingkungan 20an. Sebelah kirinya di huni oleh seorang lelaki Inggeris (yang merupakan seorang wartawan perlancongan-hal ini di ketahui setelah berlaku satu peristiwa- teruskan membaca untuk mengetahui kisahnya). Sebelah bilik lelaki Inggeris tadi di huni oleh pasangan wanita kulit putih dan lelaki Cina. Dari percakap 4 lelaki Melayu tadi, saya rasa mereka adalah penduduk tempatan, Pulau Pinang atau kedah .

Sekitar jam 2 pagi, saya dan Wan Tik di kejutkan oleh bunyi riuh rendah di luar bilik saya. Terdengar suara lelaki Inggeris tadi dan suara lelaki Cina tuan punya rumah tumpangan. Saya keluar dari bilik. Wan Tik masih tidur. Lelaki Inggeris itu memarahi saya. Katanya saya cuba memasuki biliknya melalui siling dan menunjukkan siling biliknya yang pecah. Tuan punya rumah tumpangan kami terus saja mengunci pintu depan untuk mengelakkan kami dari melarikan diri.

4 lelaki Melayu di bilik sebelah saya tidak kelihatan. Tetapi saya dapat mendengar suara mereka berbisik. Maklum, rumah tumpangan kami bukanlah hotel 5 bintang.

Polis datang setelah sejam kami di penjarakan di rumah tumpangan. Saya, Wan Tik dan 4 lelaki Melayu dari bilik sebelah di bawa ke balai menaiki van Polis. "van baru ke bang?" kata salah seorang dari 4 lelaki Melayu yang sama-sama di bawa ke balai tadi. Cuba berbual-bual dengan abang Polis. "sapa abang hang?" kata abang Polis.

Saya dan Wan Tik di soal siasat. Kami di tanya dari mana dan sebagainya.

Saya bertanya adakah saya di tangkap. Polis yang menahan saya dan Wan Tik menjawab tidak, cuma katanya hal ini menjadi besar kerana lelaki Inggeris di bilik sebelah saya itu adalah wartawan perlancongan dan ini amat berbahaya untuk Pulau Pinang.

Hampir 3 jam saya di balai Polis. Apa yang saya ingat adalah balai menjadi sangat kelam-kabut. Sehinggakan ketua Polis Pulau Pinang di hubungi pagi itu untuk mengetahui apakah tindakan yang perlu di ambil ( jika saya tidak di auta oleh abang Polis yang menyoalsiasat saya). 4 lelaki Melayu dari bilik sebelah rumah tumpangan saya tadi juga di soalsiasat .

Dan saya mendapat tahu yang 4 lelaki Melayu tadilah yang menaiki siling bilik rumah tumpangan dan mereka bukannya hendak merompak atau mencuri tetapi mereka sebenarnya cuma mahu mengintai pasangan di bilik sebelah bilik lelaki Inggeris tadi. Mereka berfikir dengan otot-otot lutut.

Saya tidak tahu apa yang berlaku kepada 4 lelaki Melayu yang berfikir menggunakkan otot-otot lutut itu. Samada mereka di dakwa atau sebaliknya.

Saya dan Wan Tik kembali ke rumah tumpangan untuk mengambil barang-barang. Tuan punya rumah tumpangan menunggu di muka pintu dengan, "sorry aa incik, sorry aa. Ini malam tidur free sini aa incik." Kami mengambil keputusan untuk tinggal satu malam lagi di rumah tumpangan tersebut sebelum mencari tempat lain. Free beb.

Malam itu kami ke Pesta Pulau Pinang.

Dan bayangkan di dalam ramai-ramai manusia dalam cahaya yang berwarna-warni itu saya bertemu dengan Suhandi, adik Masnora. Dia yang menegur saya. Kami berbual sambil berdiri. Dia bertanyakan itu-ini. Saya menjadi tukang jawab yang bodoh yang tidak meminta sebarang maklumat tentang Masnora atau meminta alamat tempat tinggal mereka. (email dan talipon bimbit belum ujud. Blog juga masih belum di reka). Suhandi kemudian meminta diri dan pergi. Kami bersalaman dan berpisah.

Malam-malam berikutnya saya masih terus ke tapak pesta, menunggu, berdoa bertemu Suhandi sekali lagi. Malangnya peluang semalam tidak datang selalu.

sigh.

Sebelum balik ke Tanah Besar, kami mengambil keputusan untuk menaiki bas ke Seberang Prai. Kesilapan besar. Saya amat yakin yang jika tidak menghisap ganja, pemandu bas tersebut adalah bekas pemandu formula satu. Saya sempat menulis surat wasiat dan memyerahkannya kepada Wan Tik semasa berada didalam bas yang banyak kali mahu menjunam ke gaung sebelah jalan. Sesiapa yang ingin merasa pengalaman hampir mati, sila naik bas ke Seberan Prai. Tidak perlu ke Selesa Hill Homes untuk di tanam.



Pulau Pinang adalah kenangan yang tidak berapa selesa untuk saya.
dan satu lagi,

Hajar : i hate rappers Pa.
Pa : dia juga peguam.
Hajar : a paid liar and a rapper. I don't think so Pa.

Oleh kerana ini semualah maka Mat Jan, saya minta maaf. Jawapannya ialah TIDAK. Maafkan saya sekali lagi Mat Jan, saya sudah cuba tapi tidak berjaya.



p/s: Wan Tik sekarang ini adalah seorang Ustaz yang mempunyai suara membaca al-Quran yang amat baik.

17 comments:

Anonymous said...

Raja Bukit tak masuk Le Tour de Langkawi ke?

Anonymous said...

encik abdullah...

pencarian masnora itu amat menarik sekali. Betapa manusia akan menjadi buta kerana cinta.

barangkali, kalau masnora membaca ini. Pasti, dia berfantasi.

agaknya, semua manusia punyai mimpi tersendiri.

zizie ali said...

jones,
mungkin polis membebaskan kau kerana mereka percaya kepada wak tik.
moral: kita hendaklah berkawan dengan orang baik-baik.:)
pst..rasa banyak nak komen, terutama ttg masnora, raja bukit, rapper, paid liar, skodeng, tapi takut komen ni lebih panjang dari entri kau!

dith said...

For a while I thought Wan Tik was a female cousin...and what the heck...duduk sebilik??hehe

Sudah sudahlah merokok AJ...walaupon tak merokok di jamban...tetap makruh maupun haram, :))

Anisah ada blog???

Ku Keng said...

Keluarga kamu sungguh beruntung. Ada bilal yang penuh syahdu dan ada qari yang suaranya merdu.

Kenapa tak singgah ke Kampung Seronok sama. Itu destinasi yang lebih hebat dari Pesta Pulau Pinang. Zaman saya di P Pinang dulu, pesta Lorong Kulit lagi hebat. Bermacam-macam boria ada. Semua baju berkilau-kilau.

Mat Jan said...

sebelum ke tanah besar, naik bas kes seberang perai? tapi pa, oops, tapi jones, seberang perai di tanah besar.

atau kamu maksudkan balik pulau? kata kunci: gaung. gaung sebelah jalan.

tak apalah kalau hajar tak suka. ke taman lain kumbang mengadu nasib. (berdiri menghadap laut, dihembus angin sepoi-sepoi basah. lagu latar: Rayuanku (Rohana Jalil) versi instrumental.)

abdullahjones said...

ya. ya. Balik Pulau. malu. sangat malu.

tuan tanah said...

banyak sebenarnya mahu dikomen.
tapi saya mahu komen satu saja: kesian mat jan.

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

waohh... that is some experience heh!

Obefiend Weiland said...

how so very nice. ni membuatkan saya sendiri teringat kepada experience tidur di bed and breakfast di marble arch suatu ketika dahulu. bilik sebelah saya bergetar bagaikan jack hammer sambil terdengar dengkusan serakah lelaki. tak boleh tidur dibuatnya. maka saya pun hisap rokok sambil melayan blue versi audio. apekah hukum hisap rokok ketika dengar bunyi manusia bersenggama pula?

ntah1a maybe saya harus tanya ustaz wan tik!

Pegawai Khalwat said...

Mr. AJ,
Rasanya macam membaca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Prof. Hamka versi Malaya. Ini mungkin boleh dinamakan Tenggelamnya Feri Pulau Pinang oleh Prof. AJ.

Ya... betul kata abang Keng, pesta di lorong Kulit lebih meriah waktu tu. Kemudian muncul Pesta di Padang Broom (nama asalnya Brown), sebelum berpindah ke Sg. Nibong.

Lorong Kulit masih wujud, cuma pestanya sudah tiada. Tapak pesta itu telah digantikan dengan bengkel bas dan rumah transit (yang tak pindah2 lagi).

Syahdunya......

Sayuti said...

aku tergolong dalam golongan orang2 yang bodoh seperti di atas. tapi, perkara yang bodoh itulah sedap. dan seperti AJ, saya juga memulakan hobi yang tak mengeluarkan muntah hijau tersebut setelah cukup umur 18thn kerana tertakluk dalam undang2 negara. (saya warganegara yang baik, cuma bodoh sikit).

saya sering juga (hampir setiap hujung minggu) melawat Penang ketika bini (ketika itu, tunang) sedang internship di sebuah kilang farmaseutikal di sana. memanglah saya bodoh, tak menggunakan waktu itu untuk menjelajah Penang betul2. balik2 jalan di plaza kompleks membeli belah saja. bodoh kan?

obefiend (yang aku kenal): pengalaman kamu sungguh menarik. nape tak pernah dikongsi sepanjang kita melepak2 dulu?

mat jan: tumpang simpati juga. bunga di klcc byk yang berkembang. kembang subur. kembang. bang. kem. ahh, saya teruja.

sinaganaga said...

MatJan,
Kalau. Hajar tak mau berlakikan kau... Jangan kecewa, Nora Danish masih kosong.

Korakora said...

Naga, konon-kononya Nora Danish dah nak bertunang. Mengikut cerita wartawan hiburan. Aku tak tahu. Aku wartawan sastera.

Sayuti said...

pembetulan pada komen saya di atas:

tapi, perkara yang bodoh itulah sedap

tukar kepada:

tapi, perkara yang dilarang itulah sedap

skian, tima kaseh

Unknown said...

kesian mat jan. takpa. tingkatkan usaha...

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it 1997 325 bmw Cartridge dell printer Tariffe voip cpu and cpu List of new anti depressant drugs Kansas city tent and awning acura legend license plate frames phone directory shelburne ontario Karl benz and gottlieb daimler cox communication parental control